Sabtu

Website payah nak handle

Yang pertama sekali aku tertarik dengan entry Kak Yong pasal blogwalking palsu orang pemalas. Suatu ketika dulu, masa mula-mula berblogging aku pun gila nak up traffic jugak. Jalan la sana sini. Baru anak satu la kata kan..hehehe. Makin lama aku makin tak suka nak blogwalking sebab aku lebih suka jadi silent reader dan aku memang tak pandai bab-bab komen tak berapa nak ikhlas ni. 

Sejak akhir-akhir ni, (sejak aku bukak OurkizunaStore) aku penah gak cuba-cuba blogwalking, tapi aku jadi malas bila kebanyakan blog yang aku pegi payah nak loading dan payah nak handle. Bila da loading tu nak scroll sikit punya payah. Macam-macam benda bubuh situ. Sarat kemain. Tersangkut-sangkut. Lastnya aku pun malas nak layan. Maklumla, aku dah la tak rajin sangat. Budak-budak berdua tu pun kadang-kadang ada je halnya.

Apatah lagi aku tak berani nak tinggal sangat Aqil dengan adik dia. Aritu aku tinggalkan kejap masukkan baju dalam washing machine, aku datang balik tengok Aqil da duduk atas adik dia sambil tekap bantal kat muka adik. Bayangkan la macam mana panic nya aku sebab Atiqah pun tak nangis ke apa. Senyapppp jeee.. Berlari aku selamatkan adik. Alhamdulillah tak apa-apa. Aku tak salahkan Aqil sebab dia baru masuk dua tahun. Budak kecik..mana tau apa. Dia tau cuma nak ajak main.

Eh melalut daa..hehe..So sekarang ni, aku memang update blog aku mengikut kesempatan dan kerajinan aku. Blog ni untuk pembacaan semula aku bila anak-anak makin membesar. Hish cam malu pulak nak bagi anak-anak baca benda yang karut-marut aku tulis ni..hahaha..

6 comments:

~ As ~ berkata... [Reply]

betullah pasal blog susah nak loading tu...blog menarik pun jadi tak menarik sbb lama sangat nak tunggu...

Unknown berkata... [Reply]

tu la as..kalau takat lambat nak loading tahan lagi.. ni siap sangkut2..tak mesra alam betul..

Unknown berkata... [Reply]

Rai,
anak2 kalo masih kecik memang susah nak tinggalkan, walau sekejap.. kdg2 tu nak buat urusan pelaburan pun susah....

dah merasa dah tahun 2008/2009.. Alhamdulillah, tahun ni aliya pun dah 2 tahun.. abgnyer pun dah xde kes mbuli adik... senang sikit nak buat kerja rumah.. xde la nak adap depa jer...

Unknown berkata... [Reply]

K.Yong,

First of all. Sorry lambat sangat mereply comment nya.Tu la k.yong.kadang2 abang dia niat nak ajak main/gurau je.tapi sebab dia da besar. so nampak macam membuli la..tu kadang kesian. cepat la adik dia besar. tak sabar da abang nak ajak main tu..hehe..

Ilyana berkata... [Reply]

dah sebln baru nak baca entry rai ni.anak baru sorang dah bz mcm apa je. setuju sgt bab website lmbt sgt loading tu.. tp blog sndri pun lmbt gak sbb kdg2 tepek byk sgt gambar. hehe..

Unknown berkata... [Reply]

Pinky Angel,
saya lagilahhhh...da berbulan2 baru nak mereplynya..tetiba je boleh bukak blogger kat opis..hahaha..jangan la sampai IT tawuu..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com