Khamis

Perkembangan terkini Aqil Mubarak

Assalamualaikum

Hoh..sapa Aqil Mubarak..Bajet celebrities gitu kan.. Hehehe.

Alhamdulillah Aqil da semakin sihat. Terima kasih atas doa dan saranan semua. Semalam kitorang bawak dia makan sundae cone kat McD. Laju je mengabihkan. (Yang bestnya adik dengan mak dia pun dapat habuan..wakaka) Request nak fries pulak. Sorry ye. Makan tu pun sebab abang tak sihat. Hehehe.

Bubur aku da cuba bagi masa first day aritu. Letak carrot dengan kentang. Dia tak layan. So aku skip dulu.

Pagi semalam makan oats dengan susu. Aku sapu minyak kat perut, belakang, betis dengan tapak kaki. Bagi mandi air suam. Makan aiskrim McD tu. Tengah hari dia makan sup ayam carrot dengan kentang je. Munch munch biskut tawar. Sepanjang siang da ok. Lepas tu dia tidur lama.

Aku beli gak calcium magenesium chewable tablet. Sebelum ni ada jugak kes colic teruk macam ni. Aku bagi ok sangat sangat. Semalam aku bagi 3-4 kali. Sebelum makan bagi dia kunyah. Tengok da tak muntah dah.

So malam semalam aku masak lauk favourite dia. Telur dadar letak bawang dengan sosej banyak banyak dengan sardin. Lega tengok dia makan banyak.

Tu pun melalak kejap. Sebab katanya sakit perut. Puas berdrama jugak la. Sampai aku fikir 2-3 kali nak tak suruh shujin balik je bawak dia pegi klinik. (Shujin ada kelas semalam) 

Lepas makan tengok ok je. Pukul 10 mintak nasik lagi. Adik mintak tembikai. Lepas tu abang pun join makan tembikai. Sebelum tidur tibai biskut tawar pulak. Heh..

Harap harap hari ni ok. Risau...risau..

Daa

11 comments:

Cik Puan Izan❤ berkata... [Reply]

nampaknya dah makin sihat la tu... berselera mkn mcm2...

Anamarza berkata... [Reply]

balas dendam tu, makan makan makan :)

Irfa berkata... [Reply]

baguslah..at least dia makan ada benda masuk perut ;)

BERT berkata... [Reply]

Alhamdulillah... dah ok la tu.. selera dh dtg blik hihi

Asmara berkata... [Reply]

Alhamdulillah.. menjadi jugak eskrim tu kan. pembuka selera la org kata ek. hehe.. Mudah2an terus sihat, Ameen.. doktor check tak kata apa ke Rai?

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Mana tak risau Rai kalau anak sakit tak kiralah sakit apa pun. Lagi bila makan muntah mestilah kita serba-salah.

Moga terus sembuhlah hendaknya. Anak kakak pun kakak bagi calcium magnesium chewable amway.

DrFIO berkata... [Reply]

aiskirm Mcd mmg terbaek...every week mesti beli utk anak2. hehe...

Acik Erna berkata... [Reply]

anak sakit memang mak yang risau lebih..moga aqil cepat baik

HeNRieTTa JoSe berkata... [Reply]

Bagus lew....dah maw mkn...kesian dia msih skit dlm pwut tu...hrp hrp dia cpat smbuh....

Unknown berkata... [Reply]

Alhamdulillah. Selera mkn dah ado tuh insyaallah baik...

nazayiena berkata... [Reply]

Alhamdulillah.....Aqil dah ada selera blk mkn....semoga cepat sembuh.

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com