Rabu

Cadangan melanjutkan usia pencen - korang memang nak keja sampai mati ke?

Assalamualaikum

Tuu diaa.. Tajuk macam cari gaduh kan. Sori. Saje nak bikin kontreversi.

Sambil makan laju-laju masa lunch tadi aku terbaca yang ada cadangan dan request supaya usia pencen bagi pekerja swasta dilanjutkan. Eh aku pelik la ngan orang ni. Kenapa nak lanjut ek. Best sangat ke kerja tu sampai usia dah lanjut pun nak kerja lagi. Tak cukup ke kerja sampai umur 50.

Aku tak nafikan kalau kita dah biasa kerja, lepas tu tiba-tiba tak payah pergi kerja. Sure blur duduk kat rumah tak tau nak buat aktiviti apa dari pukul 9 pagi sampai pukul 5 petang. Tapi taknak ke spend masa dengan family. Bergurau senda dengan anak cucu. Berehat. Banyakkan amal ibadat. Tengok balik kehidupan yang kita dah lalui sepanjang 50 tahun hidup. Segala apa keputusan dan pilihan yang kita dah buat.

Sepanjang kita sibuk-sibuk bekerja. Kita mungkin tak ada masa nak buat semua tu. Mungkin tak cukup masa nak buat penilaian tentang sejauh mana kita menjadikan diri kita khalifah. Abis kalau umur dah senja pun nak terus kerja, bila masa kita nak tumpukan pada amal ibadat kita pada Allah. Nak kutip segala pahala sunat yang tercicir sepanjang hidup kita.

Bagi aku sebenarnya orang-orang yang nak mintak lanjutkan usia pencen ni bukan sebab diorang suka kerja. Mostly adalah kerana diorang tak mampu untuk tak bekerja. Kalau biasa gaji RM3-4 ribu. Tiba-tiba takde. Yang tinggal cuma duit pencen. Kalau tak pun duit KWSP semata-mata. Kepada yang relieved sebab kerja kerajaan ada pencen meh aku bagi tau sesuatu. Kalau sekarang korang hidup dengan duit gaji pun cukup-cukup dan seadanya. Jangan pernah mimpi yang korang boleh hidup selesa dengan duit pencen. Aku bukan nak hina. Aku cuma beri peringatan.


Tak kira orang kerja kerajaan ke swasta ke. Kerja tu kerja jugak. Jangan lupa yang satu hari nanti kita akan sampai masa untuk tak bekerja. Jangan lupa nak plan masa depan kita. Hari tua yang macam mana kita nak. Menyimpan saja tak cukup. Melainkan kalau berjaya menyimpan RM500ribu sampai umur 50 tahun nanti. Tu pun kira boleh laaa.

Dari sekarang bina aset. Belajar melabur. Belajar meniaga.

Tak pandai, belajar. Usia kita tak pernah terlalu muda atau terlalu tua nak mulakan sesuatu. Jangan nanti nanti. Mulakan sekarang.

Nota kaki : Orang yang gagal merancang adalah orang yang merancang untuk gagal.

Daa

20 comments:

Cik Ina Do Do Cheng berkata... [Reply]

ee kita pun rasa sekarang ni nak berhenti ada ke yang nak keja sampai 50, idaklah teman. tengok muka bos hari-hari pun nak muntah.nasib baik ada benda yang dibayo kalau tak de sekarang ni gak nak berhenti.

Munn Jaafar berkata... [Reply]

tu la..masa muda2 ni kena ingat...menyimpan utk hari tua.melabur sikit kt hrtanah ke...emas ke...sikit2 pun jadi lah..nk hrp duit pencen mmg x lepas...tmbh2 kalau anak dok sekolah lg...mmg jenoh

Unknown berkata... [Reply]

sekarang ni org kawen lambat..dah pencen tp anak sekolah lagi..terpaksalah keje kan

Unknown berkata... [Reply]

@Cik Ina Do Do Cheng, hoh..saya kalau boleh esok lusa nak berenti dah cik ina..nyampah dah sangkut dalam jem manjang..

Unknown berkata... [Reply]

@Munna, ramai yg tak berapa nak ingat..hehehe..sebab tu dah berusia pun gigih nak kerja..

Unknown berkata... [Reply]

@Ila, susah la macam tu..kita kena consider yg selagi org tua2 tu tak pencen2 selagi tu peluang kerja untuk anak muda yang baru abis belajar ni tak terbukak.. so org tua tu sudah2 la kerja..bagi peluang pada org muda pulak.. ye tak?

sebab tu gunanya kita kena plan kita punya kewangan..bina aset..

Anamarza berkata... [Reply]

Yup, org sekarang mudah terlupa untuk kumpul aset, gadget baru keluar sepanjang tahun, rambang mata nak miliki semuanya, tak pandai nak beza mana kehendak mana keperluan, tak heran kalau ada yang miskin selepas berpencen, duit tak reti nak simpan

BERT berkata... [Reply]

adoi.. payahnye.. zaman skang ni ramai mati sebelom pencen.. pastu belom tua lagi dah dapat banyak peenyakit cane nak keje kan kan kan

Unknown berkata... [Reply]

@Anamarza biasa la..ada gadget canggih baru cool..pencen tu belakang kira..hehe..

Unknown berkata... [Reply]

@BERT, yang macam tu lagi teruk..tu pun ada ati nak mintak lanjut usia pencen..hehehe..

Irfa berkata... [Reply]

wah! hot topik..letak tajuk mcm nak ajak bertumbuk.hehe (gurau je)

lama gila nak keje kan?agak2 kalau umur baya tu masih keje..mesti nak pakai lipstik pun bibir dah berkedut.hehe

aku mintak sori psl komen box aku tu..x reti nak godek.aku baca komen ko banyak tadi tapi aku approve yg x duplicate je

Hanis MY berkata... [Reply]

Dr skrg dah kena menyimpan tuk hari tua... Huhu tk sanggp nk kerja sampai hujung nyawa...

Unknown berkata... [Reply]

@HappyIrfa, hahaha..itu pulak yang ko bayangkan..saje buat tajuk ajak gaduh :P

Unknown berkata... [Reply]

@Hanis MY betul tu..ni baru kerja 3-4 tahun da rasa macam nak tender esok lusa..lagi la nak keja sampai umur 50..hoho..

Mama Syabil and Rania berkata... [Reply]

ku bayangkan ku tengah sakit2 lutut... jalan hegeh2... pastu nak kejor budak2 13taun... huhuhuh...


TAK SANGGUP....!!

Liza Razak berkata... [Reply]

dari sekarang ni mmg kena menyimpan..nak pulak yg kerja swasta ni,tak de pencen :)

lieynanilaz berkata... [Reply]

masa sekaranglah kena beringat...kena pandai menabung pada tempat2 yg boleh beri pulangan walau sikit..

nak keje sampai 60 tahun...leh lagi ke cergas wat keje?..huhu.

mummY daniSha berkata... [Reply]

ayooooo 64 taun kah?lg ramaila graduan tanam anggur hahahaa....

Lia Lomi berkata... [Reply]

kalau macam tu Lia nak berniagalah..

Diyanazman berkata... [Reply]

dear I think you are right... they dont want to stop working because they dont have retirement plan...

so pengajaran yg kita boleh ambik ialah pastikan kita boleh hidup lepas waktu persaraan nanti... hopefully.. :0)

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com