Isnin

Beraya bersama blogger

Assalamualaikum

Sebenarnya sejak habis  cuti raya aku tak de jalan jalan beraya sangat. Ini pun da berminggu aku plan dengan blogger kesayangan ni nak beraya kat rumah dia. So hajat kami kesampaian minggu ni. 

Kononnya nak keluar awal. Biasa la mak budak anak dua ni. Terhegeh hegeh itu ini. Turun ke kereta dari pukul 12 tengah hari. Sampai kat kereta tengok kereta huru hara. Nak kena mengemas dulu (Bukan aku pun yang mengemas. Shujin dengan sepupu dia yang duduk dengan kitorang tu) Sementara nak start mengemas okok dulu sepam. Dah le panas. Hati dalam pun panas ada juga.. So aku pun melayan bebudak ni bergambar..

korang mesti tak pahan gaya apa ni..hahaha..(ninja..tangan tutup mulut dengan dahi)

Gaya menggemukkan pipi

Nak menambahkan kelambatan, perut Damia pulak meragam. Time time ni la kan. Habis kena seluar baju. So terpaksa aku pergi basuh dia dulu. Tukar baju bagai. Ok. Da boleh gerak.

Destinasi pertama rumah Irfa, memula dia kata Kak Erna da pesan dah bagi kitorang minum air je. Lepas tu dia saje nak bagi kitorang kenyang sebab dia nak makan banyak rumah Kak Erna agaknya. Dia siap hidang spagetti carbonara kot. Aku tak reti sangat spagetti ni. Tapi melantak dua pinggan jugak. (Perabih Damia punya..) Lepas tu siap ada sepinggan karipap pusing panas dengan air oren. Sedap betul karipap tu. Kalau korang pergi KLIA order dengan Irfa ye. Tapi bukan dia buat la :P

Sekali lagi Damia memerut. Oleh sebab dia cherry berry. Terkena seluar sikit. Tukar pulak baju sekali lagi. Kesian Damia. Nasib baik takde muntah macam abang aritu. Cergas je budak kecik tu. Takde lembik lembik.

Lepas tu baru gerak menuju ke rumah Kak Erna pulak.
Berkonvoi dengan Irfa
Sampai kat rumah Kak Erna, si Aqil pulak nak buang air. Terpaksa laju laju ke bilik air. Hehe. Memacam la korang ni anak-anak. Da settle baru ngadap makanan. Aku balik ke meja makan Irfa da start makan. Boleh eh ko. Punya la banyak menunya.

Aku tak tau nak combine nasi dengan lauk apa. Ada lemang (sendiri bikin tau), nasi impit, nasi beriani (kot), rendang daging, kari itik, sayur masak gulai tempoyak, ayam goreng.. Hish memang macam macam la. Siap ada bubur durian (rugi terlupa nak makan. Leka borak!)

Tegang perut aku. Si Damia memerut lagi. Kesian dia.

Ada jugak beberapa blogger lain yang datang. Aku ni pemalu sikit. Bergambar jugak. Tapi nak borak banyak aku pun tak reti sangat. Maklumlah first time jumpa. 

Lama jugak kat rumah Kak Erna tu. Sampai sebelum hujan. Berhenti hujan baru kitorang balik. 

Baru je gerak dari rumah Kak Erna tu perut Damia buat hal lagi. Nak nangis aku kesian dengan dia. Diapers aku bawak pun da habis. Irfa ada offer diapers masa kat rumah Kak Erna tu, tapi aku lupa dan ingat Damia da ok. Rupanya tak.

Shujin beli diapers sat. Tukar baju. Terus kitorang balik rumah. Terus bagi Damia makan calcium. Mandikan dengan air suam. Sapu minyak kat perut dia. Alhamdulillah ok.

Malangnya..Malam tu perut aku pulak yang meragam. Mula mula angin sebab aku makan lemang T_T (sedappp..) masa kat rumah Kak Erna tu..4-5 kali berulang alik ke cik T. Waaaaa...

Nota kaki : Perut aku masa pregnant memang kurang tahan. Ada je nak meragam..

Daa

14 comments:

emarieys berkata... [Reply]

siannya damia.. tersalah makan agaknya... sernok yer berkonvoi pergi open house blogger...

Anamarza berkata... [Reply]

Sian damia.. dah mcm berjangkit pula ya, pas aqil, damia pulak nasib baik bukan waktu yg berdekatan sgt sakitnya ya

Acik Erna berkata... [Reply]

assalam Rai..sian Damia..
pandai nya irfa ye..sedap je dia temberang kan

Mulan berkata... [Reply]

jelesssss aarr gini.. kita kat kerteh baru pi sebiji rumah open house.. nak terjah2, sini depa tak buat sangat.. sape nak datang beraya umah kita ni..???

Kakcik Seroja berkata... [Reply]

Bila agaknya kakcik nak sampai ke rumah Acik Erna tu. Eh... rumah Rai pun kakcik belum sampai!

Damia dah ok, kan?

Irfa berkata... [Reply]

hahahha..
ko tak baik bagitau kak erna aku dah bagi makan..dia dah pesan bagi minum air je tau..

harap2 kak erna x baca komen ni.

sian damia..harap2 dah okey

Unknown berkata... [Reply]

Kak Ema,
tak tau la kak..agaknya la..tapi da ok malam tu..kalau tak risau gak nak bawak ke klinik..

Ana,
haa..tu la pasal..3 beranak berangin je..husband tak bagi da makan pulut T_T

Kak Erna,
hahaha..sedap betul akak masak.. kuih raya pun sedap..

sal ya berkata... [Reply]

kesian damia.

Unknown berkata... [Reply]

kak mulan,
meh la datang sini kak..saya tak buat open house..tapi rumah kami terbuka je utk akak..hehe..

kakcik,
alhamdulillah da ok..meh la datang rumah kakcik..saya tak buat open house tapi meh la dtg beraya..

irfa,
hahaha..aku ni jujur (baca:lurus) hahaha..da ok da..semalam aku pulak yg kena..

JunAina berkata... [Reply]

Best dapat gi open house jumpa kawan2kan? Tahun ni jemputan ada tetapi tak ada geng nak pergi, malas nak beraya sensorang. Sejak anak2 dah besar ni memasing tak nak ikut mak dah jalan2.

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Musim beraya ini ramai yg meragam perut Rai.. Maklumlah macam-macam nak dirasa.

Acik erna memang pandai memasak. Kalau baca hasil airtangan yg dijadikan N3 pun kakak dah kecur..

IntaNBerliaN berkata... [Reply]

ramai toi g jumpa blogger... syokkan beraya mkn je.. tp tu la, perut rai plak xthn kan..

Mak Wardah berkata... [Reply]

Salam Rai, bestnyer dapat beraya bersama2. Kesian sgt kat Damia, kdg campur2 makan kot. Moga Rai semua cepat sembuh. Tqvm Rai for the batu karang info.

Tanpa Nama berkata... [Reply]

slm rai, apapon jaga diri yek

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com