Isnin

My update

Setelah sekian lama aku menyepi dari dunia memblogging, akhirnya aku mengambil keputusan untuk kembali membersihkan sawang-sawang yang dah beranak pinak..hehe..

Aku sesaja je nak mencoret update tentang perkembangan kandunganku dan jugak perkembangan hero pujaan malaya si Aqil.

Last week aku pegi check up pregnant kat klinik mana lagi kalau bukan klinik Famili kami..hehe.. Alhamdulillah baby kami yang belum diketahui jantina nya tu sihat walafiat dan masuk minggu ke 28. Pregnant kali ni liat sungguh berat aku nak naik. Ditambah lagi dengan selera makan yang tak berapa nak ada..Fikiran pun asyik runsing je. Ape la yang aku runsingkan sangat tu ya...hehehe..

Kalau waktu Aqil dulu, setiap kali scan pun dia expose je tut dia. Tiap kali pun Doktor cakap "Eh you tau tak your baby ni boy" dan tiap kali pun kami jawab "Ya, last time doktor da cakap".. hehe.. Kali ni pulak adik Aqil sungguh pemalu dan taknak langsung tunjuk tut dia.. So sampai sekarang pun still surprise lagi..Anyway aku tak kisah pun yang mana satu, yang penting dia selamat dan lahir dengan selamat.

Aku pun da mula beritahu Aqil pasal adik dia. Kadang-kadang dia datang kat aku tepuk-tepuk perut aku dan kadang-kadang peluk sekali dengan cium muah-muah kat perut. Mungkin dia faham jugak kot yang dia da nak jadi abang. Aqil still breastfeed tapi aku da tak pam sebab aku tak larat nak kumpul memandangkan susu yang keluar pun tahap menitik je dan aku mengalami sore nipple yang agak teruk. Event kalau Aqil minum susu pun aku rasa macam nak mengalir air mata. Beberapa kali jugak la aku menangis sebab Aqil terketap nipple waktu tido dan menyebabkannya berdarah-darah..sadis woo..

Selain dari tu, Aqil da pandai panggil ayah. Tapi masalahnya, ibu pun dia panggil ayah..huhu.. sedeh~ Memang kalau suruh dia panggil mama ke lagi cepat dia belajar..tapi aku nak suruh dia panggil ibu jugak..(Ibu yang demand..hehe)

Aku mula didik Aqil lap air yang dia tumpahkan atas lantai, masukkan sendiri baju yang da kotor dalam bakul dia sendiri dan beberapa tugas lain yang aku nak dia buat sendiri tanpa aku suruh pun. So far alhamdulillah, walau pun memang da hobi dia tumpahkan air tapi lepas tu dia pun sebut "Allahhh~" sambil pegi cari kain lap. Kalau nak mandikan dia pun dia kutip sendiri baju dia masuk dalam bakul.

Bila masuk waktu sembahyang dia berdiri sembahyang sebelah aku. Pakai songkok, lepas tu terus meniarap (Sujud), bangun balik, angkat tangan baca doa sambil berdiri..simpan songkok.. sambung main..hehehe..Aku harap makin hari dia faham kewajipan dan tanggungjawab dia. Bukan saja pada ibu bapa dia dan keluarga..tapi pada pencipta dia..Aminn..

2 comments:

Ilyana berkata... [Reply]

salam rai,

lamanya tak baca cerita pasal aqil.
makin bijak aqil ni..

;)

kejap je rasa masa berlalu..

Unknown berkata... [Reply]

heee..salam pinky,
lamanya tak memblogging..rindu dengan kengkawan seperjuangan..

Aqil makin bijak macam ibu dia..hihi...

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com