Isnin

Sudah jatuh ditimpa mixer

Assalamualaikum

Pagi Senin yang kurang ceria. Pagi tadi da bangun 430. Duk snooze sampai pukul 5. Lepas tu stop alarm sebab ingat nak bangun. Lepas tu eh..lelap jap la. Terjaga lagi sekali lagi seminit nak azan. Sempat kejut shujin bagi tau. Sayang..Seminit lagi nak azan. Sambil sama sama mendengar sayu laungan azan subuh di pembaringan. Adess.. Harap-harap boleh bertahan.

Pagi pagi dah low blood pressure. Darah takmo naik kepala. Sikit lagi nak berguling depan almari. Terpaksa la kensel penghantaran kuih raya ke TTDI tengah hari nanti nampak gayanya ni.

Walau pun aku da tak tidur lepas subuh. Still jugak keluar lambat sebab badan rasa lemah gemalai. Saiko betul! Dah la lambat keluar. Kereta pulak habis minyak. KESAS pulak jem tak hengat. (Eh pernah ke KESAS tak jem :P )

Sampai kat atas nak turun ke Jalan Airport Subang tu ada pulak kereta menghimpit. Nasib baik kami tak terhimpit ada sorang mamat yang jalan kat tepi tu (motor dia rosak agaknya) Hangin je shujin. Naik office rupa rupanya aku pakai selipar je. Hehe.

Kaki pulak sakit sebab semalam masa nak keluarkan mixer tu mixer jatuh atas kaki. Nasib baik hand mixer je. Kalau kitchen aid mau beraya kat hospital gamaknya aku. Tapi melalak jugak la. Nasib baik aku ni saiz S je. Senang nak mengada ngada shujin bagi ohime sama dakko. Hihihi.

Choc chip, beskut cornflake dengan beskut cornflake yang da habis cornflakenya aku gaul badam cincang.
Shujin request nak beskut dahlia pulak. Haihh. Nasib baik raya setahun sekali (kata aku) Shujin potong kata "Raya setahun dua kali la" Adess. Nampak gayanya bertunggu bertangga depan oven lagi la raya haji nanti.

Rasanya kitorang takde beli baju raya tahun ni. Maybe aku nak sambar selai dua untuk anak-anak. Baju kitorang baju tahun lepas pun ok lagi. Langsir perabot bagai tu memang tak pernah lagi dalam sejarah kitorang tukar masa nak raya. Hehe.

Macam mana persiapan raya korang. Ke dah ada yang start cuti. Wahwahwah. Bestnya..

Daa

11 comments:

Kakcik Seroja berkata... [Reply]

Kakcik pun belum beli baju baru (malas nak sebut baju raya... huhuhu...). Semalam cuma beli dua pasang kasut atas desakan suami sebab kasut yang dipakai ke pejabat dah koyak!

Cik Rose berkata... [Reply]

macam2 yg berlaku ye.. sakit tu kena himpap ngan mixer...

Deq's Qienz berkata... [Reply]

lorr ciannya..hehee sedap tgk kuih tuh nak cikit..hehee

Tanpa Nama berkata... [Reply]

siannyer tapi dalam pada tu byk juga kuih2 yg dibuat tu... KA pown sederhana je tahun ini!

MAY berkata... [Reply]

may pun tak beli baju raye..tak de mood la..badan tak sihat gini takde hati nak beli baju walaupun telah di offer oleh laki den..untung ade bini gini kan..save duet laki den..haha...pki je la pe yg ade..baju menikah ari tu ade..baju betunang pun tak pki2lps betunang...hahaha

wahida berkata... [Reply]

adoi la...mcm mana ko boleh kena himpap ngan mixer tu? huhu...

lenkali hati2 tau!!

Irfa berkata... [Reply]

ada org bila raya semua tukar.siap sarung bantal dan tilam sekali.aku akan pakai lgsir sama smapai tukar kaler @ koyak.haha

ohime sama dakko maksud ko mintak dukung ke?kalau aku..patah pinggang la jawabnya ;)

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Hati-hati buat kerja Rai... ingat ada nyawa dibawa di dalam perut tu... Lesu-letih memang ada sabarlah utk sementara..

Unknown berkata... [Reply]

sy pon tak sahur lg hari ni..lmbt bgn pg td..semoga sis dpt bertahan hingga berbuka nnt..caiyok!!

Unknown berkata... [Reply]

irfa,
aku tak mintak..orang bagi..haha..

sal ya berkata... [Reply]

tahun lepas anak2 je ada baju raya. mak dgn bapak tak ada. bapak pakai baju masa kawin. mak pakai baju yg selalu bawak pergi kuliah. hahaha... tahun ni je baru cari sehelai dua. utk anak2 beli la berhelai-helai. boleh bawak guna utk jalan2.

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com