Isnin

Sharing sharing dosa

Assalamualaikum

Perasan tak trend masa kini (agak lama dah) forward forward email. Aku suka baca email melawak je kalau email forward ni. Kalau email ala ala keagamaan tu aku baca sekali imbas je. Sekadar untuk pengetahuan. Walau pun tuan email suruh forward dengan alasan supaya lebih ramai orang Islam sedar dan tahu. Biasanya aku tak buat. Bukan nak kedekut. Aku takut apa yang ditulis tu tak betul. Kalau nak forward aku akan buat search dan tanya dulu nak tau benda tu betul ke tidak.

Sekarang bila teknologi makin advance. Ramai yang share kat FB. Banyak aku tengok orang share benda benda yang kononnya agenda yahudi la, agenda kristian la. Untuk menjatuhkan umat Islam.

Yang terbaru, terhot, ternow adalah berkaitan Gangnam Style. 

Tak dinafikan, rentak lagu Gangnam Style tu agak catchy. So tak heranlah kan kalau Gangnam Style tu memang meletup letup satu dunia. Suka tak suka tu terpulang lah. Dan memanglah Gangnam Style ni tak kena dengan budaya kita. Tapi tak payah la keluarkan fitnah tak kelakar dan memalukan orang Islam dengan mengatakan Gangnam tu maksudnya "aku nak jadi jew". (Gangnam adalah nama sebuah daerah kat korea. Gang tu maksudnya sungai, nam tu selatan kalau tak silap..so sungai selatan)

Dan paling kelakar sekali. Ada yang kata ada ulamak kaji lirik lagu Gangnam Style tu dan dalam tu ada agenda orang Korea nak memperlekeh orang Islam dan Nabi Muhammad.

Tolonglah. Jangan nak memalukan orang Islam dengan benda benda macam ni. Sebelum share tu kaji betul betul dulu. Dah la dosa dapat fitnah orang. Lepas tu malu pun dapat sebab jahil.

Banyak lagi contoh lain. Macam pasal hadis palsu, pasal berkaitan salam,bye,akum.. Kaji dulu. Baca dulu sebelum sebarkan apa-apa.

Niat tak menghalalkan cara. Menyebar hadis palsu adalah berdosa. So tolonglah berhati hati.

Tak payah la nak kempen kata Gangnam Style tu seksi meksi. Tak sesuai dengan budaya orang Islam. Semua orang tahu. Orang yang menggedik menari meroyan tu bukan Islam. Biaq pi la depa. Tak suka jangan tengok. Takde sapa cucuk pistol kat kepala korang suh tengok apa lagi suruh ikut. Ni yang orang muslim orang islam berlakon berkemban berpeluk peluk laki orang bini orang ni takde pulak komplen tak sesuai dengan budaya Islam. Bila keluar movie je dia dulu terpacak depan panggung. Bayar saham tengok maksiat.

Ibarat kuman di seberang laut nampak tapi dinosaur depan mata tak nampak.

Sekian dari Karamsingwalia.. Kehkehkeh.

No hurt feeling naa..

Daa

17 comments:

Unknown berkata... [Reply]

hihihi... betul! betul! betul!
Tak suka xyah join. Lantak pi la...

Unknown berkata... [Reply]

hehe, setuju!

Kakcik Seroja berkata... [Reply]

Kakcikm suka dan setuju dengan ulasan Raisinghwalia ini. :)

Anamarza berkata... [Reply]

manusia ni suka memperbodohkan diri sendiri kan, tarian camtu pun ada yang nak ikut, pastu pulak jenis forward benda tak sahih kebenarannya tu pun satu hal...

Minta kita dan keluarga kita dijauhkan la dari perkara-perkara camtu

IntaNBerliaN berkata... [Reply]

sy br tgk sekali.. tu pun bkn hbs pun, separuh je.. tgk kat tv.. sy jenis xsk sgt nak layan benda2 camni..

HeNRieTTa JoSe berkata... [Reply]

do agree....sebab rietta sendiri xcukup ilmu didada....xbrani nk fwd...klu yang kalakar xpe la...gangnam style tu, rietta pernah tengok sekali jew...mmg bkn islam pown...

Cikgu Ma berkata... [Reply]

memang tak pasti apa maksud gangnam tu...cuma agak keterlaluan tengok super kg style bila pompuan terkengkang2 menari ikut gangnam style ni...x sesuai la..dah la berbaju kurung

nazayiena berkata... [Reply]

Setuju tu,bila nak share tu,kaji dulu kesahihannya....

Irfa berkata... [Reply]

eh ko sama mcm aku la tapi benda2 mcm ni jd topik aku dan adik je.aku penah cakap kat adik 'org yg buat tu entah2 xde niat pun nak perlekeh islam tapi kita je yg suka buat rumusan sendiri'

taklah..aku bukan pakar nak ulas bab ni

Dr K berkata... [Reply]

artis malaysia pakai baju nakmpak segala celah, tak nampak kan? :)

Islam tu dipandang hina, sebab umat Islam tu sendiri.

Pink Lavender berkata... [Reply]

barula makneng tahu apa maksudnyer...
tq 4 d info...

kalau xsuka xpayah la tgk kan??
dunia skrg macam2...

makneng follow sini
jemput follow makneng...=)

Unknown berkata... [Reply]

setuju amat!

hehehe.. suka ayat akak

Takde sapa cucuk pistol kat kepala korang suh tengok apa lagi suruh ikut.

hihihihi

Acik Erna berkata... [Reply]

assalam rai..serius..sehingga saat ini acik tak pernah tengok pun macamana tarian tu..dan tk pernah pulak baca apa ulasan orang...memang ketinggalan

Deqna berkata... [Reply]

masa mula2 riuh pasal gangnam ni adalah bukak youtube tgk apekebendanya gangnam2 ni.. rupa2nya cam tarian gituh...

asben pun masa mula tengok dia kata.. apa benda lah merepek2 nie..

tapi pada satu hari ketika sedang memasak di dapur si asben tetiba melakukan aksi yg tak disangka.. leh dia ajuk wat gangnam style tuh.. memang pecah perut kiterang laki bini ketawa...

Ann Ishak berkata... [Reply]

bravo bravo...memang setuju 1000%

Unknown berkata... [Reply]

PM tak pernah tgk lagi tarian tuh...tak berminat nak ambik tau...

Unknown berkata... [Reply]

sy setuju kak rai..kalu tak suka tak pyh la tgk..ni tak,mcm2 auta dibuat ttg gangnam tu..haihh..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com