Rabu

Pull up fleece cover

Sewaktu aku sibuk menggugel pattern untuk CD tu, terjumpa lah pattern untuk buat CD cover ni.. Melihatkan lebihan kain yang masih banyak..gatallah tangan ini nak menjahit seluar labu untuk putera kesayangan kami..hehe..

Aku tak tau ia akan berfungsi dengan baik atau tidak...tapi aku da cakap kat hubby..kalau gi berenang nak bagi Aqil pakai seluar ni..
Trace pattern dari kertas suratkhabar. Lepas tu gunting kain mengikut pattern suratkhabar tu.
Lepas tu sambungkan jahitan.Kononnya aku nak bagi tebal sikit bahagian bawah seluar untuk elak kebocoran.Aku tampal sikit kain fleece jugak kat belah dalam..
Lipat ke dalam bahagian pinggang..agak-agak dalam setengah inci..Kemudian masukkan getah 1/4. Panjang getah mestilah kurang 1 inci dari saiz pinggang anak..Begitu juga pada bahagian kaki.

Hasil nyaaaa...

Aku da cuba pakaikan kat Aqil pun..tapi sebab drumstick Aqil besar dan ibu dia salah ukuran.. tercekik sikit peha anakku...Aku da siapkan satu pattern yang diimprovise (sikit je..hihi)
Belum ada masa nak buat since cuti panjang ku telah pun berakhir..sob sob...

2 comments:

Unknown berkata... [Reply]

salam Rai,
nanti bila Aqil dah melasak , mesti muat pakai.. sbb drumstick dah susut sket... :D

Unknown berkata... [Reply]

lupa nak inform ade tag utk you..
senang2 nanti buat yer...
http://kakyong72.blogspot.com/2009/05/sesi-menjawab-tag-part-1.html

brp lama dah bercuti ni?!

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com