Khamis

Ibu tayah pegi keja~

Assalamualaikum

Nape tah badan rasa tak larat sungguh hari ni. Rasa macam nak melanding je :P

2-3 menjak ni asal nak pergi kerja je Damia dengan Aqil memujuk aku dengan dialog syahdu.

"Ibu tayah la pegi keja.. Adik nak ibu"

Sambil buat gaya sedu sedu mulut cebik nak nangis. Haihh..Wahai anak anakku. Kalau tak kerana faktor ekonomi, ibu pun nak dok rumah melayan korang je.

Malam malam pun bila aku duk melipat baju sambil tengok TV tetiba abang datang dekat cium pipi, peluk peluk. Adik pun datang join. Kesian anak-anak. Nasib baik aku ni kerja takde kena OT, tak perlu outstation, kursus bagai. Kalau tidak lagi kesian. Sebab tu bagi aku biarla aku kerja kerani je pun. Asalkan ada banyak masa dengan diorang.

Walau pun aku tau aku ni bukan ibu yang penyabar. Tapi aku teringin jugak nak tunaikan permintaan diorang tu. Entah bila akan tercapai kan.. Kena usaha giat mengembangkan perniagaan dulu baru boleh fikir nak bersara.

Bergambar dengan lotion perut aku. Hehehe.. Sebenarnya lotion untuk rash diorang masa kecik kecik dulu. Sekarang ni da jarang diorang kena rash, aku take over buat sapu kat perut bagi elak stretch mark (Macam le perut besau sangat kann.)

Haihh.. Kucing MC, tikus tikus pun keluar berkeliaran.

Nota kaki : Ada 3-4 BE Nuffnang tengah menari nari setelah sekian lama ketandusan kasih sayang dari Nuffnang. Hati dalam ada sikit rasa happy. Hahaha..

Daa

2 comments:

Kakcik Seroja berkata... [Reply]

Sian anak2 kan?

Kakcik dah lama takde BE. :)

Irfa berkata... [Reply]

aku pun alami dilema yg sama
kalau malam2 nak tido aku akan cakap ngan anak 'esok umie work ye'si abam tu pahamlah..tp si adik mesti cakap 'nanak(taknak)'.

faktor ekonomi yang eco no money ;)

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com