Assalamualaikum
Lately Damia selalu jatuh. Kepala dulu. Kalau tak pun memang bunyi kepala terhempas ke lantai. Dub dab weh jadi ibu budak kecik ni. Masa Aqil dulu takde la sekerap ni. Malam tadi je dua kali. Hit kat bahagian kepala yang sama. Tak berdarah, tapi kata shujin mungkin darah kat dalam. Teruk la dia menangis. Aku panaskan bawang merah, tuam kat tempat tu. Lagi teruk melalak. Tapi lepas tu dia ok. Siap melompat lompat lagi.
Hari ni..kelam kabut aku call schoolmate aku yang doktor nak mintak advice. Walau pun aku da baca jugak kat Google pasal bila nak risau bila anak jatuh ni. Still bila doktor cakap secara live aku lagi convince la. Takut gak.
Bangun pagi terus rembat roti
Semoga tak ada apa yang buruk kesan dari kejatuhan tu. Macam mana la nak buat diorang ni duk diam barang 2-3 minit. Seriously. Kadang kadang naik angin jugak dibuatnya. Melenting je 24jam. Aku tengok aku yang rasa penat. Diorang ni tak penat gamaknya. Aku grateful diorang aktif tapi ada jugak time yang nak tengok dia duk diam je.
Semalam shujin bawak diorang pegi service center diorang off
Sekian,
Ibu risau
17 comments:
biasalah anak jatuh tu, kalau lepas tu xde demam, atau x muntah2 biasanyer ok, kata orng budak2 x jatuh x besar hehe. apapun hati2 yek
mmg kena monitor vital signs & signs of increased ICP within 24-48hours, walaupun luaran tak lebam/luka/bengkak..kawan u yg doc tu mesti dah beri advice ni ...
kesuma,
tu la..kadang2 kita jadi ibu bapa ni risau..sbb kadang2 pegi jumpa doktor pun ada benda yg boleh bagi ubat terus..tapi kes jatuh ni biasanya doktor pun suruh monitor je..
daddy zz,
aah..thanks doc..sebenarnya nak tanya doc jugak..tapi saya tak tau no. doc..nasib baik ada schoolmate yg doktor jugak..so meraban tanya dia..insya allah..hari ni suami jaga..saya da pesan suruh monitor behavior si kecik tu..
mesti ko malu kan?sib baik org2 yg menunggu tu memahami.anak2 ko tu sebaya sebab tu diorang ada geng untuk buat sesuatu..kalau beza umur mcm anak aku,kurang sikit kot sbb yg besar dah tahu apa yg dia buat tu salah
tp budak2 mmg la xduk diam..si abam tu kalau gi sopim komplek masih lagi buat gaya baring atas simen..
geram aku tengok.itu dah 7 tahun bukan setahun 2 umonya..
Sama dengan my son masa kecik dulu. Ada satu tahap, sampai we all bawak dia pergi specialist sebab risau sangat. Syukurlah dia ok. Bila dah besar, he changed.
Mahu lagi kurus ibu dia orang!
Kena pantau betul2 juga tu Rai, dibimbangi terjadi sesuatu yang tak diingini bila asyik jatuh tambah2 bila kepala yang terantuk.
sama la sis.. anak2 sy pun aktif kemain.. nak2 si kecik tuh byk kali jugak jatuh.. kiter yg tgk nih rasa penat + risokan.. sbb tu kdg2 sy x sanggup nak bawak diorang kuar tanpa en hubby @ seseorg yg leh tolong pantau.. mau pitam dibuatnya.. hehe..
anak2 mmg cenggitu..aktif sgoh kan! kdg2 biasala dlm dok jaga2 pon jatuh gak.. harap xde apa2 yg serius.. salam kenal dr Su...
ami dulu masa kecik2 pun camtu, slalu ja jatuh katil. risau gak akak ni, tapi syukur alhamdullillah, tak ada apa yg berlaku.
Hemmm kalau anak2 shima pulak rajin benjol kepala sebelum umur setahun.. Gulp! lagi la cuak kan.. afiQ pun baru2 ni benjol tempat yg sama.. Masih benjol n hijau sikit kat dahi tu.. Masa aqil plak yg paling teruk adik ipau shima baringkan kat sofa, in 1min dia bangun sat amik brg, aqil terus pusing dah jatuh bedebuk! agak teruk jgk lebamnya.. Adik xtau yg aqil dh meniarap masa tu sbb baru 3bln...... Err shima takde pulak nk refer doc klu ank jatuh lebam huhuhu...
budak2 memang gitu..masa kecik aktif, tengok lah bila besar nanti.. makin kurang aktif...
even i tak ada anak tapi rata2 anak sedara i memang gituh..
biarkan dia aktif daripada jadi lembik..
mmg risau kalu ank jatuh.. mcm ank sy alisha ni dah byk kali jatuh katil...
ms mula2 jatuh, dia kecik lg.. jantung ms tu rs nak berhenti.. terkejut amat... meraung alisha..
ala sianya dia jatuh.....jgn nanes2...
assalamualaikum Rai...kesian nyer kena hati2 la pas ni...:)
samela ngan danisha zai dulu...mayb budak perempaun ni memang senag jatuh agaknye....ralat hati sampai skang x hilang huuuu...sedey..rasa cam aku careless sgt
bahaya tu kalau jatuh kepala dulu..takot tertinggal kesan kat otak.
bahaya kalau jatuh kepala selalu...kita yg terhantuk sikit pun sakit..apatah lagi kalau budak kan..
Catat Ulasan