Isnin

Kenapa ikan dan pancing

Assalamualaikum

Rentetan dari persoalan tentang ikan dan pancing.

Munnafendy tanya, apa motif dihantar ke pulau tu. Irfa pulak nak request makanan lain dari ikan. Demand ko Irfa :P

Sebelum aku terangkan motif dan matlamat soalan aku tu meh aku imbau imbau kenangan lama.

Sebenarnya 2-3 hari ni aku teringat kisah beberapa tahun dulu. Untuk tidak mengaibkan sesiapa aku ubahsuai la sikit latarbelakang orang ni. Lagi pun sebenarnya senario macam ni biasa kita lihat dalam masyarakat kita. Kita panggil dia A lah ye.

A tak dapat cari kerja dan terpaksa bergantung harap pada pendapatan isterinya. Macam-macam dia dah lakukan untuk menambah pendapatan keluarga tapi tak satu pun berjaya. Pinjaman kereta dah beberapa bulan tak dapat dibayar. Insurans dan cukai jalan kereta pun dah hampir tamat tempoh. Sebenarnya keluarga A bukan tergolong dari golongan orang susah. Ibu A menawarkan untuk membayarkan semua bayaran yang tertunggak bagi mengelakkan daripada kereta A ditarikh oleh pihak bank.

Saranan ini telah ditolak oleh A. Katanya "mudah je kalau mak nak bagi duit tu, tapi saya tak boleh terus hidup mengharap pada ihsan orang semata mata. Walau pun keluarga sendiri." Diusahakannya juga untuk membayar tunggakan pinjaman kereta sedikit demi sedikit.

Hampir setengah tahun kemudian, A telah mendapat pekerjaan dengan gaji yang agak lumayan. Dan dia tak pernah menyesal menolak bantuan dari ibunya walau pun terpaksa bersusah payah selama beberapa tahun.

Sekian kisah A.

Ok. Kenapa kena hantar ke pulau. Pada aku la. Walau pun hidup kita dikelilingi oleh ramai orang termasuk ahli keluarga dan sanak saudara. Hakikatnya kita sendiri. Tak salah kita menerima bantuan tunai dari orang lain. Tapi selama mana kita nak hidup dengan bergantung pada orang lain. Kalau orang yang kita gantung harapan tu hilang tak ada atau berhenti beri bantuan. Adakah kita beralih cari bantuan orang lain pulak? 

Sama macam kita nak beri bantuan pada orang lain. Pada orang susah contohnya. Bersedekah tu sangat sangat digalakkan dalam Islam. Tapi sampai bila mereka tu nak bergantung harap pada duit sedekah. Golongan macam ni memerlukan satu peluang yang boleh membantu diorang berdiri dengan usaha mereka sendiri. Lebih lebih lagi bagi golongan miskin dan fakir yang masih sihat. Kalau sakit tu memang la agak sukar bagi mereka nak berusaha. Kalau kita bagi bantuan kewangan. Dan mereka spend duit tu. Macam tu je lah. 

Cuba kalau kita bagi bantuan kewangan dan ajar mereka berniaga contohnya. Ajar bercucuk tanam contohnya. Hasil tu akan bantu ubah kehidupan mereka. (Tapi please jangan ajar diorang mulakan dengan berhutang. Buat loan untuk meniaga. Terlalu berisiko bagi orang yang memang tak ada apa. Dan kalau nak ajar orang tu meniaga, follow closely sampai orang tu berjaya. Provided dia sendiri ada keinginan nak ubah hidup la kan) Bukan harap pada bantuan kita semata mata. Atau pun berikan diorang ni peluang pekerjaan yang lebih baik bagi yang ada potensi.

Macam anak-anak kita sekali pun. Bila anak susah. Sebagai ibu bapa mesti rasa nak tolong. Kalau ada duit hutang tu nak tolong selesaikan. Masa kita hidup boleh la. Kalau kita da mati esok. Siapa nak tolong?

