Jumaat

Belajar parenting dari Nanny

Setiap hari Isnin pukul 830 malam memang kitorang akan bukak NTV7..ada satu rancangan yang aku boleh kira baru la..Tajuknya Nanny 911. Rancangan ni actually bukan rancangan malaysia pun. Mana-mana keluarga yang bermasalah hantar video permasalahan diorang (pasal penjagaan anak) pada rancangan. Nanny-nanny yang da ada pengalaman berbelas berpuluh tahun tu akan review mana satu yang diorang nak pegi.

Biasanya dia akan hantar sorang nanny dan mission nanny tu adalah untuk memperbetulkan keadaan disiplin etc anak-anak diorang tu dalam masa seminggu. Perangai budak-budak dalam rancangan tu masya allah..rilek je anak omputeh tu flying kick mak dia..Sampai aku rasa macam rancangan tu tipu pun ada..

First day sampai nanny yang bertugas tu akan monitor masalah-masalah dan the next day tu dia akan come out dengan plan-plan untuk memperbetulkan keadaan. Dan biasa la..mak bapak yang berhadapan dengan masalah anak tu takkan percaya yang si nanny ni akan berjaya memperbetulkan perangai huduh anak mereka..Apa lagi dalam masa seminggu. dan macam cerita walt disney..in the end diorang akan live happily ever after..huhu..

Aku pun tatau rancangan tu sebenanya diada-adakan atau memang wujud budak-budak yang mempunyai masalah yang kronik gila macam tu, tapi banyak jugak yang aku dapat belajar melalui rancangan tu. Actually bendanya macam biasa-biasa je..tapi amat berkesan bagi aku.

(1) Kalau anak buat tak kena, jangan jerit-jerit marah dia. Anak kena tau yang kita marah. Maksudnya takpe kita nak tunjuk emosi marah tu. Tapi jangan marah dia sampai terjerit-jerit - So far kalau Aqil ada buat benda tak kena aku cuba untuk kawal suara tapi tunjuk muka marah. Dia pun nampak macam paham.

(2) Mak bapak kena sepakat dan konsisten. Kalau benda tu tak kena, dua-dua kena cakap tak kena..Jangan mak bapak pun tak sependapat. Kalau benda tu salah, cakap salah. Jangan kali ni kata ok..next time tak ok pulak. - Kalau husband marah kat anak, jangan pegi selamatkan anak tu..kalau tak nanti dia ingat everytime pun kita akan selamatkan dia.

(3) Kalau benda tu tak elok jangan start from the beginning. Contoh macam bagi puting kosong. Dalam satu episod tu dua beradik abang 5 tahun adik 3 tahun. Dedua duk hisap puting lagi. Jenuh gila nak buang habit tu..Semalaman tak tido sbb tak dapat memoteng..

dan beberapa perkara yang lain lagi..hehehe...takde ke rancangan kat Malaysia ni yang buat macam tu ek..

2 comments:

Ilyana berkata... [Reply]

Rai,
betul..anak2 omputih ni mg ramai hyper mcm tu.landlord kitorg dulu xkesah terima kitorg sbb dia kata anak2 org asia ni baik2. agaknya, pemakanan kot.. tahla..

kalo jln kt shopping complex mmg leh nmpk ramai bdk2 yg mak bapaknya ikat bdn diorg guna tali mcm bwk anjing. ssh nak kawal kot..

Unknown berkata... [Reply]

Pinky Angel,
Sampai ikat-ikat tali...extremenya...

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com