Rabu

I'm 27 years old lady stucked in an 18 years old teenager..hahahaha...

Assalamualaikum

Hari ni company buat health & wellness day. Ada screening untuk certain benda. Aku buat check dah pagi tadi, tapi belum sempat semua sebab ramai orang. Biasa la benda FREE kan. Antara check yang aku dah buat adalah blood pressure, glucose test, BMI, body age dan body fat dan juga ENT check.

Blood pressure - 118/77 - 2nd check 113/66
Glucose - 5.6 - 2nd check lepas makan terus naik 9.1
BMI - (rahsia..tapi sangat-sangat rendah)
Visceral Fat (lemak pada organ) - 0.5 (low tapi kata consulatant tu bagus sebab takde lemak kat organ )
BMR - 916 (Rendah sangat - normal adalah 1200)
Body fat - 24 (walau pun aku kurus tapi body fat aku agak moderate)
Cholesterol - 4.57 (desirable kata doktor)

Body age - 18 tahun

18 okay~~ Macam budak baru habis sekolah menengah.. Hahaha.. Yang jeles sure kata kat aku "Eleh ko kurus sangatt..sebab tu la" hehehe... Tak kira... Lalalala.. Nak happy gak!

Yang aku rasa semua pompuan suka dengar adalah...umur nak masuk tiga series tapi umur badan tak masuk dua series pon.. Hehehehe.. Kembang semangkuk la aku sepanjang minggu ini.

Waktu check ENT (ear nose throat), doktor tu pakai kamera yang cucuh kat hujung batang panjang. Malu gila seh tunjuk kat skrin TV pulak. Telinga dengan hidung ok. Cuma tonsil aku ada white spots. Doktor tu terus kata nak suruh aku buat surgery remove tonsil aku. Doktor tu betul-betul make it sound yang esok lusa aku terus collapse kalau aku tak remove. Aku terus search. Biasa la. Removal of tonsils adalah last option. Aku memang ada resdung, 2-3 hari ni aku gatal tekak. Aku agak kurang minum air. Tapi aku rajin la sembur mouth spray kat mulut bagi bunuh kuman (Nak kumur2 malasss) Doktor tu siap bagi namecard suruh datang jumpa dia untuk buat surgery tu. Hish.. Gila kot.

Aku memang jenis paranoid sikit. Tapi aku rasa doktor tu over acting je sampai nak suruh bedah bagai. Memang la insurans aku cover. Bukan masalah kos bagi aku. Tapi nak buang-buang bahagian badan ni bukan boleh suka-suka. Hish. Aku nak belek dulu sebelum remove. Sure ada better solution dari tu kan.

Doktor yang consult aku pun tak tau nak cakap apa. Cuma dia suruh naikkan berat badan sebab score untuk BMI aku memang teruk gila. Fail kalau periksa tu. Hahaha.. Less than 18 okeh. Adess.. Macam mana gaya la nak naikkan berat badan ni. Aku makan dah banyak gila dah. Tapi berat tak naik-naik.

Ingat nak kena consume protein powder...tapi mahal weh..sebulan kena makan 3-4 tin..Setin dah berapa..Huhu..

Daa

6 comments:

Emma berkata... [Reply]

wahh.. umo 18 tuh..
sy pon ade mslh tonsil nih..
so nnt leh share solution nye ye..

Unknown berkata... [Reply]

emma,
so far yg saya baca masalah tonsil ni depends..sebab lain kaedahnya lain..ada yg jangkitan bakteria, ada yg kulat..so kena buat further check dulu..baru boleh tau solution..tapi buat masa ni saya nak cuba rajin2 kumur dengan listerine..jaga kebersihan mulut.. dan sembur mouth spray..

kalau dah jumpa kekdahnya saya share okeh!

msredcheesecake berkata... [Reply]

Rai,
Org ada resdung selalu ada masalah tonsil...kalau operate pun minor je kot...jgn takut....hheee...

Body msred mesti dah 40 sbb selalu ngada2 malas....hhee

Unknown berkata... [Reply]

msredcheese,
nak kata takut tu takde la..tapi rasa cam over acting je..haha.. harap2 tak payah nak buang..ai sayang tonsil ai..:P

Irfa berkata... [Reply]

hah!nak tambah berat?
ambik saya punya je la..
saya terlebih 10kg ni.
kira rega kengkawan je lah ;-)

Unknown berkata... [Reply]

boleh ah irfa..tapi tanak lemak ok..nak daging je..hahaha.. timbang kati je la..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com