Assalamualaikum
Aku faham kalau seorang wanita berkerjaya memang busy. Balik rumah mungkin dah lewat. Mana nak sibuk dengan anak-anak kalau yang masih kecik. Mana nak mengemas membasuh. Tapi pesanan aku, cuba sedaya upaya untuk memasak di rumah. Bukan tak boleh nak makan kat kedai. Walau pun kadang-kadang kita rasa makanan kat kedai lagi sedap, lagi jimat masa, lagi mudah dan sesekali memang teringin nak makan kat kedai. Cubalah kurang-kurangkan.
Selain dari makanan kat kedai tu belum tentu terjamin kebersihannya. Status halalnya. Soal keselamatan anak-anak dan diri kita sendiri pun kena ambik kira. Lebih-lebih lagi kalau ada anak kecik. Elakkan dari makan kat kedai yang crowded atau ruang antara meja dengan meja yang sempit. Kalau boleh pilih meja yang agak jauh dari orang ramai. Kemalangan terjadi kat mana-mana. Yang paling kita takutkan adalah bila pelayan bawak makanan yang panas dan tertumpah pada ahli keluarga. Lebih-lebih lagi pada kanak-kanak. Kalau yang suka berlari sana sini tu cuba lah pastikan dia duduk baik-baik kat tempat dia.
Kalau rasa-rasa tak boleh nak pastikan diorang duduk diam, lebih baik beli bungkus makan di rumah. Aku terbaca kisah Aisya yang baru 7 bulan menderita melecur sebab kuah tomyam tertumpah pada dia. Ibu mana yang tak sedih tengok keadaan si kecil tu. Aku macam nak menitis air mata tengok penderitaan dia. Terkena air panas sikit pun kita dah terjerit. Bayangkan budak sekecil tu tertumpah semangkuk tomyam panas.
Cuba ambil iktibar. Aku tak kata kat rumah kemalangan tak berlaku, tapi kita kena berhati-hati kat mana-mana sekali pun. Bagi aku kalau kat rumah kita lebih mudah mengawal keadaan berbanding kat luar.
Baca lebih lanjut kisah Aisya
Daa

19 comments:
pokok pangkal hati ,masa dulu emak kita tak pernah makan luar pun, lagi anak ramai, boleh je masak.ini pengalaman arwah emak cik ina, mak orang lain cik ina tak tahu plak.
kalau nak seribu daya tak nak seribu dalih. cik ina ni suka cakap lurus je, cik ina pernah gak tak masak bila suami tanya kenapa tak masak cik ina cakap malas je. biasalah tu rai.
yup sedih gila baca entry tu. trauma pun ada gak lps ni nak bawak anak makan kat luar
TAKNAKKKKK TAKNAKKKKKK! ahhh tak sukalah baca kalau baby yg jadi mangsa! arghhhhh! arghhhh!
salam, dgn anak2 kena lebih berhati-hati....
salam...kenalah sentiasa berhati2 walau diluar atau didlm rumah yer...perkara kalau nak jadi x kira di luar atau di dlm rumah...:)
@Cik Ina Do Do Cheng, betul cik ina. Saya sendiri pun dari kecik memang mak saya masak kat rumah. Sampai dah besar ni pun kalau jalan ke mana-mana mak bawak bekal. tapi tu lah..jangan kata org lain..saya sendiri pun kadang2 malas nak masak..tapi husband mmg jenis lagi suka makan kat rumah.. so terpaksa gak merajinkan diri masak..hehe..
@yatie chomeyl, aku pun trauma weh..aku rasa kalau kat nihon dah teruk tuan kedai tu kena..silap2 kena tutup kedai terus..tapi kat malaysia ni undang2 tak berapa nak ketat..so diorang pun tak takut sangat..
@Cik Puan Bunga, dah la baby pompuan..comel pulak tu..teringat kat anak pompuan aku..huhu..sedih gila ko..
@Abhamz, kadang2 kita ni memang lah hati2..tapi tu lah orang kata..malang tak berbau.. split second je..
@maszull, tu lah..sekurang2 nya kat rumah kita masih boleh kawal jugak keadaan..bila dah kat luar ni..dengan ramai org..risau betul..
siannye kat budak tu..kalau aku jadik maknye pun sgt marah +sedey......malang x berbau kan...kecuaian yg x sepatutnya...haiiisssshhhh...
rai..suka entri ni.aku sampai umah paling awal 6.30 petang.sampai umah terus singsing lengan baju dan masak menu makan malam paling sempoi pun teur mata dgn sos cili.
dan anak2 aku makan penuh selera w,pun cuma satu lauk..
itu kalau suami keje shift petang.kalau dia keje pagi dan malamnya ada kat umah.menunya lainla sikit..takkan nak bagi laki makan telur je kan?
yg penting..mereka makan dr air tangan ibu :-)
@Mas, betul tu mas..aku tak berani nak bayang apa aku buat kalau aku jadi mak budak tu..
@HappyIrfa, air tangan isteri/ibu tu penting..zaman kita kecik kebanyakan ibu masak kat rumah.. sekeluarga makan sekali..
saya pun biasanya masak simple-simple je..walau pun kadang2 dinner tu lambat sikit tapi puas ati bila tengok anak2 makan air tangan sendiri..
iz memasak-memasak juga..tapau pn selalu juga..hehe
ni lah dia salah satu sebab utama, kurang suka makan kt luar...kalo malas sgt nk masak pon, kitorang rela tapau...
unless pergi fast food...
@~iz~, sama la kita..cuma jarang makan di luar..sebab budak2 tu nanti membuahss..susah nak kawal..
@Aku Ibu Muda, betul tu..sama la ngan saya..
lagi2 lepas tengok video kedai mamak kena rompak. lg seram nak makan kt kedai. hehehe...
tini pun rasa isteri mmg kena masak utk suami. xde alasan kau x pandai masak. sbnrnya alasan tu hanya kau malas masak. hehe...
Catat Ulasan