Selasa

Banyak cerita kurang masa

Assalamualaikum

Pasal Aqil

The whole day semalam Aqil da makin sihat. Aku buatkan bubur. Tak banyak sangat dia makan. Tapi aku cuba bagi makan kerap kerap. Da lega sikit. Malam sebelum tidur aku sapukan minyak kat perut dia. Nampak agak kembung sikit. Sapu minyak dengan urut urut belakang, perut, betis dengan tapak kaki. Lepas tu kentut kentut dan berak.

Dalam pukul 5 pagi dia terjaga mintak susu. Shujin yang pegi buatkan. Tetiba dalam pukul enam macam tu dia muntah membuak buak habis dengan aku aku mandi muntah. Aku kejut shujin. Punya lah mamai dia bangun tido bukak lampu terus pegi dapur. Lepas tu datang balik tanya aku nak apa. Masa tu aku takde la nak gelak ke apa (tapi masa on the way pegi keja tadi keras perut aku gelakkan dia..hehe). Aku suruh dia ambik Aqil mandikan. Aku bangunkan Damia suruh tidur kat depan since tilam da penuh muntah abang. Aku salin salin baju pegi mandi. Lepas mandi aku uruskan cadar baju yang kena muntah semua tu. Cuci jugak sikit tilam sebab takut bau masam muntah tu lekat.

Aqil duk lembik lagi. Aku ketuk ketuk perut dia. Kembung lagi. Aku tanya shujin. Nak aku cuti lagi ke hari ni. Shujin kata tak payah la. Dia suruh aku pergi kerja jugak. Dia jaga Aqil. Tu pun dia kena keluar jugak pukul 12 nanti. So kesian jugak la Aqil.

Pasal pregnancy

Aku da pergi check up hari Sabtu hari tu (Akhirnya) Doktor kata da lambat sangat ni aku start check up. Sambil sambil dia pun tau dia yang suruh aku datang 28hb. Tapi since aku da memang ada sejarah air ketuban kurang doktor pesan, lain kali bila rasa kebocoran tu terus pergi ke bahagian emergency dan report. Jangan salin baju. Terus je pergi. Takut terjadi infection dan sebagainya. ok. Noted.

Lepas tu check tekanan darah. Almost normal 100/60. Kira up sikit dari biasa. Biasanya aku 90/60 je. Still ok la kata doktor. Timbang berat. Oh oh. Sangat fail ok. Jangan tanya berapa T_T

Scan. Alhamdulillah. Usia kandungan 15weeks 5 days. (Kalau ikut kiraan 16weeks). Masa scan tu yang di dalam tu sibuk sentuh kepala. Kaki sebelah duk rilek, sebelah lagi goyang sana sini. Badan melompat lompat. Aqil dengan Damia eksaited. Especially Aqil. Kepala, lima jari,tulang belakang, dgn tulang kaki dapat dilihat dengan jelas. Aksi melompat tak berhenti henti menyukarkan doktor nak ambik gambar. 

Balik rumah. Aqil cakap kat ayah dia (shujin)

Aqil : Ayah, nantikan. Bila abang besar nanti abang nak jadi doktor.
Shujin : Kenapa abang nak jadi doktor?
Aqil : Nak jadi doktor la. Nanti abang nak buat perut ibu. Yang macam tu tu (sambil menggayakan doktor scan perut :P)

Sangat proud of my son. Bukan nak poyo. Tapi memang tak sangka dia akan cakap macam tu since aku pun tak pernah tanya da besar dia nak jadi apa dan sebagainya. 

Apa pun, harap Aqil makin ok hari ni. Petang nanti nak kena pegi cari calcium magnesium untuk budak budak tu. Da habis supply. Biasanya bila diorang colic aku bagi tablet tu cepat je baik. Kali ni da habis. Kesian Aqil. Dua tiga kali dia kata. "Ayah dengan ibu tak belikan pun vitamin monyet abang da habis" - Gambar kat botol tu gambar monyet. So dia panggil vitamin monyet :P

Since cuti semalam. Banyak kerja agak terbengkalai. Aku cuba sambung cerita raya kemudian dan BW ke blog kawan-kawan perlahan lahan.

Maaf ye.

Daa

12 comments:

Irfa berkata... [Reply]

vitamin monyet?kelakar la aqil ni

Cho Zila berkata... [Reply]

oklertu dah semakin sihatkan...
aqil kena belajar dengan tekun baru boleh jadi doktor.. semoga tercapai impiannyer...

Kakcik Seroja berkata... [Reply]

Semoga semuanya semakin baik.

Makanlah banyak sikit Rai, bagi naik berat badan tu. :)

Unknown berkata... [Reply]

Alhamdulillah.. Hope today aqil shud be okay..
Nak tanya gak berat Rai berapa hihihi... jeng jeng jeng

Unknown berkata... [Reply]

semoga aqil cepat sembuh..kak rai pon take care jgk tau..

BERT berkata... [Reply]

aminn.. smoga aqil besar nti leh jadi doktor jugak kan hehe..

epi besdey jugak buat hby akak ye.. :)

NenetPenne (NP) berkata... [Reply]

i baca tapi tak tahu nak komen apa...nak komen pasal pregnant...tak tahu pulak...

Cik Rose berkata... [Reply]

bagus kan anak akak ni.. dah bercita2 nak jadi dokter.. boleh bantu ibu ayah dia nanti :)

Ujie Othman berkata... [Reply]

rai mmg slim sgt..dulu saya pun gitu, berat 42kg je. last few yrs ni tetiba berat naik, mybe kadar metabolisma dah turun atas faktor usia.

vit. monyet..hahaa

aizamia3 berkata... [Reply]

best kan dapat tengok perkembangan baby, nak pulak dengan anak2.. tentu dorang teruja lebih.. ;)
ohh.. tetiba rindu masa preggy.. ;)

Tanpa Nama berkata... [Reply]

KA doakan yg baik2 ajelah ye!

HeNRieTTa JoSe berkata... [Reply]

lahai...sian Aqil....tapi sweet lew...nk jd doktor sebab nak buat pwut ibu....

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com