Jumaat

Mak budak membuli

Assalamualaikum

Antara dua dua orang anak aku, kitorang suami isteri sepakat suka membuli Damia. Hahaha. Sebab dia lebih garang. Lebih manja dan lebih kuat melalak berbanding abang dia. Abang dia da gaya abang abang sikit. Yang si Damia ni dah la mulut bising.

Kalau dia nak bercerita selagi kita tak bagi respon selagi tu dia panggil. Tak jemu jemu. Ibu ibu ibu ibu. IIbuuu~~ .. Lepas tu kita bagi perhatian. Nanti dia panggil lagi. Kalau tengah takde buat apa ok lah. Kalau dok khusyuk tengok tv ke tengah kalut buat kerja ke tensi jugak dibuatnya. Nak marah tak patut pulak kan. Budak tengah nak belajar.

Tapi shujin paling kerap mengacau dia. Aku pulak tak suka bila si Damia ni bising-bising sebab nak memujuknya nanti bukan ayah dia. Ibu dia jugakkk. Bila siang ok je nak bergurau senda melompat dengan ayah dia. Tapi bila malam memang nak dengan ibu je. Kalau dia suruh ibu dia bukak kan lampu ke apa. Jangan la ayah dia yang pegi bukak pulak. Berguling kat situ lagi ada. Tak boleh tidak. Aku jugak kena bergerak. Sabo je la perangai anak dara sorang ni.
Saya manya (Damia)
Aku yang letak teddy bear tu kat atas dia. Konon2 buat kiraan WWF gitu. Hehe. Yang sebelah tu buku kesayangan dia. Yang bagusnya dia suka membelek buku. Sampai lunyai dibuatnya usung sana sini. Nasib baik da kurang da perangai suka koyak buku tu.

Sungguh pun kadang-kadang dia susah nak ikut cakap aku dengan shujin, tapi kalau abang dia suruh biasanya dia ikut tau. Heran aku. Ilmu apa Aqil pakai ni. Kena nuntut ni. Hahaha.

Damia still belum boleh terima dia dah toddler dan bakal dapat adik. Abang da dapat menerima dengan baik da. Abang sungguh Aqil. Hihi.

Ayat Damia yang tiap kali pun shujin cair adalah "ayah~ boleh tak kalau adik nak XX" Punye la sopan. Harus cair ayah dia. Aku rasa Aqil yang start guna ayat lebih kurang gini. Ayat Aqil yang aku selalu dengar. "Ayah~ abang nak XX boleh tak ayah" dengan nada yang lemah lembut memujuk. So tetiap kali pun shujin kena pow dengan anak-anak. :P

Sekian entri merapu takde idea nak tulis apa.

Senin cuti. Hoyeh~

Daa

26 comments:

Tanpa Nama berkata... [Reply]

anak kecil ni manja dalam pelbagai cara. hehehee...

Tanpa Nama berkata... [Reply]

samalah anak bongsu KA selagi mata tu bukak selagi tulah juga mulut dia x henti bercakap....

maszull berkata... [Reply]

assalamualaikum Rai...heheeehe kelakar jer kan melayan keletah anak2 ni tapi kekadang tu memang seronok nyer...:)

Anamarza berkata... [Reply]

Camna la Damia bila perut ibu dia dah memboyot nanti ya, makin manja agaknya dekat2 nak dapat adik nanti :)

Qhaifa Nur berkata... [Reply]

pernah tengok anak buah hubby tiada dibelai, dicium ayahnya...kasihan

alhamdulillah, semua anak2 merasa semua itu...bila mereka dah besar memang kita tak merasa buat gitu, mesti mereka malu...

NenetPenne (NP) berkata... [Reply]

dan kita sebab tak nak anak kita guling2 kita menurut saje kan..seolah2 kita dikontrol oleh mereka walhal mereka tu yang patut kita kontrol..betul tak?

Munn Jaafar berkata... [Reply]

kak rai...dlu kecik2 sy ngn akak selalu main wrestling2 kak... sorg baring kat atas, 1,2,3!!

hahaha

Misz-ella berkata... [Reply]

budak2 mmg camtu kan Rai. Ada masanya dia 'ngam' dgn sesetengah org .. kita yg mak pun dia tak nak dgr cakap. hehe.

HeNRieTTa JoSe berkata... [Reply]

sweet jew famly akk.....kiut damia.....sgt sronok klu adk bradk close....kecik kecik dah bleh dgr ckp abg...

Pokok Manggis Depan Rumah berkata... [Reply]

mcm2 cerita anak kan :-)

Dr K berkata... [Reply]

ahahahaha..damia macam anak sulung saya..akan terus panggil dan panggil kami (selagi kami tak menoleh tengok kat dia) !

Asmara berkata... [Reply]

Sama la shujin pun suka nyakat anak2 nnti dah nangis okaasan gak kene pujuk. Sabo jela. Hehe..

BERT berkata... [Reply]

seonok layan kerenah anak2 kan.. huhu tak sabar nak banak nih hehe

QA's ~ mamapapa berkata... [Reply]

eheheh!!!mmg seronokkn melayan kerenah anak2..jemput follow kmbali :)

Ujie Othman berkata... [Reply]

Nampaknya damia tiru cara abgnya nk mintak brg..bagusla..sopan je. saya pun cair..

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata... [Reply]

Salam rai...suami k.atie pon lembut hati bila anak2 cakap perlahan2 ngan ayahnya sambil senyum...gerenti dipersetujui..

mummY daniSha berkata... [Reply]

tula..aku pun geram je bila hubby sakat2 danisha..ang nak memujuk die bg aku pulak.....haihhhh

Hanis MY berkata... [Reply]

Comel je ank2 kak rai ni damia manja dgn maknya

Unknown berkata... [Reply]

Alamakk nti adik dah keluar xleh panggil Damia adik lagi.. huhu.. Same too me.. sbb skrg panggil afiq, adik jugak hahaha...

Baiknya abg aqil.. Abam aqil yg sorang lagi ni pantang kita sebut nak ke kedai.. Dia dah order macam2 tau!

Bobo berkata... [Reply]

best lah damia dpt adik nnt.. jgn dibuli adik die nnt sudehh hehe

Dkna Abza berkata... [Reply]

alahaaaiii..kesian..dah tenggelam dek bear besar tu ha :)

Unknown berkata... [Reply]

Rai,
mintak add rumah. email shima sjaqil@gmail.com
Want to sent u somethin' :)

wahida berkata... [Reply]

budak2 tgh belajar mmg kena layankan aje walaupun kengkadang tu tension gak...haha...

IntaNBerliaN berkata... [Reply]

hihii comel je cara 2 beradik ni mintak :-)

Liza Razak berkata... [Reply]

kelakar betul tgk gambar damia dengan teddy bear tu..hehe

Irfa berkata... [Reply]

budak nak dpt adik mmg gtu kot

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com