Assalamualaikum
Hujung minggu aritu banyak aktiviti aku da susunkan. Ye lah. Memandangkan cutinya pun tiga hari.
Tapi...Kita cuma merancang. Allah yang menentukan. Jumaat malam aku da start ada kelas semula. Balik rumah ada pulak sesi perbincangan dan penerangan. Sampai ke pukul berapa aku pun tak pasti.
Pagi sabtu tu aku pening kepala sebab tak cukup tidur. Sudahnya shujin dengan sepupu dia yang keluar cari barang untuk tempahan puding yang nak kena hantar hari Ahad tu. Bila diorang balik. Aku da lega sikit. So aku masak la nasi. Lauknya aku mintak shujin belikan je. Tak larat T_T
Malam sikit terus operasi menyiapkan tempahan puding caramel.
Puding yang siap |
Tong untuk mengangkut |
Alhamdulillah. Kali ni dapat tempahan untuk majlis perkahwinan di Bangi. Walau pun lenguh satu badan Ahad sepanjang hari dan Isnin separuh hari lenguh tangan kaki sampai tak nak keluar rumah. Nasib baik appointment untuk hari Isnin kawan aku tangguhkan. So tak payah la aku menggagau nak keluar rumah dengan badan sakit sana sini tu kan.
Paling kesian adalah shujin dengan sepupunya tu. Kena ulang alik mengangkut tiga tong besar (satu tong lebih kurang 300+ cups) dari rumah ke kereta. Sedia maklum rumah aku atas angkasa takde lif. Bengkok. Balik dari menghantar separuh hari tidur. Gilir gilir sebab takut nanti bebudak berdua tu main bukan bukan.
Hari ni baru regain energy balik. Tu pun kalau dapat nak berguling lagi. Tapi melampau la kan. Kitorang duk borak aritu. Macam mana la kalau dapat tempahan puding tiap hari. Alamatnya jadi zombie memasing. Hehehe.
Kalau ada sesiapa nak buat majlis (apa apa majlis) nak buat tempahan puding boleh la tempah ngan aku ye. Dijamin sedap.
9 comments:
tgk pown dah tau sedap.. hehe moga terus suksess ye rai
emmm sedap!
Rezeki tuh.
Alamak... KA dah taip apa yang akkcik nak taip... hehehe...
Ahad 23/9 nanti, Rai datang ke rumah Dato' LF, kna? :)
Yummy....moga perniagaan mkin maju....
Kakak pun nak buat jugalah hari Ahad ini..
aku belum rasa lagi puding karamel ko ni.lupa nak pesan suh bawak masa ko dtg umah tu
rajin sis.. gud luck yer.. nmpak puding tuh pun dh tau sure sedap.. :)
wahhh bestnye..bole pos ke melaka ke zai?
mesti la sedap tapi saya tak makan pulak puding caramel. hehehe...
Catat Ulasan