Selasa

Amalan murah rezeki

Sejak ofis pindah kat Subang ni dapat la aku tengok rancangan Tanyalah Ustaz tiap-tiap pagi kat TV9 tu. Banyak jugak tajuk menarik. Satu tajuk yang sangat berkesan kat aku adalah "murah rezeki" oleh Ustaz Fauzi (duta produk Tok Guru tu) Antara amalan supaya murah rezeki yang dia bagi adalah

(1) Banyakkan istighfar - Rasulullah istighfar sekurang-kurangnya 70x dalam sehari
(2) Rajin zikir - Subhanallah walhamdulillah walaila ha illallahu AllahuAkbar atau apa saja zikir munajat
(3) Amalkan buat solat sunat Dhuha
(4) Baca surah al-Waqiah
(5) Jangan tinggal solat
(6) Taat pada ibu bapa
(7) Jangan buat dosa
(8) Jangan memutuskan silaturrahim - gaduh tu cepat2 berbaik
(9) Bangun awal, jangan tido balik lepas subuh
(10) Rajin bersedekah - Lagi-lagi di bulan puasa ni.
(11) Yang ni aku tambah sendiri. Zikir nama-nama Allah
- Ar Razaq
- Ar Rafi' - 100x
- Al Latif
- Al Wasi' - 128x
- Al Ghani
- Al Mughni
- Al Warith - untuk orang yang berdagang baca 707x setiap malam


Selain dari tu amalkan ayat 1000 dinar. Insya allah dimurahkan rezeki. Pengalaman aku sendiri, sejak aku amalkan sebahagian (belum dapat penuh lagi) dari tips-tips yang dia bagi ni alhamdulillah bila waktu sesak tu ada je rezeki yang tak disangka-sangka. Apa pun, tawakal tawakal jugak. Usaha jangan lupa.

0 comments:

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com