Selasa

Ramadhan kali ni

Puasa kali ni agak mencabar bagi aku sebab aku breastfeed untuk dua orang. Lagi-lagi bila cuti hujung minggu, lepas si abang, adik, lepas tu bila abang tengok adik duk mamam dia pun claim mamam dia. Tak sempat tengah hari aku dah kebuluran. Bila difikirkan balik memang boleh buka puasa, tapi puasa tahun lepas pun aku tak sempat nak ganti sebab baru lepas bersalin aritu. So nanti takut pulak banyak nak kena ganti. Lagi pun bukan aku tak larat sangat, boleh je digagahkan. Production setakat bulan puasa ni pun alhamdulillah. Berkat menyusukan dua orang, agak melimpah ruah jugak production walau pun ada sekali aritu aku tak sempat nak bersahur. Siap dapat satu extra bekas untuk stok lagi.Lagi pun aku pam untuk atiqah sorang je, aqil da tak berapa nak minum susu dari botol. Paling-paling pun dia minum susu kotak dari dalam cawan.

Petang aku dengan hubby gilir-gilir masak sambil jaga anak-anak untuk bukak puasa. Thanks to Noxxa Multifunction pressure cooker yang baru beli tu. Masak nasik beriyani pun 7 minit je, lembutkan daging pun kurang 10 minit. Penyediaan bahan pulak yang terlebih lama..Kebetulannya aqil suka makan nasik warna warni, memang senang sangatla bila ada periuk tu. Potong semua bahan, campak je dalam tu. 7 minit siap. Puasa kali ni banyak jugak resepi yang sempat kami cuba. Nasi beriyani, nasi tomato, nasi daging..tomyam pun masak dalam tu. Heavy duty sungguh.. 
Bila sahur pulak aku cuma panaskan lauk buka puasa. Makan pun berdua je. Malas nak masak lain (Mengantuk satu hal) Sudah la sejak ada dua orang anak ni, aku tidur malam tak macam dulu. Sama ada aku kejap-kejap terjaga sebab anak-anak bergilir-gilir nak menyusu atau pun aku memang pitam langsung. Ada sekali tu aku bangun pagi tengok aqil dengan atiqah da bertukar tempat. Nasib baik aqil tak tindih je adik dia.

Puasa tahun ni genap aqil 2 tahun. Ayah dia buatkan birthday cake untuk dia. Aqil makan sikit je. Sudahnya ibu dengan ayah yang kena habiskan. Aqil da makin banyak bercakap walau pun kadang-kadang Tuhan aje yang tahu apa yang dia cakap. Bahasa jerman tak jerman, nak kata jepun pun bukan. Hehehe. Atiqah pulak da boleh nak pusing ke kiri ke kanan sikit-sikit. Suka nak bercakap bahasa dia, lepas tu banyak sangat cakap mula la haus. Tidur malam Aqil banyak berjaga berbanding adik dia.Atiqah kalau da tidur malam, sampai ibu yang kena kejut dia nak minum susu.

Aku pulak risau perut belum ada tanda-tanda nak kembali pasa saiz yang normal walau pun berat aku da normal balik. Padan muka aku. Jangan kata berbengkung, sapu lotion nak bagi turun bumpy2 tu pun malas. Takpe la..azam lepas puasa.Hehehehe~

2 comments:

Unknown berkata... [Reply]

Itulah pengorbanan seorang ibu. Alhamdulillah :) Memang dah ada anak tidur malam memang tak serupa masa zaman bujang dulu. Leh kira dgn satu tangan berapa jam kita tidur lena. Tang perut tu, I can just say bila anak lebih dari 3 tahap kesukaran untuk kembali ke bentuk asal memang almost impossible. Boleh cuma kena buat lebih. Selamat menjadi ibu yang baik, insyaallah.

Unknown berkata... [Reply]

Hehehe..kiranya saya ni tahap 2 la ye..hubby da bagi signal banyak kali da suruh kurangkan tahap perut tu..huhu..

Terima kasih..selamat menjadi ibu juga.

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com