Isnin

Majalah 3 yang mengecewakan

Assalamualaikum

Tengok iklan pasal majalah tiga nak buat liputan tentang kisah selepas tsunami di Jepun, membuatkan aku tertunggu tunggu kat depan tv. Malang seribu kali malang. Aku rasa aku terpaksa cakap aku kecewa dengan overall liputan tu. Yelah. Aku memang takde apa apa kelayakan dalam bidang penyiaran. Tapi aku strongly merasakan bahawa one of the responsibilities wartawan ni adalah menyampaikan maklumat di samping memberikan satu liputan yang boleh memberikan pengajaran untuk orang yang menonton.

Tapi untuk liputan majalah tiga dalam kes bencana tsunami kat Jepun ni lebih kepada fokus kepada certain invidu punya misery ketika kejadian dan macam mana dia meneruskan kehidupan. Aku rasa liputan tu akan lebih menarik lagi kalau diorang fokus kepada apa progress pembangunan di kawasan kejadian selepas 11 bulan kejadian tsunami melanda. Dan bagaimana seluruh rakyat jepun menghadapi krisis yang berlaku sepanjang tempoh tersebut.

Sebab, pada aku alangkah ruginya kalau tak tunjukkan semua tu memandangkan betapa impressive nya mereka membangunkan semula kawasan yang teruk dilanda gempa bumi. Ada sorang kenalan aku, orang kat Jepun cerita betapa cepatnya tindakan diorang. Jalan yang rosak sebab gempa bumi dapat disiapkan dalam masa satu malam je. Walau pun yoshin (after quakepunya gegaran) masih terasa. Rumah untuk mangsa yang terlibat pun disiapkan dalam masa yang singkat.

Kita perlu belajar semua tu. Sebab dari situ kita akan tahu macam mana Jepun boleh dapat capai tahap negara maju dalam masa kurang dari 50 tahun selepas kalah dalam perang dunia kedua. Kalau setakat nak cerita pasal misery orang. Setiap bencana menyebabkan misery. Tapi mengembalikan sebuah bandar yang musnah dan dipenuhi berjuta tan sampah jadi rupa bentuk yang boleh didiami manusia bukan semua orang mampu lakukan. Itu yang kita nak kena belajar.

Gambar cilok dari fuhsantai.dom. Gambar kanan tu 3 bulan selepas kejadian tsunami. Gila kan.
Search je gambar kat internet..Banyak lagi contoh yang lain. Kagum gila aku. Attitude yang sangat sukar untuk kita ikuti kan.

Nota kaki : Entry ni halfway aku buat kat rumah. Tapi entah kenapa tak boleh nak masuk gambar pulak. Terpaksa edit balik kat opis.

Selamat menyambut hari Isnin.

Daa

12 comments:

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Apa yg Rai perkatakan sama seperti pendapat hubby kakak. Kami menonton ketika di kampung bapak kakak. Ramai-ramai menonton - habis je menonton macam-macam cerita keluar dan seperti yg Rai katakan sama betul pendapat yg kami bincangkan malam itu...

sisdee berkata... [Reply]

gile kan jepun punya cara..tapi tu le..napa dia tak nak amik dari sudut tu..camne dorg set mind dorang..camne dorang set pmbgunan dorang..ish..syg tul :(

mmg kureng dah M3 lately :(

Kakcik Seroja berkata... [Reply]

Rintihan tak akan dapat memulihkan keadaan, kan?

Anamarza berkata... [Reply]

Ya la patut dia buat liputan dari sudut tu

Unknown berkata... [Reply]

BUI TAK TENGOK PUN MAJALAH 3 TU..TP MMG KAGUM GILER DGN TEKNOLOGI JEPUN,SANGAT MAJU KE DEPAN

Unknown berkata... [Reply]

@Kakzakie, betul kak.. sayang sbb fokus yang patut dititik beratkan cuma di laporkan secara sekali lalu je..

Unknown berkata... [Reply]

@sisdee, gila tak gila kak.. banyak benda lain yg kita patut contoh..macam benda simple macam beratur masa naik train..

aah..saya pun rasa macam tu..macam dah takde kick..hahaha..

kak, entah kenapa saya tak boleh nak view blog akak kat opis ni.. tiap kali bukak je..lepas tu error.. lepas tu page not found.. nanti saya cuba lagi ya..

Unknown berkata... [Reply]

@kakcik, setuju kakcik.. merintih macam mana pun keadaan tetap tak berubah..

Unknown berkata... [Reply]

@Anamarza, sayang betul kan.. dah sampai kat sana tapi tak fokus utk witness kehebatan org jepun yg itu..

Unknown berkata... [Reply]

@Bui Junaidi, diorg ni gigih bui..sbb tu diorg maju..

mummY daniSha berkata... [Reply]

wahhhh 3 bulan je gambar tu..memang power!memang kagun ngan dierang ni..x agongkan bahasa org putih pun macam kat malaysia ni tp leh je maju....

anumuchan berkata... [Reply]

akk try donlod dkt d-addict ke

http://www.d-addicts.com/forum/torrents.php?tab=TVShow

boleh tgk yg liputan pasal tsunami dekat tv cni..huhu

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com