Ini adalah sikap masyarakat kita yang perlu kita ubah sebenarnya. Kenapa orang cina boleh berjaya kat mana-mana pun mereka? Maybe tak semua la. Kalau kita tengok. Kebanyakan kan. Sebab diorang ni ilmu survival tinggi. Aku bukan nak kondem BR1M ke apa. Tapi iklan pun tunjuk. Dapat duit beli cermin mata. Dapat duit bayar bil letrik. Alahai. Bil letrik da dua ratus lebih. Lepas tu tarik sana sikit sini sikit habis. Lepas tu apa? Takde apa la. Cuma iklan duk tayang macam bank in duit tetiap bulan la kan.

Dan ingatlah. Kita sentiasa diberi pilihan. Setiap hari kita buat pilihan. Pegi pasar ramadhan pun kena pilih. Jangan salah buat pilihan. Dan kalau dah salah pilih belajar dari kesilapan. Kalau tak silap tak belajar kan. So takpe buat silap. Asalkan kita belajar dari kesilapan pilihan kita. Setiap pilihan ada baik buruknya. Teliti baik baik.

Yang mana lebih baik? Ikan atau pancing? Pilihan di tangan masing masing.

Nota kaki: Cabaran berpuasa semakin getir nampaknya. Bila start muntah2 tak keluar apa. Kaki pun menggigil. Rasa macam nak balik rumah je T_T

Daa

14 comments:

Irfa berkata... [Reply]

jomlah balik..aku pun ngantuk sgt ni
nak gi mancing pun takde tasik@sungai yg dekat.lagipun aku x de pancing.hehe.

marah ker?raya aku minta maaf okey

Dr K berkata... [Reply]

pengemis kat malaysia memang suka bulan ramadan...dapat stok ikan berkotak kotak katanya! haha..

Ayu Ayunie berkata... [Reply]

oo camtu ke kisahnya.. lain orang lain caranya kan.

+ e.z + berkata... [Reply]

eB due akhir nov 2012 :)

Hanis MY berkata... [Reply]

stuju part hutang dlm meniaga, kalau bisnes lingkup naya dengan nk byr bunga lagi huhu...

take care kak rai... tak sabar nk tgk baby baru nanti

+ e.z + berkata... [Reply]

rai bln jan kan?
:)

Pokok Manggis Depan Rumah berkata... [Reply]

betul2.. kene ambik pancing la yea..
berguna cerita ni..

Cho Zila berkata... [Reply]

memang bgtler kalau boleh bagi pancingnyer ..
tapi jangan nak cakapler kalau dapat bantuan pada masa memerlukan memang sesuatu yang dikenang...

Kakcik Seroja berkata... [Reply]

kalau ajar orang bercucuk tanam, jangan pulak ajar tanam pokok ganja... hehehe... (kakcik ngantuk sebenonya!)

Ujie Othman berkata... [Reply]

ada sikit persamaan dgn cerita hidup saya la rai. saya & suami penah susah sbb biz kami tak menjadi. mcm2 kerja kami buat utk survive, tak bgtau family pun sbb yakin boleh keluar dari problem ni. Alhamdulillah..skrg dah settle dan sgt menghargai kesenangan yg ada.

*iklan BR1M tu bg saya memalukan org Melayu, teruk sangatkah kita smpai mengharap ihsan org hanya nak settle bil letrik dll tu? lepas2 tu mcmmana? terus mengharap!

maszull berkata... [Reply]

assalamualaikum rai...yer betul tu saudara mara pun lelama akan feedup juga kalau selalu je nak meminjam tapi jika kita pandai berusaha lama2 makan berjaya juga...;)

mummY daniSha berkata... [Reply]

kalau x larat x yahla pose zai...hehe

Unknown berkata... [Reply]

tuh la kadang2 confius tgk tubuh badan sihat walafiat tapi meminta sedekah...kan elok pergi mencari kerja yg sesuai...

sal ya berkata... [Reply]

so true. pernah susah sgt. smp tak blh nak bayar ansuran kereta. saya ckp dgn suami tak apalah kalau tak ada kereta pun. still blh survive sbb masih ada motor. dia mmg berussah keras utk upkan semula hidup dia. dan disinilah kami sekarang. bermula dari bawah juga adanya. tapi saya tak kisah pun. ok je.

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com