Rabu

Pakar roti canai - Langkah demi langkah

Assalamualaikum

Roti canai memang satu kepakaran mak. Even mamak sekali pun belum ada yang dapat lawan roti canai mak. Pada aku lah. Menantu dia. Shujin pun suka sangat. Komen terpedas dari shujin aritu.. "Kenapa roti canai akak tak sesedap roti canai mak?" (dalam family aku dipanggil akak.. walau pun aku ni anak no 4)

Of course la kan.. Mana boleh aku nak lawan tokey. Hehehe.. Nak bagitau la kan. Apa yang hebat sangat roti canai mak ni. Rotinya tebal. sekilo tepung tu biasanya cuma dapat 17-18 keping roti je. Tapi makan satu dua keping da kenyang gila. Walau pun tebal, tapi luarnya rangup. Dalam tu jadi macam puff tau. Ada layer layer nipis dan lembut. Atuk aku pun kalau nak makan roti canai dia roger mak suruh buat, since nenek aku da tak larat. Mak cerita, masa dia belajar dulu berkilo kilo tepung dia guna nak dapatkan adunan yang cantik. Fuh!!

Ok. Since balik aritu mak buat roti canai, aku pun ambik peluang untuk ambik gambar langkah demi langkah membuat roti canai emak ni.

Marjerin planta

Tepung gandum cap sauh
Nak buat roti canai yang sedap, bahannya mestilah yang terbaik. Mak guna tepung gandum cap sauh dan jugak marjerin planta.

Resepinya sama je dengan resepi yang aku tulis kat SINI - Adunan tepung, telur, garam, gula dan air. Biasanya anggaran tepung adalah 3 cawan setengah ke 4 cawan tepung dengan 1 cawan air. Masukkan 4 cawan tepung ke dalam besen dengan 1 sudu kecil garam, 1 biji telur dan 1 sudu besar gula (garam dan gula ni sebenarnya ikut kesukaan masing masing) 1 cawan air tu masukkan sedikit demi sedikit.. Masukkan setengah cawan dulu. Lepas tu tambah sambil menguli.

Uli sampai masak
Uli sampai masak tu maksudnya kena uli lama dan sampai betul betul lembut.
Sapukan marjerin planta ke seluruh permukaan tepung dan simpan semalaman. Biasanya untuk sarapan pagi mak buat malam dalam pukul 10 gitu. Start canai pukul 6:30.
Dah simpan semalaman.
Canai atas dulang
Mak takde nak canai macam kedai mamak tu. Mak tarik tarik je atas dulang. Tarik jangan sampai koyak. kalau boleh tarik senipis yang boleh. Doh jangan terlalu lembik atau keras, nanti mudah koyak. Susah nak tarik. Dalam buat roti canai part paling susah adalah nak agak kadar kelembutan doh tu. Sebab mak ni jenis pakai resepi dolu-dolu. Semua main agak je. 

Paling senang nak agak adalah, agak-agak lembutnya tu macam doh donat. Simpan jangan terlalu lama nanti lembik kalau awal sangat da canai pulak jadi keras pulak. Serius part ni yang menentukan gebu tak gebu roti tu nanti..
Dah tarik nipis nipis tu lipat dan jadi bentuk camni. Mula mula lipat jadi empat segi. Lepas tu bungkus je. Tapi jangan penyek dulu. Kalau buat kerja cepat boleh la kumpul kumpul macam ni. Kalau jenis aku terkial kial, memang nak kena canai satu goreng satu. Sebab kalau lambat sangat nanti lapisan lapisan tu stick together lepas tu jadi leper je, tak gebu.
Bila nak masak tu, letak marjerin atas pan, lepas tu penyekkan doh tadi. Tapi make sure bahagian tepi tu biar mengelembung sikit. Supaya bila masak dia ada layer layer. Mak kata kalau guna minyak kurang sikit. The whole process mak guna marjerin je. Kalau takde marjerin planta guna cap pelangi je pun takpe.
Jangan sampai hangus pulak. Api jangan kuat sangat.

