Rabu

Bagaimana merancang percutian

Masa study dulu aku sangat suka nak pergi bercuti. Konon-konon hobi melancong la ni..Gatal je tangan aku buang duit nak berjalan-jalan ke sana sini. Aku sanggup buang duit pergi jalan-jalan dari spend duit beli baju mahal-mahal. (Tu yang mak aku bising sebab anak dia berserabai je..) Part yang aku paling suka pasal bercuti ni adalah pasal planning. Aku tak suka pergi jalan-jalan sorang-sorang. Samishi gila kalau pergi sorang-sorang atau pun berdua je. Luckily husband aku sama macam aku. Even masa aku pergi honeymoon lepas kahwin pun kitorang ajak satu couple lagi pegi ngan kitorang. Jimat pun jimat. Seronok pulak tu.

Aku bukan tak suka percutian atau honeymoon yang luxury, tapi bagi aku asalkan selesa dan seronok. Perkara yang aku titik beratkan bila bercuti adalah transportation, accomodation dan juga schedule untuk aktiviti.

Aktiviti
Biasanya sebelum decide nak pergi mana untuk bercuti aku akan check kat mana tempat yang ada aktiviti menarik. Contoh kalau nak mandi laut of course pilih pulau atau pantai kat area pantai timur. Tapi kena la ambik kira jugak masa travelling. Kalau cuti takat cuti hujung minggu nak travel dari Selangor sampai ke Pantai Timur penat pulak, melainkan kalau ada duit lebih nak naik kapal terbang. Pastikan korang plan betul-betul perjalanan korang. Kalau da plan nak bertolak pukul 8 pagi jangan pulak bangun lambat, nanti terlepas keretapi la, terlepas feri la. Percutian yang patutnya nak hilangkan stress pun jadi stress. Lagi-lagi kalau nak pegi ramai-ramai, habis semua orang stress gara-gara kena menunggu orang yang bangun lambat.

Transportation
Walau pun kenderaan awam kat Malaysia ni bukanlah sangat-sangat reliable kita masih ada banyak pilihan, kalau malas nak drive sendiri boleh naik keretapi. Lebih selamat dan selesa.Kalau tempat yang jauh, nak jimat masa dan ada duit lebih nak naik kapal terbang pun bagus. Kalau bercuti beramai-ramai boleh bergilir-gilir drive. Kalau nak pergi pulau make sure yang korang tau macam mana nak bergerak masa atas pulau. Kalau nak kena sewa kereta pastikan yang korang dah tau procedure untuk menyewa.

Accomodation
Sebenarnya bagi aku aspek tempat tinggal ni takde la penting sangat walau pun nak kena ada untuk setiap percutian. Aku tak malu nak ngaku yang aku pernah tido kat stesen keretapi, kat lapangan terbang sebab nak jimatkan kos percutian. Tapi percutian aku still menarik dan jugak adventure. Sebelum pergi bercuti, cuba check kalau ada resort yang sediakan apartment. Kalau just bilik takkan nak share. Tapi kalau apartment biasanya dalam satu apartment ada at least dua bilik. So boleh la share dengan couple lain (AMARAN - Untuk yang sudah berkahwin sahaja dan jangan sampai salah masuk bilik!) Sebab, bagi aku tujuan nak bercuti adalah nak berjalan-jalan. Bilik untuk tido malam dan mandi tukar baju je. Kalau ambik bilik yang mewah-mewah pun kalau tak lepak dalam bilik nak buat apa kan.. Membazir je. Melainkan kalau korang pergi honeymoon dan memang nak spend masa 24 jam dalam bilik saja.

0 comments:

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com