Selasa

Pam susu de toilette

Aku memang da dapat greenlight dari para bos aku untuk guna meeting room masa nak pam susu.. Cuma masalahnya bila semua meeting room fully occupied..time tu menjajo (bahasa kampung mak aku) aku carik tempat nak pam.Since sekarang aku guna spectra 3 nak kena ada electric point. Lepas tu aku tanya la dgn sorang minah HR representative kat department aku tu..

Sungguh mendatangkan marah!! dengan muka poyo dia suruh aku pam kat toilet!! geram gila aku. Aku kata la tak hygiene pam kat toilet. Dia kata memang selama ni orang lain pam kat toilet.. Orang mana tu!!?? Kalau ikutkan mulut celupar aku tu nak aje aku cakap "apa kata kalau aku buatkan ko air kopi kat toilet lepas tu ko minum..Agak2 ko ada selera tak nak minum" Pandai je nak suruh bagi anak aku minum susu pam kat toilet.

Lepas tu aku gi jumpa senior manager kat department aku. Nasib baik la dia memahami. Maklumla orang da berumur...Walau pun insiden tu da berlaku 3-4 hari yang lepas aku still rasa bengang bila tengok muka minah tu..Jenis cakap tak guna otak sungguh..Benci betul..

8 comments:

yantz-yeem berkata... [Reply]

adoi minah tu mesti lom kawen n x leh langsung nak bg kerjasama....

mama_leesya berkata... [Reply]

minah tu samala bangangnya ngan budak yg uruskan gaji aku skang zai..cakap tak guna otak tul la..budak2 zaman skang bukan diaorg reti ape..dier ingat mende2 camni leh amik mudah ke..

Unknown berkata... [Reply]

yantz,
kadang2 orang da kawen pun ada jugak..smlm siap ada sorang akak chinese kat opis tu pam kat toilet..katanya segan nak pam kat lain.cam tu pun adaaa...

mama leesya,(da nak masuk dua anak takkan duk pakai mama leesya lagi ke..sian adik leesya..hehee)
ko cakap je ngan dia nak buatkan air dia kat toilet..

ka0ri berkata... [Reply]

ok...tuka jadik mama_hot plak la..hahaha~

Harlinda Halim berkata... [Reply]

hehehe.....rai..sy geram gak dgn minah senget tu..tapi sangat kelakar dgn cara rai lepaskan geram kat entry ni...bleh x sy tergelak sengsorang kat cubicle n opismate sy terkujat dengar sy tergelak...pape pon mmg sgt bengkek dgn minah tuh! mmg minah senget! =)

Unknown berkata... [Reply]

haha..kaori, mama_hot tu mama dok hot marah ka.. mama hot meletup2..

harlinda,
dgn sorang immediate bos saya tu saya cakap la.. dia da kawen tapi takde anak..lepas tu dia kata apa masalahnya pam kat toilet..terus saya kata meh saya buatkan kopi kat toilet lepas tu bagi minum..ada selera tak..lepas tu baru dia paham.. teruk betul..

chekna berkata... [Reply]

saya sebagai org hr rasa sgt frustrated coz ada jugak org hr yg bangang camtu... dah nama pun human resource, tp kalo xsensitif pasal human matters camni, suruh dia resign je dari jadi org hr.. buat malu kaum je...

Unknown berkata... [Reply]

takpe chekna..jgn malu sbb dia bukan kaum kita..hihihi..dan dia mmg da resign pon..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com