Rabu

Alahai anak ibu

Assalamualaikum

Walau pun Aqil berenti breastfeed, kalau tidur malam dia still nak tidur melekap ngan aku. Mesti nak tidur atas lengan aku. Sebelah lagi Damia la. Dedua taknak mengalah. Kalau aku pusing mengiring mengadap sorang, yang sorang lagi mesti bising-bising. Sakit pinggang aku tidur terlentang je sepanjang malam. Shujin pulak kesian tidur sorang-sorang sebab budak berdua tu dok berhimpit dengan aku. Cuma bila Aqil dah lena sikit baru shujin ambik dia tidur sebelah untuk cuddle cuddle. Hehehehe..

Malam tadi cuaca sejuk sikit, lepas tu biasa la budak-budak ni bukan suka tidur berselimut. Bila Aqil tendang-tendang selimut je shujin marah "heppp.." 2-3 kali kena marah dia senyap. Lepas tu masing-masing lena. Tengah malam shujin terjaga dia cari-cari Aqil tak ada dah kat tepi aku. Cari-cari rupanya Aqil pegi pindah tidur kat atas karpet. Tepi meja makan dia. Alahai.. Tah merajuk ke apa ke tak tahu la. Terus shujin angkat tidur sebelah dia semula. Macam mana pulak dia boleh terfikir nak pergi tidur kat situ pulak..

Dalam proses nak membesar ni aku rasa makin banyak perlakuan Aqil yang aku tak expect. Tak tau la dia belajar dari mana. Tu dia belum pandai guna internet lagi. Kot kalau dah pandai guna internet lagi banyak influence dia dapat. Kalau yang baik tu tak apa lah. Kalau yang buruk.. TV pun sekarang banyak sangat cerita cerita dan rancangan yang ntah hape hape. Mungkin sebab tu agaknya pakcik kenalan aku tu pegi buang TV dia dalam sungai. Putih mata anak-anak. Hehehe..

Nota kaki : Mode takde tenaga..Tengah pilih pemenang GA

Daa

6 comments:

misya berkata... [Reply]

macam2 karenah anak2

Cik Ina Do Do Cheng berkata... [Reply]

budak budak sekarang semakin cerdek. anak cik ina firdaus baru 6 tahun, dia bayak ajar cik ina komputer. boleh gitu. bila nak tambah lagi.

Qhaifa Nur berkata... [Reply]

samalah dengan saya yg abang sebelah kiri ..adik sebelah kanan

seronok tgk kerenah anak2 kita ni..

Ibu Muda 30series berkata... [Reply]

kitorang lak time tdo amik sorang satu...tak gaduh...hehe

sy breastfeed adik

papa dia bangun buat susu utk kakak

mummY daniSha berkata... [Reply]

huhu..zai...nanti die dah 3-4 taun lg pening pale hehee..dulu cha mase kecik,ok lg la...bole kontrol..dah besar ni,pening jugak pale hehehe

Nini Hartini berkata... [Reply]

tak lenguh ke lengan? kalau tini kejap je hubby baring, dah lenguh. huhu..

best kan nmpk perubahan anak2. tini pun happy tgk perkembangan student. dr mcm bdk2 dah jd matang.

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com