Khamis

Raya keempat - Beraya dengan blogger

Assalamualaikum

Dah ketinggalan zaman sangat baru nak cerita raya keempat kan.. Hehehe.

Planning asalnya nak beraya rumah blogger si cantik molek NI semalam (raya ketiga). Tapi sebab tersesat, kitorang postpone ke esok harinya. Pagi tu takde buat apa. Aku kemas kemas barang sebab shujin kata nak balik malam tu.

Lepas zohor gitu baru kitorang bertolak. Alamat dah diberi, tapi check google map tak jumpa pulak. Hoh! Panic jap bila telefon tuan rumah, tuan rumahnya tak angkat. Rupanya tuan rumah bertandang ke rumah sedara mara beraya. Hehehe.

Jemnya jalan kat Kota Bharu masa raya masya allah.. Kitorang siap pit stop kat Tesco sat. Pusing pusing beli donat kat Big Apple. Lepas tu tangkap sebotol budu raja. (Cik Yana kata aritu dia ada beli satu jenis budu tu rasa cam sabun..hahaha.. panic okeh!) Mahal pulak tu. Tiga hengget setengah. Dalam tu dah ada cili dengan asam. So boleh terus makan.

So main tarik  tali sat dengan Cik Yana. Serba salah mulanya. Tapi da alang alang menyeluk pekasam kata orang. Kitorang pun redah je. Berbekalkan seorang anak jati Klate (sepupu shujin) yang jadi tukang tanya jalan. Kitorang pun cuba cari destinasi yang dimaksudkan. Paling kelakar bila dah sampai kat kampung tu kitorang tak tau mana satu rumah nya. Tanya la jiran dia. Nama penuh Cik Yana pun kita tatau. So macam mana tu?

Tapi call Cik Yana, kebetulannya dia dah nak sampai rumah. Memang dah nak dekat pun. Alhamdulillah. Dapat jugak bertemu blogger kecil molek mek klate ni. Sayangnya sebab dia pun baru balik dari beraya tak dapat la kami merasa sambal belacan yang kononnya sedap buatan tangan dia tu. Hehehe..

Kepochi je anak-anak bergambar dengan Makcik Yana dia. Tambah lagi si Mubarak. Hehehe. 

Gambar yang diculik dari SINI
Terima kasih buat Yana dan family yang sudi menerima kedatangan kami sekeluarga. Maaf kalau ada terkasar bahasa dan tersilap kata.

Aku rasa aku cam tinggi je bila jumpa dia sebab Yana lagi comel aka petite dari aku. Hehehe.

Oh lupa nak sambung.. Sudahnya malam tu kitorang tak jadi balik sebab ngantuk + fenat. Pagi esoknya pukul 7 baru bertolak. Anak-anak pun tak bangun lagi. Hihi..

Daa

7 comments:

IntaNBerliaN berkata... [Reply]

seronokkan jumpa membe2 blogger :-)

Tanpa Nama berkata... [Reply]

mesti seronokkan rai jumpa rakan2 blogger!

emarieys berkata... [Reply]

seronoknya dpt beraya dgn blogger..akhirnya ketemu jua..

Unknown berkata... [Reply]

Nak deliver kat albaraka jauhla plak smpai ke klang...

My duduk serendah.. depan lagi dari rawang.. :(

Irfa berkata... [Reply]

budu raja?
aku cuba setia ngan budu pati ikan bilis je ;)

maszull berkata... [Reply]

assalamualaikum rai...seronoknya berayakan apatah lagi ngan teman2 blogger pulak tu...:)

sal ya berkata... [Reply]

seronok tu jumpa geng blogger.

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com