Sabtu
Hari sabtu aku bangun awal dari hujung minggu yang biasa. Hehehe.. Sejak akhir-akhir ni aku rajin sikit nak buat sarapan pagi. So pagi tu aku buat lempeng makan dengan kuah dal (sorik takde gambar sebab sibuk gaduh dengan budak-budak kecik tu) Lepas tu aku melepak-lepak guna internet sebab hubby dengan senang hati menawarkan diri untuk menolong mengemaskan rumah. Tengah hari sikit baru keluar makan tengah hari lauk mamak depan tasik dekat rumah kami tu. Lepas tu terus ke Super Weekend sambil-sambil pergi bayar duit yuran kelas nutrition aku 24hb nanti. Lebih kurang pukul 5 kitorang bertolak ke Subang Skypark sebab hubby da janji nak bawak anak bujangnya tengok kapal terbang. Mak bapak duk sibuk tunjuk chopper dengan kapal terbang, Mubarak duk sibuk tengok lori kecit angkat beg-beg naik ke kapal terbang (dia panggil chut chut..) Dan akhirnya aku berjaya memujuk hubby untuk membelikan aku donat Big Apple yang dah lama kuidamkan itu..wahahaha..sonot gila.Balik tu singgah pasar malam beli barang untuk masak makan malam. dan pisanggg..
Ahad
Ahad pun aku bangun awal!! Sungguh productive hujung minggu ku kali ni. Sarapan pagi buat cekodok pisang. Bahannya aku masuk tepung gandum, baking powder, garam dengan gula. Sekali baking powder tertumpah la pulak. Aku korek mana yang boleh korek buang. Balance tu aku biar je dengan harapan rasanya akan ok. Hasilnyaa, cekodok pisang aku rangup dan gebu. Tapi tak mendapat pujian sang hubby sebab dia kata tak aci bukan aku purposely buat jadi sedap. Tak sengaja. Ampeh je. Tengah hari pulak keluar pegi majlis akikah kawan aku kat Gombak. Area Greenwood. Al kisahnya kami ni dah bertahun-tahun tak ke Greenwood tu. Sesat sampai ke pekan. Nasib baik la kawan tu baik hati guide kat telefon. Sampai da lewat sebenarnya. Tapi ada gak orang makan-makan lagi. Jeles tengok baby orang tembam kemain. Hehehe..Makanan pun sangat sedap. Kambing masak kuzi, ayam goreng rempah, gulai pisang muda, ikan haruan bersambal. Kuihnya ada kuih favorite aku kuih talam. Yeshh.. Pukul 3 lebih kami gerak balik. Hubby ajak singgah summit USJ sebab nak tanya harga button PSP nya. Ada pulak Popular punya book clearance. Stuck la kejap membelek2 buku. Sayangnya banyak sangat buku cina. Buku favorite kami pun tak ada. So buang masa jugak la sebab tak ada buah tangan pun. Lastnya nak dekat maghrib baru sampai rumah. Penatnya...Mubarak pun da tido dengan tak mandi. Sambil aku masak, adik duk main sorang2..Kemudian aku datang balik tengok dia tdo sambil peluk kapal terbang mainan abang. Hehehe.. Terpaksa kejutkan untuk mandi tukar pampers. Lepas dinner tu aku dengan penuh kerajinan buat kek pisang. Nasib baik jadi sedap dan gebuss. Boleh buat lagi. Kemudian la aku tepek resepinya. Senang kemain buatnya (cewah..jadik..senang la..) So pagi tadi dapatla sarapan kek pisang.
Next time nak bawak anak-anak naik train pulak.
Isnin
Aktiviti hujung minggu
Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com
0 comments:
Catat Ulasan