Jumaat

Adik yang derhaka pada abangnya

Assalamualaikum

Biasa kita dengar anak derhaka. Kali ni aku nak cerita kisah seorang adik yang derhaka pada abangnya. Siapa lagi kalau bukan anak dara bertuah aku tu.

Melentik je badan tu..
Semalam shujin suruh Aqil kutip dan simpan LEGO. Sebagai anak yang taat dan mendengar kata, dia pun tergonggeng-tonggeng la kutip LEGO yang berterabur di serata rumah. Termasuk kat bawah kabinet TV! Lepas tu, Damia pun konon-konon nak menolong. Dia pun dok menonggeng sama. Tengok bawah sofa. Lepas tu dia panggil abang dia. "Ni ni..bah bah" katanya sambil tunjuk bawah sofa. 2-3 kali. Shujin buat tak layan je.

Aqil pun sebagai abang yang penyayang dia pergi meniarap kat tepi sofa tu nak tengok apa yang Damia duk tunjuk tu. Tiba-tiba Damia naik atas belakang dia buat macam naik kuda. Abang tu dah la tak besar mana pun. Aku dengan shujin duk tergelak je. Kesian Aqil. Niat nak menolong, kena buli pulak dengan adik.

Siapa kata anak lelaki lagi nakal dari anak pompuan. Cuba ada anak lelaki dengan pompuan cam aku. Lepas tu bandingkan. Hari-hari urut dada. Si Damia ni muka je innocent. Sikit tak boleh caya. Ada je perilakunya. Macam-macam kan.

Selamat berweekend.

Daa

8 comments:

Dkna Abza berkata... [Reply]

dkna tak akwen lagi...so dkna boleh tengok kelakukan anak2 buah jer...

memang anak perempuan lagi agresif kan?? kadang2 kecian kat abangnya bila adik nakal... :D

Unknown berkata... [Reply]

@Adylia Qarissa, betul.. mungkin lain budak lain kesnya..tapi tengok org2 yg dekat ngan saya mmg anak perempuan lagi agresif..

ILA SYAMILA ♥♥ berkata... [Reply]

haha tolong pelok cium untuk anak2 kak rai. siyes comel ! hihi

Unknown berkata... [Reply]

@ILA SYAMILA ♥♥, hehehe..comel lah cam mak dia :P

Nini Hartini berkata... [Reply]

haha.. itu baru 2 anak ye rai. tini yg ada 55 org anak ni, tak terkata. huhu..

Ce'gu JAERA berkata... [Reply]

ahahahha.. lucu plak perangai adik tu ya,,.. siap kenakan abang dia lagi... hehe

mummY daniSha berkata... [Reply]

sape kate anak perempuan x nakal...danisha sorang pun dah pening pale aku hehehe

Cik Ina Do Do Cheng berkata... [Reply]

iye sila percaya kah kah, bukan derhaka, saja nak ambik perhatian rai, tak pun di jeles ngan abang , rai cayang lebih kat abang. kah kah kah comeilah dia buat muka cam tu.

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com