Jumaat

Bangga dak? Malaysia no 19 paling selamat di dunia

Assalamualaikum

Actually berita ni dah agak basi. Tapi aku nak jugak letak. Hehehe..

MELAKA 23 Julai - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan berusaha untuk meletakkan Malaysia pada kedudukan antara 10 negara paling selamat di dunia berikutan kejayaan negara dipilih sebagai negara paling aman dan selamat di Asia Tenggara.

Beliau berkata, kedudukan itu boleh dicapai melalui pelbagai usaha yang akan dilakukan termasuk peningkatan kawalan keselamatan dan juga pengenalan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk mengurangkan kadar jenayah. Katanya, walaupun usaha berkenaan dipertanggungjawabkan kepada Polis Diraja Malaysia dan agensi lain di bawah Kementerian Dalam Negeri, namun ia juga akan bergantung kepada sokongan dan kerjasama seluruh masyarakat.

"Kita mahu negara kita bukan sahaja kekal (paling aman dan selamat di Asia Tenggara) tetapi mudah-mudahan Malaysia berada dalam ranking sepuluh teratas antara negara paling selamat di dunia,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Bulan Pencegahan Jenayah Peringkat Kebangsaan 2011 di Melaka International Trade Centre (MITC) Ayer Keroh di sini, hari ini.

Muhyiddin mengulas laporan Indeks Keselamatan Global, sebuah badan antarabangsa yang berpangkalan di Sydney, Australia, yang meletakkan Malaysia di ranking ke-19 bagi negara paling selamat di dunia berbanding 156 negara lain. - Bernama

Rasa-rasanya kalau negara kita no 19 paling selamat, macam mana agaknya negara yang duduk kat nombor 25 kan. Macam mana lah diorang kira indeks keselamatan sesebuah negara. Kat Malaysia sekarang ni duk dalam rumah pun tak selamat. Toksah kira penyamun pecah masuk. Keluarga sendiri pun boleh rogol, dera anak-anak kecil sampai berlaku kematian. Wahhh.. Selamatnyaaaa..

Aku bukan nak sombong sebab aku pernah rasa duduk kat negara orang. Tapi zaman aku belajar kat Jepun dulu aku tak heran kalau kena balik dari lab pukul 12 malam. Naik basikal sorang-sorang. Walau pun sunyi, tapi aku tau takde orang nak kacau aku. Kalau tetiba tengah malam rasa lapar nak ke konbini pun tak takut. Malah aku pernah travel dengan kawan pompuan aku dan tidur kat stesen keretapi. Balik Malaysia aku rasa sangat tidak selamat. Sangat takut.

So aku seriously tak paham apa maksud negara ke 19 paling selamat kat dunia. Siang-siang buta kena samun, kena rompak, ragut, bunuh, tikam. Baca tak indeks kematian orang awam yang ditembak oleh polis? Tak silap aku lebih ramai orang awam kena tembak mati oleh polis berbanding polis mati kena tembak dengan penjenayah. Tak menakutkan?

Korang rasa Malaysia ni selamat ke?

Nota kaki : 3 tahun je aku duduk kat Jepun. Somehow aku rasa aku lebih sukakan Jepun dari Malaysia. Aku ni memang takde rasa cinta kat tanahair aku sendiri. Maybe sebab aku lebih banyak kenangan pahit kat Malaysia dari kat Jepun. Kalau diberi peluang, aku lebih rela besarkan anak-anak kat negara lain dari kat Malaysia. Kat negara yang memang sah-sah kafir senang kita nak tunjuk pada anak-anak contoh tak elok. Si polan tu tak pakai tudung sebab dia bukan muslim. Kat Malaysia, makanan ada cop halal pun aku masih rasa ragu.

Daa

20 comments:

mummY daniSha berkata... [Reply]

betul..betul..betul...mulenya ada cop halal..tibe2 desas desus x halal...pastu company tu bersihkan nama balik...macam mane la tu ek..selalu macam tu....haissshhh...

alaaa...kite ni selalu terlebey bangga je zai..macam melaka maju....maju ke kalau lib negeri pun x de air cond?ehehehee

Hanis MY berkata... [Reply]

Wah inspiringnya entri ni... Ha ah sini selamat sgt2 best kan kalau mesia cm jepun

Unknown berkata... [Reply]

@Mas, kalau difikirkan balik entah berapa kilo dna babi yang kita dah termakan..belum kira yg haiwan halal tapi sembelihannya tak betul..hish..macam2 mas.. kat malaysia ni garis antara halal haram tu kelabu.. kalau kat negara yg memang bukan islam tu aku rasa jelas hitam dan putihnya.. lebih mudah..entahla..

aku pun tak tau mana lebih baik.. negara islam..tapi amalan islam dgn amalan tak islamnya sama naik.. ramai org tersalah pilih.. atau pun..di negara yg memang bukan islam tapi yg islamnya kuat.. menakutkan jadi umat akhir zaman ni kan..

nak jimat kos la tu mas..hehehe..

Unknown berkata... [Reply]

@Hanis MY yup..sangat rindukan those days masa kat sana.. kadang2 nyesal balik.. tapi family semua kat sini..takkan taknak balik kan..hehe..

yatie chomeyl berkata... [Reply]

sangat2 setuju 100%. sayangkan Malaysia sbb kat situ ada keluarga besar kita tapi sayangkan jepun sbb kat sini life is much better and safer for us and for our kids

Unknown berkata... [Reply]

@yatie chomeyl betul yatie.. the most important adalah safer environment utk anak2..takde la risau tak tentu pasal bila anak2 main kat luar rumah..

