Jumaat

Kewajipan

Assalamualaikum

Wahhh..gembiralah kakitangan awam ye. Dengar cerita beloved PM dah announce increment sampai 13%. Banyak tu. Increment aku pun biasanya tak sampai 5%. Rezeki kakitangan awam. Orang lama macam mak aku dengan makcik makcik aku mula lah berkempen ajak anak-anak muda belia macam aku ni kerja dengan kerajaan. Hehehe.. Entah. Aku memang tak nampak kebaikannya pada diri aku. Aku selesa dengan kerja aku sekarang. Lagi pun bukan aku nak kerja sampai umur 50-60 tahun. Lain lah kalau aku err..kebuluran dengan duit pencen. Maaf. Jangan ada yang terasa hati. Pendapat aku jehh..

Aritu beli barang dapat bekas thermo ni dua set. Sebiji bagi kat mak mertua. Satu set lagi shujin baru pegi ambik tadi sebab last time kehabisan stok. Bagus betul guna untuk simpan lauk. Tahan panas kurang kurang pun 5 jam.
 err..Tapi dengar cerita SBPA yang ketipak ketipung dari awal tahun aritu kensel pulak. Berapa juta agaknya terbazir bila perkara macam tu kensel eh. Mungkin bagi kakitangan kerajaan yang tak setuju dengan perlaksanaan SBPA tu tarik napas legaa. Tapi hakikatnya, aku rasa bila ada cadangan nak buat apa-apa mestilah ada ongkos kan. Hmm..semua tu cuma mereka dan keluarga mereka yang tahu. Apa pun pengajarannya adalah, kalau nak buat something tu biarlah buat kajian habis habisan. Tapi jangan pulak dok perabis duit mengkaji manjang. Bila berlaku perkara macam ni. Siapa yang rugi. Rakyat jugak yang rugi. Duit tu kan duit rakyat.

Terutamanya yang dok bayar cukai..macam aku..huwaaa

Aaaa..

Dah buat tax filing? Jangan last minute baru kelam kabut. Aku baru je buat e-filing. Sebab bos aku baru bagi borang BE tu tadi. Alhamdulillah. Tahun ni pun dapat tax return. Tunggu je lah cheque dari LHDN nanti.

Kepada yang kena buat filing tu belajar belajarlah buat. Mana tau satu hari nanti nak dapat tax return pulak kan. Walau macam mana pun pentadbiran negara, cukai tu tanggungjawab kita. Selesaikanlah kalau boleh. Selebihnya kita doakan duit tu digunakan dengan sebaiknya.

Jangan pulak lari dari bayar cukai. Hehehe..

Daa

15 comments:

Kakcik Seroja berkata... [Reply]

Kakcik belum buka lagi e filing tu untuk tahun ini. Tahun lepas suami dah terlebih bayar tax, tapi takde pulak LHDN refund duit tu. Ke sebab tak claim? Sendiri punya salah la kan? :)

Unknown berkata... [Reply]

@kakcik, patutnya diorang hantar surat kat kita..surat first tu dia akan kata diorg dah review permohonan tax kita..dalam surat tu akan mention yg diorg akan hantar satu lagi surat yg berisi cheque utk tax return kita..

cuba kakcik suruh encik suami kakcik buat query dgn lhdn... bulan berapa dia buat? kalau buat awal macam sekarang ni maybe sebelum bulan 5 dah boleh terima.. tapi kalau buat last minute dengar cerita ada yang dekat setahun.. apa pun cuba la tanya lhdn.. tak salah bertanya..sbb duit hasil tax mmg banyak gila..hahaha..

ada kawan saya kerja lhdn dapat bonus sampai 3-4 bulan..hehehe..

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Kakak tak guna e-filing lagi. Borang BE dah 3 minggu dapat, plastiknya pun kakak tak buka lagi. Konon dah matchkan dgn EA form tapi malasnya nak isi... e-filing senang kan tapi last year pun kakak masih manual lagi rai... LHDN kat BBBU aje dekat dgn angsana lagi boleh shopping hihi...

faraherda.razalan berkata... [Reply]

X fhm sbnrnye psl income tax nie. Gile kan? Aritu dpt surat tp dlm surat tu kate msh ada amt yg kena byr? Tp bukan ke potongan dibuat melalui gaji? Apekah???

mummY daniSha berkata... [Reply]

x dpt pun borang lg...lambatla..x sabar nak claim balik ni...pulangkan balik wit saya yer!hahhaa....company aku memang siap2 ptong..memang dah x leh larikk hahhaa..

mummY daniSha berkata... [Reply]

tahla zai...for me pencen memang best..sebab tgk mak aku senang je ada pencen..pencen mak + ayah lg besar dr gaji aku tau hahahah

mayb sebab tu aku suke pencen...rasa cam hidup lebih terjamin...dah tua x keje pun dpt duit bulan2...=p

Irfa berkata... [Reply]

PUN DAH DAPAT EA FORM TU 2 HARI LEPAS.BELUM SUBMIT ONLINE LAGI..
TIAP2 TAHUN X LUPA DECLARE W,PUN AKU BELUM LAYAK BAYAR CUKAI ;)
nampak sangat gaji tak banyak.hehe

Unknown berkata... [Reply]

@Kakzakie, cepatnya akak dapat borang BE tu..saya hari ni baru dapat..kalau kat kl ni buat manual leceh sikit..hehe..

besnya shopping angsana..aritu balik kulai tak dan nak melawat kawasan..sibuk dgn jemputan kawen.. haha..

Unknown berkata... [Reply]

@Pok Amai-Amai, eh fara, surat apa yg fara dapat tu? potongan melalui gaji tu memang potongan..yg filing ni utk adjustment..tolak tanggungan bagai..kalau ada lebihan cukai diorg pulangkan..kalau terkurang bayar kena tambah la..

baik buat proper farah..leceh nanti kalau dah banyak tahun tak declare..diorg tu suka je nak penalti..

Unknown berkata... [Reply]

@mummY daniSha, eh..borang BE tak dapat lagi ke mas? kalau borang EA tu ko tayahla tunggu.. buat efiling je senang..tak sampai setengah jam..

Unknown berkata... [Reply]

@mummY daniSha, prinsip aku senang je mas..aku tak suka benda yg out of aku punya control.. macam pencen tu..

aku tak tau aku boleh hidup lama mana..kalau aku hidup cukup lama utk layak dapat pencen alhamdulillah..

siapa tahu kalau umur aku pendek.. tak layak dapat pencen dah meninggal..apa tinggal utk anak2 aku?

Unknown berkata... [Reply]

@Irfa, haha..ngade ko irfa.. lagi bagus tak payah declare.. nyusahkan je sebenarnya benda ni.. mmg syok kalau dapat tax return.. tapi sebenarnya tu duit kita jugak.. hampeh dak..haha..

Asmara berkata... [Reply]

hikhik.. lm x bergaji. untung la kan org gomen. malasnya balik nk keje. huhu..

+ e.z + berkata... [Reply]

errkkkkkkkkkkkkkkk?
camno nk komen nih? hu3

Prettywrite berkata... [Reply]

confuse pasal cukai ni..hehe..tp tax2 lain selalu jer bayar..tu kira tak k.rai?tax shopping..makan?hehehe

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com