Jumaat

Cara nak buat perempuan happy

Assalamualaikum

Cara paling mudah nak buat perempuan (read:aku) happy adalah dengan duit dan makanan. Hahaha.. Aku memang tak gilakan handbag branded, baju mahal, barang kemas atau pun koleksi kasut. Aku pemalas dan pakai apa yang selesa je. Lagi murah lagi bagus. Kalau dapat beg ECO yang free tu pun aku taram je. Tak kuasa aku nak pakai yang cantik-cantik ni. Aku buat beli makanan lagi bagus. Ya! Aku kuat makan tapi berat aku err..malu lah nak ngaku.. Nanti orang ingat aku ni budak sekolah rendah..Hehehe..

Pagi tadi kan aku monyok je tak bulis masuk dashboard kan. Lepas pukul 11 aku check kat Maybank2U tengok gaji dah masuk. Terus blink blink mata call shujin tanya dia malam ni nak makan kat mana. Last time birthday dia aku takde bagi apa-apa. Even wish pun lebih kurang je, konon sebab sibuk beraya. So, ni gaji dah masuk aku nak ajak dia makan kat tempat special (sebenarnya aku yg nak mentekedarah..hehehe)

Mula-mula aku ingat nak tinggal anak-anak kat mak mertua aku dan detimm berduaan dengan shujin je. Tapi tak sampai hati la pulak. Nak tinggal budak berdua tu pergi makan berdua je. Tunggu diorang besar sikit lah nanti. Kat mana agaknya nak makan lasagna yang sedapp. Dah lama shujin kata teringin nak makan. Nak buat sendiri ni boleh. Tapi first try tu takkan nak terus buat untuk special occasion kan.

Kalau ikut tekak aku teringin nak makan Japanese food, tapi shujin bukan makan sangat ikan. Yang mentah-mentah tu lagii la tak makan. Hmm..ada sesiapa ada suggestion nak belanja shujin makan apa? Budget dalam RM200 gitu. Setahun sekali punya occasion.

Selamat hari Jumaat. Esok wiken. Yippie..Happy wiken semua.

Nota kaki : Masih lagi bersiaran melalui email. Aku gila blogging okeh. Minggu depan aku qada' blogwalking kat blog korang.

Daa

13 comments:

Ibu Muda 30series berkata... [Reply]

lasagna?

dominos punya pon sedap...hehe

Nini Hartini berkata... [Reply]

kite geng lah rai...
tini pn x suke beg mahal2 sampai ratus-ribu gitu... kdg nak beli, pastu fikirkan adik beradik yg duit pun cukup2 je sebulan, fikirkan jiran sblh rumah..terus padamkan hasrat tu. hehe..

kalau tini x kuat makan. jd makanan x buat tini hepi...tini happy bila suami beri perhatian kat tini. tu cukup buat tini hepi. hehe..

Run Away berkata... [Reply]

sy memang suka duit...hik...ada tak yg tak suka duit ni...;d

Mama Syabil and Rania berkata... [Reply]

Duit banyak = hati senang = gumbira bahagie.... :)

lieynanilaz berkata... [Reply]

sesekali makan berdua-duaan best woo...boleh imbau kenangan dedulu...ngeee...

Unknown berkata... [Reply]

@Aku Ibu Muda, tu la..dominos ngan pizza hut ada lasagna jugak kan..hmm..

Unknown berkata... [Reply]

@Nini Hartini,hehe..saya suka makan! mcm saya sekarang masing2 sibuk bagi perhatian pada anak2..

Unknown berkata... [Reply]

@Run Away, ala..ngade je tu.. konon suci la kalau ada yg ngaku tak suka duit..hahaha..

Unknown berkata... [Reply]

@Mama Syabil and Rania, duit mmg tak boleh beri kebahagiaan.. tapi secara tak langsung kita happy bila kita banyak duit..hihi..

Unknown berkata... [Reply]

@lieynanilaz, ada jugak terpk macam tu..tapi cam kesian pulak kat budak berdua tu..hehe..

mummY daniSha berkata... [Reply]

aku pun suke makan tp masalahnye badan ikut care aku makan hahahaa...besnye kalau kuat makan tp badan menten hehehe

mummY daniSha berkata... [Reply]

aku pun suke makan tp masalahnye badan ikut care aku makan hahahaa...besnye kalau kuat makan tp badan menten hehehe

mummY daniSha berkata... [Reply]

hurrrmmm..nak keluar berdua tang bilela ek....danisha memang x nak tgl kalau mama ngan papa die keluar hehee...

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com