Ahad

Birthday Mubarak


Hari ni genaplah umur Aqil 2 tahun kalau ikut bulan Islam. Genap jugaklah dua tahun aku jadi ibu. Tak sangka, sekejap je masa berlalu. Kalau belek-belek video masa Aqil meniarap, merangkak dulu rasa cam baru je. Teringat lagi masa mula-mula aku dapat berita yang aku kena bersalin hari tu jugak, tak boleh tunggu-tunggu dah. Sehari semalam aku tertidur sebab ubat bius masa operation.

Sejak dah ada adik ni, aku tengok Aqil makin pandai berdikari. Malah perkembangan dia sangat rapid dalam jangka masa dua bulan lebih ni. Makin banyak cakap. Dah mula terserlah sikap ke"abang"annya tu. Kalau Atiqah menangis cepat-cepat datang nak pujuk. Tolong suap susu kat adik waktu ibu takde (walau pun kadang-kadang botol tu sumbat dalam mulut dia jugak) Kadang-kadang sibuk jugak nak riba Atiqah, nak bagi mamam dia (siap selak-selak baju lagi)

Antara telatah Aqil yang lain
Bila ibu atau ayah sebut "Mubarak..mubarak" Aqil pun sambut "Abiyak..abiyak"
Benda apa pun bole jadi telefon, dengan tali car seat Atiqah pun borak
Suka sangat tengok cerita Madagascar sampai hafal dah scene dia dan da bole pick up sikit-sikit apa yang binatang-binatang dalam tu sebut
Bila denga lagu "I like to move it move it" je mesti nak goyang punggung

Aqil still breastfeed lagi dan aku belum ada plan nak stop buat masa sekarang. Ramai sedara mara yang tau aku still tak wean Aqil duk bagi signal suruh berenti.  Aku pun signal balik yang aku belum plan nak stop. Nasib baik husband aku tak kisah. Apa pun keputusan aku dia akan tetap menyokong.

Sebenarnya pernah jugak sekali dua aku terfikir nak wean kan Aqil, tapi pasal tu lain kali aku cerita.

0 comments:

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com