Memaparkan catatan dengan label Caramel Pudding. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Caramel Pudding. Papar semua catatan

Selasa

Aktiviti hujung minggu

Assalamualaikum

Hujung minggu aritu banyak aktiviti aku da susunkan. Ye lah. Memandangkan cutinya pun tiga hari.

Tapi...Kita cuma merancang. Allah yang menentukan. Jumaat malam aku da start ada kelas semula. Balik rumah ada pulak sesi perbincangan dan penerangan. Sampai ke pukul berapa aku pun tak pasti.

Pagi sabtu tu aku pening kepala sebab tak cukup tidur. Sudahnya shujin dengan sepupu dia yang keluar cari barang untuk tempahan puding yang nak kena hantar hari Ahad tu. Bila diorang balik. Aku da lega sikit. So aku masak la nasi. Lauknya aku mintak shujin belikan je. Tak larat T_T

Malam sikit terus operasi menyiapkan tempahan puding caramel.

Puding yang siap

Tong untuk mengangkut
Alhamdulillah. Kali ni dapat tempahan untuk majlis perkahwinan di Bangi. Walau pun lenguh satu badan Ahad sepanjang hari dan Isnin separuh hari lenguh tangan kaki sampai tak nak keluar rumah. Nasib baik appointment untuk hari Isnin kawan aku tangguhkan. So tak payah la aku menggagau nak keluar rumah dengan badan sakit sana sini tu kan.

Paling kesian adalah shujin dengan sepupunya tu. Kena ulang alik mengangkut tiga tong besar (satu tong lebih kurang 300+ cups) dari rumah ke kereta. Sedia maklum rumah aku atas angkasa takde lif. Bengkok. Balik dari menghantar separuh hari tidur. Gilir gilir sebab takut nanti bebudak berdua tu main bukan bukan.

Hari ni baru regain energy balik. Tu pun kalau dapat nak berguling lagi. Tapi melampau la kan. Kitorang duk borak aritu. Macam mana la kalau dapat tempahan puding tiap hari. Alamatnya jadi zombie memasing. Hehehe.

Kalau ada sesiapa nak buat majlis (apa apa majlis) nak buat tempahan puding boleh la tempah ngan aku ye. Dijamin sedap.

Daa

Cara-cara memasak puding Caramel (step by step)

Assalamualaikum

Saja gatal nak share resepi puding caramel (confirm tak bau telur sebab tak guna telur :P)
Bahan-bahan
Sori. Segera je. Tapi yang ni takde bahan pengawet. Salah satu produk yang agak laris dalam bulan puasa ni.

Bahan-bahannya
Sebungkus serbuk caramel segera + gula caramel ready made (brand premium gold)
Satu tin susu cair (lagi mahal lagi sedap hasilnya, aku guna marigold)
2 tin air (sukat guna tin susu cair tadi)
Total cecair 1000ml~1200ml. Boleh guna fresh milk kalau suka
Periuk untuk memasak, microwave pun boleh!

Kaedah membuatnya
Masukkan susu cair ke dalam periuk
Masukkan 2 tin air
Masukkan puding caramel powder
Kacau sehingga tiada ketulan powder
Nyalakan api kalau masak atas dapur (api kecil saja), atau set periuk ke mode memasak.
Sambil tu atau sebelum mula masak tuangkan caramel ready made ke dalam bekas, caramelnya pekat so tak payah tuang banyak sangat. Oh jari comel di bawah tu jari Aqil. Yang menuang tu aku lerr..
Bila dah ada buih sikit sikit da boleh terus masukkan dalam bekas. Sila abaikan pelakon tambahan dalam watak lego tu ya.



Dah siap. Boleh masukkan dalam peti sejuk untuk dimakan masa berbuka




Kalau bekas kecik-kecik macam kat atas tu kalau isi takat leher leher gitu boleh la dapat dalam 10-12 bekas. Sedap dan caramelnya pun bau wangi.

Puding cream caramel serbuk ni harganya cuma RM7.50 bagi satu set (Maaf harga dah naik baru ni) . Dapat sekali dengan gula caramel yang pekat dan sangat wangi. Cuma tinggal campurkan dengan satu tin susu cair atau susu segar.

Bagi yang berminat nak mencuba boleh hubungi kesoma.rai@gmail.com untuk pesanan.

Selamat mencuba.

Daa

Puding Cream Caramel

Cream Caramel Pudding
Haa..inilah rupa cream caramel pudding yang aku buat tu setelah ditelangkupkan ke dalam piring. Harganya? Cuma RM1.30/cups. Kalau dimakan sejuk2 memang boleh gian..anak-anak suka betul bila hidangkan puding ni.

Isnin

Alhamdulillah :D

Jualan masa bukak booth kat Bangi tu aku kira menggalakkan walaupun aku sampai lambat. Acara bermula pukul 9. Peniaga lain katanya sampai dari seawal pukul 8 lagi nak setup booth. Aku sampai pukul 10.30. Siap bawak bebudak berdua tu lagi..haha..tapi alhamdulillah puding cups semuanya habis dijual. Tak banyak pun aku bawak  masa tu. Sebab tujuan aku bukanlah semata-mata pasal untung. Aku nak memperkenalkan akan kesedapan puding  caramel aku tu kepada warga bangi :D. Alhamdulillah. Ramai yang teruja dan ada yang call aku semalam dan pagi tadi nak buat tempahan puding.

Walau pun meniaga ni penat. Tapi seronok bila orang suka dengan apa yang kita jual kan..Open day tu officially habis pukul 5 petang. Tapi aku takut kalau lambat sangat nanti jem kat Puchong. So aku pun wrap booth pukul  4.30 petang. Dapat ramai kenalan yang meniaga pada hari tu dan dapat ramai pelanggan yang sukakan puding aku. Insya allah kalau UniKL buat open day lagi aku join lagi.

Berminat dengan puding caramel OurkizunaStore? Emailkan pada ourkizunastore@gmail.com

Puding Cream Caramel

Gambar pinjam Caramel Pudding :)

Suka Caramel Pudding? Saya mengambil tempahan untuk Majlis keramaian/Birthday Party/Wedding
Satu cup (bekas 120ml) RM1.20 sahaja
Pertanyaan lanjut hubungi kesoma.rai@gmail.com

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com