Kebanyakan professional photographer mengelak dari menggunakan flash secara direct kepada subjek dalam gambar. Ini kerana, sekiranya jarak antara subjek dan kamera terlalu dekat, subjek akan kelihatan overexposure di dalam imej yang dihasilkan. Malah, kesan dari penggunaan flash, subjek akan mengecilkan mata akibat silau dan dalam sesetengah kes warna gambar adalah kurang neutral.
Antara option yang boleh digunakan adalah dengan menggunakan cahaya dari sumber semulajadi. Contohnya mengambil gambar berdekatan dengan tingkap. Bagaimana pun pastikan kamera membelakangkan tingkap kerana ia boleh menyebabkan imej subjek gelap kerana background yang terlalu terang.
Bagi pengguna kamera Digital SLR yang mempunyai portable flash boleh menggunakan kaedah bounce flash dalam keadaan cahaya yang kurang. Manakala bagi yang tidak menggunakan DSLR atau portable flash kaedah semudah menggunakan cermin untuk membalikkan cahaya boleh digunakan. Kaedah bounce flash ini digunakan bagi mennyebarkan sumber cahaya supaya cahaya tersebar dengan sekata di dalam imej yang terhasil.
Secara peribadi saya sering menggunakan manual mode tanpa flash. Bagaimana pun hasilnya tidak juga selalu menjadi (maklumla masih amatur..)
(1) Set mode kepada manual mode
(2) Sekiranya agak gelap gunakan skala ISO yang tinggi (antara 400~800) Bagaimana pun risikonya adalah lebih tinggi ISO lebih banyak noise yang dihasilkan)
(3) Gunakan shutter speed yang lebih rendah. Gunakan tripod jika perlu, kerana shutter speed yang lebih rendah amat sensitif kepada pergerakan yang kecil.
(4) Sekiranya mempunyai option untuk setup Aperture, gunakan bukaan aperture yang lebih kecil nilainya.
Slamat mencuba..
Rabu
Tips mengambil gambar indoor versi saya
Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com
4 comments:
salam Rai..
u guna camera jenis apa? kakyong punya canon powershot A580.. so far byk try & error.. walo nampak foto cam tak jadi.. kusimpan jer.. konon2 seni lah tu... hahahhh... yg penting dpt snap gelagat anak2...
Kak yong,
sama lah kita..untuk dapat satu gambar yang saya consider "jadi" tu..ada 15 keping gambar yang tak jadi.tu pun simpan jugak.nasib baik digital.. hehe..saya pakai Canon EOS digital. Kak yong..canon agak user friendly.. sebelum ni saya guna canon yg lebih kurang dgn powershot jugak..sebab beli kat Jepun so nama dia lain sikit..sayangnya kamera tu dah rosak..
saya pun kalu ambik gambar tak suka pakai flash..makasih dgn info ni..
mama Tiara,
sama-sama..
Catat Ulasan