Selasa

Memahami penyakit diabetes dan karbohidrat

Assalamualaikum


Tarikh melihat anak bulan dah ditentukan pada 31hb Ogos (Ahad ni) Puasa semakin hampir. Puasa kali ni di kalangan kita mungkin tambah berat badan atau turun berat badan. Pilihan masing-masing. Syaitan dah kena ikat. Yang tinggal cuma nafsu kita. Antara nafsu dan akal siapa yang sebenarnya menguasai diri kita. Hujung ramadhan nanti kita akan tahu.


Sebut je bulan puasa, ramai dah terbayang kemeriahan bazaar ramadhan. Kunjungan ke bazaar ramadhan memang antara aktiviti wajib waktu bulan puasa nanti. Aku pun memang tak boleh tahan tengok kuih muih berbagai rupa. Perut pulak lapar kan. Macam nak borong habis. Semua nampak sedap.

Tapi kalau dah ada kencing manis pulak kena la beringat. Pemakanan nak kena jaga. Ramai yang kata "ai dah tak makan yang manis-manis" Tapi bila makan nasi, sental tak ingat dunia. Jumpa doktor, bacaan gula naik lagi. Ada jugak yang kata "oh nasik pun ai tak makan, ai makan roti je" Haih.. Yang ni pun sama. Biskut, roti, nasi, gula adalah sumber karbohidrat. Orang kencing manis kena kawal pengambilan karbohidrat.

Aik!! Kencing manis bukan sebab banyak makan manis ke?

Mula-mula, mari kita mengenali karbohidrat. Karbohidrat adalah makro nutrient iaitu sejenis zat yang diperlukan dalam jumlah yang besar untuk penghasilan tenaga. Karbohidrat terbahagi kepada dua jenis; simple dan complex. Gula adalah contoh simple carbohydrate. Manakala nasi, roti, gandum adalah contoh complex carbohydrate. Beza simple dan complex carbohydrate ni adalah chemicel structure dan juga cara mereka masuk dalam aliran darah.


Gambar ehsan google

Gambar ehsan Google

Pencernaan karbohidrat kepada komponen yang kecil menghasilkan glukos. Glukos ini akan masuk ke dalam darah dan dengan bantuan hormon insulin yang dirembeskan oleh pankreas, ia akan diserap ke dalam sel untuk menghasilkan tenaga. Bagi penghidap penyakit diabetes type 2, rintangan sel terhadap insulin menyebabkan glukos tidak dapat diserap masuk ke dalam sel bagi menghasilkan tenaga. Akhirnya, tenaga tidak terhasil, ini adalah faktor yang menyebabkan mereka yang menghidap kencing manis selalu berasa letih.

Penghidap diabetes biasanya makan ubat atau kena cucuk dengan insulin atau kedua-duanya sekali. Bergantung pada tahap gula mereka. Walau pun orang kita panggil "ubat", pengambilan pil dan hormon ini takkan dapat memulihkan pesakit sepenuh. Ia adalah untuk mengawal kadar gula dalam darah. Sebab tu kena ambik hari-hari. Seumur hidup.

Diabetes ni adalah sejenis penyakit metabolisme bukan penyakit bawaan virus atau bakteria macam selesema. So nak bagi baik memang kena ubah pemakanan dan gaya hidup. Ingat pasal konsep pintu dan kunci dalam entry yang NI.

Aku percaya banyak peniaga yang claim produk diorang yang "bukan ubat tapi mujarab" tu boleh sembuhkan penyakit macam kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, buah pinggang etc etc secara pakej. Macam super food dah pulak. Aku bukan kata diorang tu penipu. Tapi secara logiknya, kalau makanan yang jadi penyebab penyakit, kita tak ubah pemakanan kita, agak-agak boleh ke pulih? Hehehe..Bak kata Nabil. Lu pikir la sendiri.

Amat menakutkan bila dengan beraninya penjual ni suruh makan produk diorang, dan tinggalkan ubat yang dibekalkan oleh doktor. Bukan sikit kes yang makcik pakcik ambil produk kesihatan macam ni dan stop terus pengambilan ubat dari doktor. Bacaan gula dari 8-9 terus naik ke 12. Sakit kencing manis walau pun takde rasa sakit adoi adoi macam kena lenyek ngan kereta, tapi boleh membunuh. So please lah peniaga penjual produk kesihatan jangan buat main dengan nyawa orang lain.