Tara~~
Roti canai yang dah masak tu terus kepuk ngan tangan. Kepuk tu aku pun tak reti nak terang macam mana. Tapi nak bagi dia nampak gebu camni la. Sedap dicicah dengan kuah dhal. Yummy!!

So lepas ni shujin kata dia pun nak beli 10kg tepung nak suruh aku berlatih buat roti canai biar jadi macam mak punya roti canai ni.

Ye lah tu.. :P


Nota kaki : Lupa nak bagitau. Umur aku cukup 29 tahun semalam. So tahun depan aku join tiga series punya group dah. Ouchh.. Ok la kan. Aku kira-kira.. Nanti masa umur 50 (kalau panjang umur..) yang dalam perut ni cukup 20 tahun. Hmm.. Ok la tu.. Hehehe..

Daa

38 comments:

*azni* berkata... [Reply]

selamat hr lahir kak rai..akak kan awet muda..walaupun anak nk masuk 3 tp mak nye macam adik2 sekolah gitu..hehe..

HeNRieTTa JoSe berkata... [Reply]

yummy....arwah nenek pown canai atas talam...

Mrs.R berkata... [Reply]

hepi belated besday Rai...

owh, saya skrg agak kureng roti canai mamak (tak lalu sebenarnye...hehe)...tp kalau tosai tu saya mkn la jugak...

Kakcik Nur berkata... [Reply]

Masa kat kampung dulu kakcik selalu tolong mak buat roti canai macam tu. Rasanya ingat lagi kalau nak buat sendiri. :)

Nazayiena berkata... [Reply]

Nampak je roti tu memang sedaplah,bolehlah rai plk mewarisi kebolehan mak rai buat roti canai lps nie.

MamaAliya berkata... [Reply]

nyum..nyum..teringin nak buat roti canai yang home made.tapi tangan tak kuat ngan menguli doh tepung. huhuu

Cho Zila berkata... [Reply]

selamat hari lahir rai... moga dikurniakan rahmat dari Nya...
alamak kalau rai masak sedappun dari mak rai ttp tak leh lawan tokei nyer... maalumler orang pengalaman lagi banyak....

munna berkata... [Reply]

selamat hari lahir Rai... muda lagi tu....

mmg nampak sedaplah roti canai yg mak rai buat tu

cHeRyNa PiReS berkata... [Reply]

Sha nie cepat betul give up bila bekerja dengan tepung kak. At least, akak dengan pregnant boleh kerja dengan tepung. Salute! Siapa sedap belakang kira:)

maszull berkata... [Reply]

assalamualaikum Rai...sedapnya tengok roti canai tu...:)

cHeRyNa PiReS berkata... [Reply]

Dan anda tak boleh dipanggil Kak Rai:P

Ntah kenapa rasa hormat tu buat semua org jadi Kak walau sebenarnya diri sendiri yg tua. Hahaha.

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Peh! Roti canai terbaik. Tapi, tapi...saya tak sgp la Rai.

29? Muda lagi!

Anamarza Sue berkata... [Reply]

resipi orang dulu2 memang main letak je kan, tak de nak sukat2. Rindu roti canai mak, anak2 dah besar dia pun dah tak larat nak mencanai dah, beli je

ieja amieja berkata... [Reply]

hepi belated besday rai..
murah rezki bakal ada ahli keluarga baru ye..
arwah ayah akk dulu pun rajin buat roti canai..mcm MIL rai jg buat belah mlm sok pagi2 leh canai ..

