Isnin

Open House Dak Nuha

Assalamualaikum

Hehehe.Suka suki je. Mak bapak yang buat open house, dak Nuha yang dapat nama. Ni kali kedua aku pergi ke jemputan majlis makan makan Kak Aizamia. Kali pertama masa kenduri aqiqah dak Nuha 2 bulan lepas.

Kali kedua ni sempena rumah terbuka aidilfitri. Gebuss sungguh dak Nuha tu tau.

Hari ni (semalam) Damia da tak sakit perut. Tapi aku pulak yang cherry berry. Mulanya aku rasa macam tak nak pergi. Sebab kejap kejap sakit. Tapi memandangkan aku dah kata nak pergi, tak elok pulak (kononnya. Padahal tekak tu duk nak mentekedarah je :P)

Sampai kat rumah Kak Aiza, Kakcik Seroja dah sampai. Tapi diorang dah pun nak balik. Lepas ambik makanan, aku kononnya nak duduk dengan Kakcik berborak. Si Aqil pulak taknak berenggang. Terpaksa melayankan si bujang sorang tu dulu.

Kakcik dan rombongannya (cam ramai je kan :P)

Aqil Mubarak makan

Geram tengok budak ni bersila

Makan dengan penuh kesopanan
Pinggan aku tak payah tengok la. Aku ambik "sikit" je sebab rasa perut cam dah ok kononnya. Bila pinggan kedua (aku tambah gulai kambing) tetiba je rasa sakit balik. Waaaa... Juadah ni semua dimasak oleh Encik Hubby Kak Aiza tau. Gulai kambing tu tak bau kambing pun. Aku tak berapa sangat kambing. Tapi yang tu memang sedap.

Satu lagi yang sedap..



Aha..ni la pulut periuk kera. Bukan senang nak dapat tau. Aku rasa sikit je. Shujin tak bagi sebab sakit perut T_T. Ambik tiga, dia makan 2 sepupu shujin makan 1.


Lepas makan beramas mesra jap dengan dak Nuha
Lengan dak Nuha lagi besar dari tangan aku T_T
Berborak dengan Kak Aiza sebelum mintak diri nak balik. (Da tak tahan sakit perut) Tak sempat jugak nak jumpa MakChaq.

On the way balik singgah masjid sat. T_T

Patutnya ada satu lagi open house schoolmate merangkap roomate aku kat Cheras. Tapi terpaksa aku cancel sebab takut tak sempat nak sampai dengan perut macam tu.

Sampai rumah aku da kebulur balik. Teringat kat gulai kambing tu. Hahaha.. Shujin pulak teringat kat pulut. Tapi malam semalam kitorang goreng bihun je :P

Balik tu ada kakak bagi tips kat FB, makan calcium 5 biji, Bcomplex 2 biji. Aku makan tu terus settle. Hebak.. :P Kalau tau sebelum keluar tu aku makan dah. Memang takde rezeki nak makan banyak :P

Daa

10 comments:

Kakcik Seroja berkata... [Reply]

Sebenarnya kakcik datang berlima semalam. Yang dua orang tu duduk bawah khemah.

Dah balik baru kakcik teringat yang kakcik tak ambil pun gambar pulut periuk kera tu.

Perut dah ok ke tu?

:)

nazayiena berkata... [Reply]

Pulut tu masak dlm periuk kera ke Rai?....
Susahkan pegi rumah org klu sakit perut tu.

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Kakak tak pernah lagi makan pulut periuk kera. Macam makan lemang agaknya ye Rai..

Geram tengok Nuha kan montel betul:)

Cik Puan Izan❤ berkata... [Reply]

tak pernah mkn pulut periuk kera... mesti sedap kan...

Tanpa Nama berkata... [Reply]

he he he mesti best pulut periuk kera tukan!

ieja amieja berkata... [Reply]

semalam akk pun cerry berry jgk..sekrg ni dah ok ckit..

jakun lak akk ni..x pernah dgr nama kue tu apatah lg memakannya..hehe

Dr K berkata... [Reply]

1st time dgr pulut periuk kera..boleh dimakan ke periuk kera tu? atau makan isi pulutnya sahaja?

ps: jgn selalu sgt ambik calcium overdosage, nanti high risk dpt batu karang tau :)

Irfa berkata... [Reply]

pestime aku tgk pulut dalam periuk kera tu..

mummY daniSha berkata... [Reply]

budak sakti ke zai?comelnye damia bersila..

aizamia3 berkata... [Reply]

psstt: nanti akak update open house tu.. takdan lagi nak buat..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com