Isnin

Pregnancy Update : Berpuasa dan morning sickness

Assalamualaikum

Actually aku tak pergi start buat check up lagi. First check up schedule lepas raya nanti. Doktor kata since ni 3rd baby, so dia takde kalut nak suh check up awal sangat.

Alhamdulillah so far aku masih berpuasa penuh. Berkat shake kurma badam kot? Hehe. Puasa kali ni selera tak berapa nak ada. Biasanya orang kena morning sickness pagi pagi. Aku pulak menjelang petang baru terasa loya melugai bagai. Azabnya adalah bukak puasa pun kurang selera. Biasanya nasi jadi pilihan 3-4-5 atau pilihan terakhir. Kalau terlebih makan pulak mula la nak keluar balik.

Supplement untuk pregnancy aku ambik iron folic, B complex, Calcium Magnesium, Vitamin C dengan Multivitamin.Aku tau bunyinya macam banyak sangat. Meh aku terangkan serba sedikit kenapa ya. Kalau orang yang dah perfect diet tak perlu ambik banyak macam ni pun takde masalah sebenarnya. Tapi bulan puasa ni especially aku risau sikit. Dah la aku kurang selera sekarang ni kan.

Iron folic, B complex, Vitamin C dengan Multivitamin aku ambik waktu sahur. HB aku selalu rendah masa pregnancy, so aku memang kena ambik extra iron, tu pun aku cuma ambik sebiji walau pun suggested 2 biji (keperluan masa mengandung up to 27mg). Sebab yang balance tu rasanya aku boleh dapat dari makanan. Untuk boost penyerapan iron aku ambik sekali dengan vitamin C. B complex pulak untuk manage morning sickness sebab Vitamin B6 dengan B12 dalam B complex ni fungsinya untuk mengurangkan rasa loya dan jugak muntah muntah. Mula mula aku ambik sebiji pagi dan sebiji malam. Bila tak berapa nampak kesan aku tambah 2 biji pagi dan sebiji malam. Alhamdulillah dah makin berkurang. Multivitamin tu just untuk fill in the gap.

Calcium magnesium dengan satu batch lagi B complex aku ambik malam. Sebab Calcium magnesium dikatakan inhibit penyerapan iron. So kalau nak ambik asingkan. At least gap selama 2 jam. Calcium tu aku ambik 2 biji je. So far alhamdulillah takde cramp takde apa. 

Dari segi kecergasan, mungkin agak kurang sikit sebab aku tak boleh nak makan banyak sangat. Cepat full. So bila nak petang je dah mula hilang tenaga. Tapi yang bagusnya walau pun kadang-kadang tak berapa nak cukup tidur aku tak mengantuk sampai petang.

Sekian laporan pemakanan aku 10 hari pertama puasa ni. Harap-harap tak banyak masalah dan dapat puasa penuh tahun ni. 

Iron folic tu dari sumber bayam yang kaya dengan folate dan iron
B complex pulak dari yis
Vitamin C dari cherry acerola
Multivitamin campuran, tak ingat. Salah satunya adalah alfalfa

Bukan 100% la, tapi sebahagian darinya :D

Daa

18 comments:

maszull berkata... [Reply]

assalamualaikum Rai...moga baby sihat n mama die pun mcm tu juga yer...:)

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Rai, klu amik obimin...bukan dah complete everything?

Deqna berkata... [Reply]

tahniah.. baru tau lah awak pregnant :)

InsyaAllah kita boleh puasa penuh lah tahun nie kan... :)

Unknown berkata... [Reply]

mama maszull,
insya allah..terima kasih mama..

fara,
actually obimin complete.biasanya doktor yg saya pegi still akan prescribe calcium lactate sbb dalam obimin tak cukup rasanya. takde masalah kalau nak ambik obimin. tapi saya prefer yg ni sbb jenis bahan yang digunakan dan yang ini ada tambahan phytonutrient dari pekatan tumbuhan mcm acerola cherry, alfalfa etc..selain dari tu dari jenis calcium tu saya prefer calcium+magnesium compare dengan calcium lactate yang biasa doktor bagi..so far yg saya perasan effectnya lebih berkesan.dengan calcium magnesium penyerapan dalam 30 minit saya boleh rasa..kurang lenguh.tapi masa saya consume calcium lactate dulu takde rasa sangat pun.maybe effectnya depend pada individu.still..saya prefer yg lebih semula jadi. :D

Unknown berkata... [Reply]

rai.. tahniah,, kita baru tau awak pregnat

ct rahani berkata... [Reply]

wah preggy ye sis.. baru tau nih.. congrats k.. jaga diri n baby baik2.. :)

Munn Jaafar berkata... [Reply]

la.ketinggalan ketapi ke sy ni? akak pregnant ke? haiihhhh... tahniah!!
byk2 up lg entry psl awal kehamilan ye..hihi..adik2 mcm sy ni sgt memerlukannya :)

Ujie Othman berkata... [Reply]

Tahniah Rai! Saya baru tau..
Alhamdulillah dh nk masuk tiga.

Unknown berkata... [Reply]

Tahniah Rai. Pregnant lagi :))

Bagus juga mkn segala tu lebih2 bulan puasa dgn selera mkn Rai yg xada tu.. kesian baby lapar nanti hihi..

Take care ye

IntaNBerliaN berkata... [Reply]

ooo awk tgh prgnant brp bln?

yatie chomeyl berkata... [Reply]

eh u preggy gak ke? yeay ada geng. tp ur baby mesti lahir 2013 ek nanti?.

Tanpa Nama berkata... [Reply]

apapun jaga diri ye rai!

Ayu Ayunie berkata... [Reply]

bestnya preggy.. rindu.. huhu..
time sy preggy dulu waktu tu mmg tgh awal trimester. makan sahur je pastu muntah. 2 minggu tinggal.
moga rai dilimpahkan kesihatan yang baik. jada kandungan baik-baik yer.

wahida berkata... [Reply]

semoga semuanya dipermudahkan....amin...

Dkna Abza berkata... [Reply]

akak..kalau tak larat jangan posa..kesian bb tu huhuuu..

Aziela berkata... [Reply]

Rai nie memang detail lah. Bagus sungguh. Akak dulu main taramm jer. Tapi tu lah one and only pregnancy. How I wish I can have another one.

Nieda berkata... [Reply]

Masa akaka mengandung dulu pun dpt berpuasa penuh . alhamdullillah. tak payah ganti.

tapi ada juga yg terbesalin waktu puasa. terpaksa le ganti posa lepas tu.

nazayiena berkata... [Reply]

Tahniah Rai,harap boleh berpuasa spi habis ya.

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com