Assalamualaikum
Actually article aka surat dari pembaca ni dalam paper the SUN semalam. Tapi sebab aku ni maha kedekut, tunggu balik rumah dapat Wifi baru nak transfer gambar, pagi ni baru aku dapat transfer. Hehehe.
Berkenaan dengan statistic hutang orang orang muda di Malaysia (takde definition pulak dari umur berapa yang kira muda tu)
Kajian oleh Consumer Research and Resource Center bagi pihak Era Consumer
Actually aku tak tau apa criteria dalam survey yang dijalankan ni. Sama ada hasilnya adalah reliable atau tidak tak dapatlah aku pastikan. Tapi mungkin ia boleh jadi panduan dan bacaan yang bagus bagi semua pihak.
Ringkasnya apa yang ditulis oleh penulis adalah
(1) 47% pekerja muda berada dalam hutang yang sangat teruk di mana, jumlah hutang yang perlu dibayar melebihi 30% dari gaji bulanan
(2) 37% pekerja muda atau orang muda hidup dengan perbelanjaan melebihi pendapatan (beyond their means)
(3) 15% tiada simpanan di mana sekiranya hilang pekerjaan/tidak boleh bekerja puratanya mereka hanya mempunyai simpanan selama 4 bulan
(4) Purata penggunaan kredit kad setiap bulan adalah sebanyak RM702
(5) 37% langsung tidak memikirkan soal retirement (apa eh bm nya)
(6) 60% tidak berpuas hati dengan retirement plan mereka
(7) 43% mempunyai financial knowledge yang sangat sedikit (4 - rate 1=strong hingga 6=poor)
Scary? Tak kot kan.. sebab setiap hari kita di dedahkan dengan segala macam jenis pinjaman dan pembiayaan. Nak sambung belajar apply loan, nak berniaga apply loan..malah nak meniaga pasar ramadhan pun boleh dapat loan. Pinjaman dah jadi budaya kita.. Sampai yang nak kahwin pun ada yang apply loan sebab nak buat grand grand.
Apa pemahaman kita tentang kaya? Ada duit banyak..boleh beli apa saja? Mungkin ramai yang tak tahu dan tak sedar maksud kaya. Mungkin makcik janitor kat tempat kerja aku lebih kaya dari executive yang kerja dalam ruangan ber air cond ni. Sebab? Makcik janitor tu ada property yang menghasilkan cashflow at least RM1000 setiap bulan. Manakala executive yang bekerja dalam ruangan ber air cond tu hanya ada hutang keliling pinggang dan rumah yang dia ingatkan asset dia tapi sebenarnya adalah liability. Di mana. Sekiranya kedua dua mereka diberhentikan kerja makcik janitor masih mempunyai pendapatan RM1000 setiap bulan, manakala executive tersebut tidak ada apa apa.
Ada beberapa kali aku tekankan bahawa kekayaan bukan bermaksud kita ada duit nak beli barang barang mewah atau barang yang kita suka. Tapi berapa hari berapa bulan berapa tahun kita boleh terus hidup tanpa bantuan kewangan dari orang lain sekiranya kita hilang pekerjaan. Kalau sesiapa faham dengan sebenar benarnya maksud kaya, insya allah dia takkan senang duduk dengan cuma bekerja tanpa ada pendapatan tambahan dari passive income.
Yang pasti..aku masih miskin berbanding makcik janitor L
Daa
17 comments:
setuju setuju setuju
bila la nak abis bayar hutang ni
huhu
kim salam makcik janitor
tapi janitor tu apa?hehe
irfa,
sama la ngan aku..risau dgn hutang..
insya allah..aku selalu lepak borak ngan makcik tu kat surau.. janitor tu yg bersihkan toilet tu.. ada yg panggil cleaner.. tapi laki aku kata cleaner tu salah satu maksudnya adalah orang yg jadi pembunuh upahan..so aku guna istilah janitor konon nak lebih tepat..hehehe..
betul2....
lagi 22 tahun nak habis hutang rumah...huhu,lamanya!
yng muda tak berpikir pjg hanya nak spend2 je
betullah, kita terikat dgn hutang rumah dan kereta.. itu yg semestinya sbb tak mampu nak beli cash.. tp entry ni membuka minda agar mengambil berat soal simpanan.. tq rai..
Nasib...nasib....
Skg ni, sy cemburu pd kwn yg lulus SPM je. Sungguh!
Kakcik ni entah bila nak bebas dari hutang. Cuma kakcik berdoa, janganlah hendaknya kakcik mati dalam keadaan berhutang kepada manusia (hutang kepada Tuhan memang tak terbayar rasanya...) :(
Salam Rai..Org muda ni macam2 depa nk nk beli...mcm2 perancangan.
Jgn sampai pinjam ALONG nk bayar hutang sudah la:(
setuju sangat...kadang2 kita ni mudah alpa dengan kemewahan yang kita ada
setuju dear.. gud sharing.. :)
kalau tak berhutang...kerja pasti tak berjalan..
assalam rai..terima kasih terus mengingatkan..
kak yus,
hutang rumah memang tak boleh nak elak kak...
kesuma,
darah muda la katakan..
kak hanis,
kalau mampu pun baik jangan..kena kejar dengan org income tax nanti.. haha..
fara,
saya pun sama! tapi dalam masa yg saya kita kena syukur sebab dalam masa yang sama pendidikan membantu kita dapat kerja sekarang ni..
kakcik,
itulah yang saya takutkan.. lagi muda lagi banyak hutang kak..
kak azatie,
bank pun sejenis along jugak.. along berlesen..hehehe
ann,
biasa la..masa muda ni nak enjoy kata diorang..hehehe
ct rahani,
thanks!
kak ema,
partly saya setuju..
kak erna,
sama sama..
assalamualaikum Rai...setuju2 dlm hal ni skg ni nak buat apa2 pun kena juga berhutang ...:)
bila hutang aku nak abes ni huuuuu
Catat Ulasan