Isnin

Azam daku

Sejak anak da masuk dua ni makin susah aku nak carik masa update blog ni. Ye lah, bila anak-anak da tido dan ada masa duduk depan pc pun aku ambik masa nak bukak email, search itu ini..baca blog orang lain..Ya..aku lagi rajin blog hopping dari buat blog sendiri..hehe. Dan entah kenapa la sejak lepas bersalin anak kedua
ni aku mengalami simptom pelupa yang sangat teruk. Kejap je lupa. So kadang-kadang bila duk dengan anak-anak duk pk nak buat entry itu ini.Banyak je benda yang nak ditulisnya. Lastnya bila da bukak blogger tu lupa da nak tulis apa. Itu tak campur bila idea mari, internet connection pulak tak sempoi. Saba je lah kan..

Aku ada banyak projek sebenarnya. Salah satu darinya adalah cuba untuk update blog aku hari-hari dengan maklumat yang berguna kepada masyarakat, selain dari update perkembangan keluarga kami dan telatah anak-anak yang makin membesar. Satu lagi adalah nak berbisnes. Baru-baru ni aku berjaya setup blogshop aku.



Aku jadi reseller untuk barang-barang accessory wanita, lelaki, produk kesihatan dan jugak cloth diapers. Insya allah nanti aku akan tambah beberapa produk lagi. Projek-projek lain bila da ada hala tuju nanti aku update.

1 comments:

mama_kaori berkata... [Reply]

amik suplement omega 3 utk elakkan lupa..bagus jugak sbb skang bf anak2..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com