Selasa

Salah anggap tentang pengambilan supplement

Saya pernah menjalankan survey tentang pengambilan supplement dikalangan wanita yang berumur 25 tahun ke atas. Keputusan menunjukkan

(1) Lebih dari separuh wanita berumur 25 tahun ke atas tidak mengamalkan pengambilan supplement
(2) Kebanyakan yang mengamalkan pengambilan supplement tidak mengetahui dengan jelas apakah perubahan yang dapat dilihat dengan pengambilan supplement
(3) Hampir semua responden bersetuju bahawa pengambilan supplement adalah perlu tetapi mengalami masalah untuk mengamalkan pengambilan supplement.
(4) Hampir semua responden tidak mengetahui apakah jenis supplement yang sesuai dengan tahap kesihatan mereka.
(5) Terdapat responden yang tidak mengambil supplement kerana takut ia akan menyebabkan kegemukan.


Kesimpulan yang aku boleh buat daripada survey yang aku buat adalah,
Masih ramai orang yang tak faham sepenuhnya mengenai pengambilan supplement.


Oleh kerana itu timbul persoalan seperti adakah supplement mampu menggantikan segala keperluan nutrient yang  diperlukan oleh tubuh manusia. Malah ada juga yang menegaskan bahawa pengambilan supplement adalah tidak perlu sama sekali sekiranya seseorang itu mengamalkan pemakanan seimbang.


Tanggapan bahawa pengambilan supplement boleh menggantikan keperluan nutrient tubuh seseorang adalah salah sama sekali. Supplement hanya berfungsi untuk membantu melengkapkan keperluan nutrient dan bukan sebagai pengganti. Oleh itu, walau pun anda perlu menurunkan berat badan, anda perlu makan makanan yang seimbang. Diet somalia atau pengambilan minuman/makanan pengganti hidangan semata-mata hanya akan memburukkan keadaan  kerana menurut satu kajian, salah satu faktor kegemukan adalah kerana kekurangan sesetengah jenis zat makanan.


Pada pendapat saya dalam zaman ini, pengambilan supplement bukan lagi satu pilihan tetapi adalah satu keperluan bagi mengekalkan kesihatan seseorang pada tahap yang optimum. Bagaimana pun kita mestilah sentiasa mengutamakan pemakanan seimbang dan tidak bergantung pada pengambilan supplement semata-mata.


Bagi seseorang yang tidak mengalami sebarang masalah kesihatan, pengambilan multivitamin adalah permulaan yang baik. Manakala seseorang yang mempunyai masalah kesihatan, keperluan nutrient adalah lebih dari jumlah yang ditentukan oleh RDA.

Kenapa perlu makan supplement
--------------------------
Apakah jenis supplement yang anda perlukan? - Email butiran nama,umur,jantina kepada ourkizunastore@gmail.com untuk menyertai kajiselidik mengenai supplement

0 comments:

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com