Assalamualaikum
Shujin dengan aku masing-masing tak pernah outstation. Paling lama shujin berjauhan dengan aku dengan anak-anak adalah masa aku berpantang 2 minggu kat Johor. Tu pun aku cuma boleh bertahan 2 minggu je. Mujur sepanjang aku kat Johor mak ada tolong tengokkan Aqil. Atiqah tak banyak mendatangkan masalah sepanjang dalam tempoh pantang. Kalau dia kenyang, dia selesa, dia tidur. Bangun minum susu dan tidur semula. Heaven aku.
Weekend aritu shujin ke Pahang sebab nak tengok result dari penggunaan penggalak tanaman kat kebun Risda. Selain dari tu, dia memenuhi jemputan sedara jauh dia yang nak tengok jugak penggalak tu. Since aku dah dekat seminggu tak sihat dek kerana resdung yang tiba-tiba gatal nak mengganas, dia pun suruh aku duk rumah je dengan anak-anak.
Aku ok kan je lah. Barang-barang keperluan dapur semua dia dah belikan siap-siap. Aku pun tak payah nak keluar ke mana-mana. So duduk lah aku memerap dalam rumah dengan dua budak kecik tu sepanjang hari Sabtu dan Ahad. Aqil makin good boy. Aku bagi makan kenyang-kenyang lepas tu aku ajak diorang main LEGO depan TV.
Malam, biasa lah adik memang tidur awal. Tiba-tiba Aqil menangis-nangis nak mandi sebab sakit perut. Aku takde la panik ke apa sebab dia memang dari kecik selalu kembung. Bila aku tap sikit perut dia bunyik angin kemain lagi. So aku pun nak sapu minyak. Tapi dia melalak-lalak insist nak masuk bilik air. Masuk bilik air aku suruh dia cangkung. Aku ingat dia sembelit sekali. Berdrama habis la dua beranak dalam bilik air. Yang sorang taknak cangkung sebab geli dengan taik sendiri, lepas tu kalut nak ajak aku masuk rumah. Yang ain nya tu dah nak terkeluar. Takkan nak bawak masuk. Bengang je aku. Sampai terjaga Damia dek kerana drama aku dengan Aqil.
Damia pun boleh tahan dramanya. Nampak abang dia meleleh air mata dia pun join sekali. Hadeii.. Lepas tu aku geram aku tutup pintu bilik air. Tinggal Aqil kat dalam. Kejam gila. Tunggu kejap aku bukak balik bagi dia minum air. Lepas minum tu dia kata nak masuk. Ada la sikit dia berak. Lepas tu aku basuh bonbon dia terus bawak masuk. Aku sapu minyak kat perut dia dan paksa makan calcium magnesium tablet untuk kanak-kanak. Mujur la ok. Lebih kurang 30 minit aku duk urut-urut perut dia. Lepas tu dia tertidur.
Esok pagi selamat membuang. Lepas tu aku bagi lagi makan tablet tu 2-3 kali. Lepas tu membuang sekali lagi.
Haih..Macam-macam..
Aku memuhasabah diri sepanjang 2 hari aku duduk bertiga dengan bebudak tu. Kejap-kejap Damia bukak peti sejuk (baru dapat skill bukak peti sejuk) Kejap-kejap Aqil mintak air oren. Lepas tu nak mintak pasang LEGO lah. Tu tak kira makan biskut lepas tu lari sana sini. Habis serumah berterabur biskut dia. Dengan Damia tumpahkan air la. Kalau keadaan macam tu, aku rasa seminggu aku jadi surirumah lepas tu aku give up. Hahahaha...
Tapi seronoknya aku ajak diorang buat kek coklat sama-sama. Sibuk nak pegang hand mixer. Nanti lah aku share resepinya. Sedappp sangat..Lembut dan gebus.
Daa

8 comments:
budak2 tengah membesar...gitulah peelnya...:)
hehhee..tula zai...bukan mudah jadik suri rumah ni..24 hours dgn anak2..kdg2 hilang sabar jugak....aku rase lg senang kalau bekerja kot...sebabnye,bila kite x 24 hours dgn anak2..kite x la mudah marah sgt...hehehe...
aku pun x mampu jd suri rumah sepenuh masa :-(
dua hari sabtu ahad pun hampir2 nak tumbuh tanduk..tapi kalau jd suri rumah ada gaji bulan2 boleh outing sesekali okey kot
memang mencabar jadi surirumah, tapi org kata alah bisa tegal biasa, dah lelama okey je
boleh la,kena sabar banyak2
hurm...wani yg baru 2 org ni pun tak boleh tinggal ber3 lama2 kalau tak de papa dia...rasa mcm lg best g keje..hehe
surirumah keje lagi teruk kan...dari siang pai malam tak abis.....;d
Catat Ulasan