Rabu

Ayah pergi bercuti

Assalamualaikum


Ayah aku. Bukan shujin. Hehehe..



Rupa rupanya minggu lepas ayah dengan cik wan (adik ayah) dan beberapa orang sahabat diorang pergi bercuti pusing Malaysia. Dari Johor menuju ke utara kemudian ke pantai timur sebelum balik ke Johor. Happy sangat dia. Mak aku agak moncong. Maklumlah tak boleh ikut.


Dengar kata ada perancangan nak ke Indonesia pulak. Hahaha..


Sedikit gambar yang aku culik dari FB pakcik aku (Cik Wan). Nampak gayanya hampir setiap negeri mereka singgah. Dan yang menariknya, di kebanyakan persinggahan mereka singgah tidur di rumah kenalan/saudara mara dan bukan tidur di hotel. Sambil bercuti dapat juga mengeratkan silaturrahim. Seronok tengok senyuman ayah.
 
Ayah penat bekerja selama ni. Ayah aku peneroka FELDA. Tapi dia berniaga ikan dan kedai. Sejak banjir besar di Kota Tinggi 2-3 tahun lepas, ayah dah berhenti dari meniaga ikan. Kedai pulak dah diuruskan oleh adik lelaki aku. Ayah dengan mak bantu sikit sikit jugak sebab kedai tu sebelah rumah je. Cawangan kedai diuruskan oleh adik. Ayah sebagai penasihat. Tapi bukan bermaksud ayah duk lepak saja. Sekarang dia beli lori dengan lembu. Macam macam jenis bisnes yang dia ceburi. Memang tak terkira. Yang rugi ada. Yang untung pun ada. Biasa la kan.. Tapi ayah tak penah putus asa.. Aku harap aku pun tak putus asa macam ayah. Jadi ahli perniagaan yang berjaya.
Close up ayah kita
Kat Kedah ni rasanya.. Tak pernah aku pegi dapat merasa tengok padi masak!
Ni tak tau kat mana. Sakan diorang bergaya kan. Boleh tahan.. Hahaha
Pakcik aku yang pakai topi cowboy tu. Businessman berjaya jugak. Ada company sendiri. Banyak projek dia buat. Salah satunya kontrak papan iklan. Aritu product terbaru Terompah Mastor. Masuk TV3 dan sokkabo.

Aku tak tau nak kata aku ni anak ayah ke apa. Tapi aku rapat dengan keduanya. Ayah sangat penyabar dengan aku. Masa nak fly sambung belajar dulu ayah yang susah payah dan terlebih risau ajar aku memasak. Resepi yang ayah ajar, ikan masak asam pedas. Seingat aku menu ayah yang paling sedap adalah nasik ayam. Tapi biasalah. Ayah jarang sangat masak. Lebih suka biar mak yang masak.

Sekarang aku risau jugak kesihatan ayah. Mak kata ayah kurang selera nak makan. Dah semakin berusia ni, dia suka makan yang goreng goreng je. Susah nak makan yang berkuah beria ria macam dulu. Tapi sup kaki lembu memang paberet sepanjang tahun. Hehehe..

Semoga ayah sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik.

Rindu dengan ayah ngan mak.

Daa

17 comments:

Irfa berkata... [Reply]

tetiba teringat kat ayah aku
eh!ayah kita samalah
minat sgt dgn sup,hihi

Fazlina Ridzwan berkata... [Reply]

wahhh..bcoti pusing mesia kee pakcik..besnyaaa..

entri pasai ayah nie, windu plak kat abah akak...kecik² dolu rapat dgn abah, mai besaq la nie rapat dgn mak plak...tp apa² mesti kol abah dolu...sampai skang...hehehe.

Unknown berkata... [Reply]

segaknye ayah dia..hee.. teringat arwah ayah.. rindunye kat dia.. hmmm

Unknown berkata... [Reply]

segaknye ayah dia..hee.. teringat arwah ayah.. rindunye kat dia.. hmmm

CIK TOM berkata... [Reply]

wah seronok dan sakan berjalan pakcik2...bagus dah selama ni penat bekerja..amik cuti holiday bersama kawan2...smbl berjalan cari idea baru utk bisnes...

Aziela berkata... [Reply]

Pegi balik kampung Rai...jenguk mak dan ayah. Bukannya jauh...setakat 4-5 jam journey, hilang penat bila dapat cium tangan mereka...

Ujie Othman berkata... [Reply]

oh, patutla kat fb tu ada je gamba2 tag rai. ayah dan pakcik rupanya. Bestnya, jalan jauh ni bagus. Bertukar angin.

ayunidati berkata... [Reply]

wah best melancung seluruh semenanjung...

Nizam.Ariff berkata... [Reply]

Aku suka pokok padi...kerana bertukar musim...dan ikan puyu.

Mar Mansor berkata... [Reply]

Bestnye..cuti2 malaysia..ayah saya pon peneroka felda..

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Bapa mertua sy pun peneroka FELDA. Ayah sy pencen gomen. Bila baca entri Rai ni, sy pun rindu kat org tua.

Dr K berkata... [Reply]

Gambar yg awak tak tau kat mana tu, ekceli kat depan pintu masuk Tugu Negara..

Cool tau berjalan2 jelajah satu Semenanjung macam ni...

QasehnyaRania berkata... [Reply]

smoga ayah sis dikurniakan kesihatan ygbaik aamiin
si, jom pi kg saya, blkg rumah ada sawah.
kalau umh tok saya depan rumah ada sawah .hihi.

a’aa.. santan sawit kurang lemak.

Nieda Ramly berkata... [Reply]

bertuahnya dapat berjalan satu malaysia.

Unknown berkata... [Reply]

oohhh...lamanya tak menjengah ke sini..patutla aku tengok ade gamba ayah ko kat fb..rupanya berjalan sakan..:)

sume org rindu ngan ayah dan mak..aku pon..huhu..

Mimie berkata... [Reply]

Berjalan sakan ayah ye...kemain lg

Unknown berkata... [Reply]

sup kaki lembu...sy pun suka...

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com