Bagi yang dah disahkan menghidap diabetes dan yang berisiko nak kena diabetes silalah berhati-hati. Bulan puasa ni, kawal pengambilan karbohidrat. Kuih muih tradisi kita banyak yang buat dari tepung. Karbohidrat tinggi. Kawal pengambilan nasi putih. Tapi bukan tak boleh makan nasi langsung.

Teaser next entry : Cara nak pulih dari diabetes adalah dengan mengurangkan rintangan insulin. Kenapa rintangan insulin meningkat dan macam mana nak kurangkan rintangan insulin.

Nota kaki : Sorry aku tak boleh spesifik tulis apa kandungan diet tersebut sebab aku nak kena monitor sendiri orang yang nak ambik diet tu. Amalkan diet ni masih kena ambil ubat. Kalau bagi random macam dalam blog ni aku tatau siapa yang ambik. Macam mana cara diorang ambik. Aku taknak orang cuba, dan tak buat macam mana yang sepatutnya. Kemudian tak berkesan, lepas tu kata aku tipu pulak. Formula diet ni bukan aku yang cipta.

Daa

9 comments:

Cik Ina Do Do Cheng berkata... [Reply]

rai betul tu ada peniaga yang ambik kesempatan dari pesakit diabetis. beras taj mahal bagus tuk pesakit kencing manis. teringat masa arwah ayah kencing manis, bertahun gak kat rumah masak beras taj mahal tu.yang cik ina konpius kat luar sana jual gula kurang kalori. betul ke rai?

Nini Hartini berkata... [Reply]

masalahnya nak mengawal tu. kawal budak kecik senang, nak kawal org tua...adehhhh... berbuih mulut. Lagi2 time buka puasa tu, nak yg manis je.

Unknown berkata... [Reply]

cik ina,
biasa la cik ina..ada doktor yg saya kenal tu cakap ada satu produk tu..mula2 makan memang glukos turun..tapi lepas tu naik lagi teruk lagi..maybe sbb tak proper kawal diet kot..the best option untuk org kencing manis adalah beras perang..tapi tak boleh makan banyak2 jugak..still kena kawal..

gula kurang kalori tu saya tak pasti pulak..tapi pernah dengar yg tak berapa nak elok..tak confirm la..nanti saya check dulu..

Unknown berkata... [Reply]

tini,
biasa la..mcm saya cakap la.. kencing manis ni bukan ada rasa sakit mcm kena pisau..so ramai org pandang remeh..

anumuchan berkata... [Reply]

31 ogos ke july kak..huhu..aa tahun ni tak dpt merasai kemeriahan bazar ramadhan la nmpknya..tp hrp2 berat boleh bkurang bulan puasa ni..huhu

Unknown berkata... [Reply]

hahaha..saje je nak tengok org baca betul2 tak (cover2..) hahaha.. insya allah.. puasa kat nihon lagi lama dari masa puasa kat malaysia kan..

Irfa berkata... [Reply]

mmg pun..ubat2 di pasaran skrg ada mcm2 rupa

Unknown berkata... [Reply]

bukan ubat pun irfa..fenomena menakutkan..huhuhu..

Unknown berkata... [Reply]

just nak share, saya dulu 2 kali pregnant, 2 kali kene GD, seksa gak nk diet memula tuh, huhu aiskrem, coklat, ABC..saya minum aiir gula sekali je, lepas tuh sy kawal diet, n amalkan minum fiber..alhamdulillah lepas tuh x yah jmp doc dah hehe smp sekarang wpon dh xde GD, saya still consume fiber tuh sbb sgt bagus utk body, kawal blood sugar(mmg dah ramai yg ada diabetes amek fiber ni), body weight, bowel movement..best..so bagi ibu2 yang face the same prob, maybe nak cuba..ni artikel nye ya..jemput lawat..insyaAllah membantu fiber kurangkan bacaan gula/diabetes berkurang dalam 3 hari/GD tiada lagi!

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com