Deq's Qienz berkata... [Reply]

Wahhh terliur saya..leh cicah gan susu.hihii

Irfa berkata... [Reply]

aku igt lagi 3 tahun lalu masa nak masuk angka 3 series..malam tak lena tido sbb rasa cam dah tua sgt,igt mati je masa tu..terasa dekatnya umur aku dgn mati..tah hapa2 kan
tp bila skrg dah 33..emm ok je :)

roti canai tu aku tunggu ko mahir jelah,nanti aku dtg makan.hehe

Aziela berkata... [Reply]

Nak jaga timing dan balancekan lembut gebu tu yang tricky nyer kan...

aizamia3 berkata... [Reply]

petang2 hadap entry ni buat perut jadik lapar.. ;)

missina berkata... [Reply]

Nmpk sedap..lg2 garing lg sy suka..Ooo blum 30 lg,,muda giii..hee

butterfly berkata... [Reply]

weh tengah malam nie akak baca entry ko terus mcm esok pg nak gi cari roti canai gak, tp tuelah roti canai kedai mamak aduyai x best arr...

p/s : nasib baik akak x ngandung kalo x kempunan akak nak mkn roti canai mak ko tue hu..hu..

sal ya berkata... [Reply]

eh, adik la dgn akak ni. hehehe... sama macam dgn my sis buat. cumanya dia dah tak lama buat sebab leceh. bab tarik pada dulang pun sama. kepuk pun sama. semua sama la.

rATu kEBaYA berkata... [Reply]

memang terbaiklah roti canai ni.. mesti puas...

hijabista couture berkata... [Reply]

http://edoramiya.sharethisstory.net/my-885414-5800

ahlia azharjaafar berkata... [Reply]

teringat resepi arwah mak..main agak2 jugak..hihihi..tp mmg terbaek la kalu buat sendiri..puas kami adik beradik mkn..

mohd affendi arifin berkata... [Reply]

boleh tak agak2 untuk 1 kg, berapa banyak air, telur, garam dll yg perlu digunakan?

Rai OurKizuna berkata... [Reply]

1kg tepung guna 1biji telur gred A. Airnya saya main agak je.. Tapi try 3cwn air.. Tapi masuk sikit sikit airnya.. Masuk 1cwn uli.. Masuk cawan kedua, uli.. Cawan ketiga tu masuk sikit2.. Kelembutannya tu agak2 mcm lembut cuping telinga..

Garam 2sudu kecil je saya letak..

Pengedar Shaklee Cheras berkata... [Reply]

Alhamdulillah terima kasih sebab tulis artikel resepi ni lengkap step by step
utk noob macam saya ni sangatlah berguna

esok kena buat roti canai maksudnya malam ni dah kena bancuh bahan

anak ketiga suka sanbgat roti canai


boleh sis Rai cadangkan kuali leper tu nak beli mana?

terima kasih

Rai OurKizuna berkata... [Reply]

@Pengedar Shaklee Cheras, kuali leper tu mak saya je ada..saya tak pasti dia beli mana.. saya masak atas pan biasa je..

tom tom berkata... [Reply]

Nampak mcm senang jer.. thank bg resepi.. nanti nk cuba buatlh...

tom tom berkata... [Reply]

Nampak mcm senang jer.. thank bg resepi.. nanti nk cuba buatlh...

ashlaam azman berkata... [Reply]

Baru nk blajar...senang lps nie nk makan buat sendiri...:-D

Shafiq Akmal berkata... [Reply]

Kalau nak buat Frozen better masak lama ke kejap je

Shafiq Akmal berkata... [Reply]

Kalau nak buat Frozen better masak lama ke kejap je

Nick Kamal berkata... [Reply]

Huissss terbaik resepi akak rai...tq...

amirul exok berkata... [Reply]

Saya dh byk kali cuba buat tapi kenapa hasilnya roti jadi keras setelah digoreng

luppy berkata... [Reply]

Tak sedap pun

SITI NAJIAH ADAM berkata... [Reply]

saya dh try mmg lemvut sgt..sapa yg try x jd tu mungkin x uli sampai licin

Ismail Mohd Yusof berkata... [Reply]

Sama la macam tok kita, umur kita pun sama

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com