Munn Jaafar berkata... [Reply]

well said sis... =)

Tanpa Nama berkata... [Reply]

bangga??..mesti lah tak...hahaha

tapi bersyukur laa...byk lagi negera lain yg susah dan tak berapa nak selamat...

to my blog - Acapsuur (>,<)

Unknown berkata... [Reply]

@Munna tenkiu :)

kotak bulat berkata... [Reply]

kb bersyukur berada di Malaysia.. jgn bndingkan kita dgn negara lebih selamat, tp bndingkan kita ddgn negara yg lgi kurg selamat, jd kita akan bersyukur.. :)

Unknown berkata... [Reply]

@asyrafNAKjadiLEBIHbaik, hehehe..syukurlah sbb negara kita tak huru hara macam kat somalia.. betul lah..

Unknown berkata... [Reply]

@kotak bulat, tak salah konsep tu..cuma pada pandangan saya kalau kita nak maju ke depan kita kena bandingkan dengan org yg lebih baik dari kita..jgn banding dengan org yg lagi teruk..

kalau dalam kelas pun..nak jadi paling pandai..kita kena banding diri kita dengan budak yg dapat no 1..kalau dok banding dgn org yg dapat nombor corot kita memang syukur sbb kita tak tercorot..tapi kita takkan jadi lebih bagus..

dalam konsep keselamatan.pada saya hakikat sebenar lebih penting dari ranking..ya kita dapat ranking 19.. tapi betul ke selamat dalam malaysia ni..

bukan nak mengata..tapi budak2 muda sekarang ramai yg cakap syukur..hakikatnya masa saya kecik saya tak takut nak pergi sekolah jalan kaki..budak zaman sekarang mak bapak bagi ke? saya sebagai mak pun taknak bagi..sbb sangat bahaya..

Nadia berkata... [Reply]

bangga jadi anak malaysia..:)

new entry :: Blog Pilihan Hari Ini ツ

Unknown berkata... [Reply]

@Miss Nadya mesti la kena bangga.. =)

Mama Syabil and Rania berkata... [Reply]

betul Rai....

nak lepak kedai mamak pun takut... kene rompak...

budak2 main beskal p kedai dan playground kurang 100m dr kawasan rumah kene culik,rogol dan macam2 lagi.... selamat ke macam tu?

dan betul,... nak maju kena la pandang org lagi best.. baru ada persaingan sihat... :)

Unknown berkata... [Reply]

@Mama Syabil and Rania, hahaha..kes yg kena rompak aritu kan..

cabaran jadi mak bapak zaman sekarang ni..nak bagi anak main bergaul dengan masyarakat..takkan nak bagi hadap video game dgn internet je..mana nak sihat..tapi duk kat luar macam2 bahaya..

Nini Hartini berkata... [Reply]

bestnye.. jom rai kite pindah jepun. hehe..

ye lah, masa tini g singapore dulu kan, rasa selamat w/pn jln sorg2... tp klu kt malaysia, jln sorg2 kt KL, mcm2 terbayang dlm fikiran...

err next week hubby tini ke philippine. mula2 ingat nak ikut, tp bila baca mcm2 kes kt sana, terus x berani nk ikut. huhu...

Dkna Abza berkata... [Reply]

syukur jadi anak malaysia :)

Cik Ina Do Do Cheng berkata... [Reply]

Insyallah negara kita masih selamat dari segala segi , kalau nak dibandingkan ngan negara lain.

mama_ka0ri berkata... [Reply]

agree ngan zai chan..kdg2 nak pindah duk jepun..takut ngan negara sendiri..aritu ada sepupu aku share gamba daging babi yang dijual kat pasaraya di malaysia..tapi ada tanda halal..gile kan?? daging babi pon boleh dapat cop halal..sejak aritu mmg aku tgk dulu apa yg ada dalam kandungan tu..even losyen ke..sabun mandi sekalipon aku akan tgk dulu..baru tgk pada harga..hubby aku kata..malaysia ni tempat longgokan sampah..mana yg tak elok sume masuk malaysia..haha~

teringat satu peristiwa mase hubby aku ke jepun tgk aku konvo dulu..kami terserempak ngan dua org budak lingkungan umur lam 5~6 tahun..dua org budak pompuan..galas beg comel jer..jalan berdua menuju ke stesen keretapi..hubby tanya aku..mana mak ayah dia ni..tak risau ke budak2 kuar berjalan berdua je..dah la kecik lagi tu..aku senyap jer..tak ckp ape lagi waktu tu..bila sampai kat stesen keretapi..kitaorg beli tiket..tgk bebdk tu pon duk beli tiket jgk..mase tu aku cuit tgn hubby suh tgk gelagat diaorg..mase diaorg beli tiket tu..ade sorang mamat jepun ni tolong diaorg belikan tiket..aku kata kat hubby..sbb org2 jepun menjaga sesama sendiri sbb tu mak ayah tak risau bila anak2 keluar berjalan..kalu kat mesia ni..sah2 kena culik lama dah..huhu..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com