Hampir masuk bulan March 2011. Anak-anak yang sedang membesar semakin membuas dan makin sukar nak dibendung. Mainan diorang pun nak kena keluarkan sikit sikit kalau tidak habis bersepah satu rumah. Nak pijak lantai pun susah. Nak update blog bukan takde masa. Masa tu ada je yang terluang tapi malas nak menaip. Ni baru cuba-cuba belajar update guna email.hahaha..sungguh terlambat okeh!
Sikit update tentang perkembangan ahli keluarga kami
Atiqah Damia (8bulan)
Ciri-ciri - Mata bling bling bila teruja nampak makanan atau permainan baru abang. Masa lahir sepet je, skang nampak macam makin membolatt matanya.
Kebolehan - Merangkak, meniti, duduk di mana mana bahagian tebing dan sudut meja, pandai panjat tak pandai turun, ketua dalam aktiviti buat sepah terutamanya sepahkan majalah kesayangan ibu
Kelebihan - Pandai buat muka innocent lepas buat salah
Aqil Mubarak (2tahun 5bulan)
Ciri-ciri - Sangat brotherly sejak adik da makin besar, tak boleh tinggal adik dan bawa dia sahaja. Confirm nanges mendayu-dayu suruh
ambik adik bawak sekali. Kalau ayah belikan mainan yg jenis bergerak mula-mula mesti takut2..lepas tu main sampai abis bateri.
Kebolehan - Berlari dengan beria ria sambil hayun tangan macam ibu (hahaha), melompat dan mula menambah vocabulary. Sangat pandai
mengajuk bila orang bercakap. Lagi2 kalau ibu dia membebel.
Kelebihan - Pandai posing masa bergambar. tapi ibu dia malas nak upload gamba ke PC (boleh?)
Kami suami isteri sihat sejahtera, cuma sesekali lelah dengan pelbagai telatah tak disangka anak-anak. Terhibur sebenarnya..hehehe..
Saya masih menyusukan Atiqah Damia dan Aqil Mubarak sepenuhnya. Aqil dah tak minum susu through bottle. Hanya direct feeding. Jika sebelum ni saya kurang yakin dengan penggunaan supplement dalam menambah pengeluaran dan kualiti susu. Setelah mencuba Nutrilite ni alhamdulillah susu nampak semakin pekat dan banyak. Kalau dulu selesema payah nak baik, sejak mengamalkan extra dose Bio C bila tekak mula gatal, kurang dah soksek soksek. Saya pun da lama tak bergantung pada ubat selesema dari doktor.
Since entry ni yang pertama untuk tahun 2011, saya nak meluahkan harapan untuk tahun 2011 ni. hehehe..terlambatnyaaa.. Semoga
perniagaan kami akan lebih berjaya dalam tahun ini dan kami sekeluarga sentiasa berada dalam lindungan rahmatNya disepanjang tahun ini.
Jumaat
Berita Keluarga Ourkizuna
18.2.11
2 comments
Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com
2 comments:
mingikut yg saya faham,dua-dua anak tu masih menyusu badan?gilir-gilir lah ye
salam ct,
kadang2 bergilir-gilir..kadang2 sekali..tapi position tu kena pandai adjust la. surely salah sorg akan nampak tak selesa. tak pun ibu dia yang tak selesa..tapi nak bf sekali dua org ni masa kat rumah je.hehe..tempat awam kena gilir2..
Catat Ulasan