Memaparkan catatan dengan label Anak marah ibu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Anak marah ibu. Papar semua catatan

Isnin

Apakah hukum anak marah kepada ibu bapa?

Assalamualaikum

Aku ditanya.

Apakah hukumnya sekiranya seorang anak yang merasakan ibu bapa lebih mengutamakan adik beradik lain menyimpan perasaan marah kepada ibu bapanya?

Serius tak tau nak jawab.

Hari ni selalu tengok, ibu bapa utamakan anak yang mereka rasakan “berjaya” berbanding yang kurang. Anak-anak yang kurang berjaya diabaikan. Malah dalam sesetengah kes kasih sayang dibeza bezakan dan dibandingkan. Sehingga anak itu berasa kurang disayangi. Apakah hukumnya sekiranya anak itu menyimpan perasaan marah pada ibu bapa mereka?

Dalam perbualan dengan shujin aku selalu pesan pada shujin. Bila anak-anak da besar, janganlah dibeza bezakan mereka. Walau macam mana pun mereka.

Tahukah, bahawa bukan anak-anak je derhaka pada ibu bapa. Ibu bapa pun boleh derhaka pada anak-anak. Iaitu bila mana seorang bapa tak memilih isteri yang baik untuk menjadi ibu bagi anak-anaknya, tidak memberikan nama dengan maksud yang baik dan tidak mengajarkan Al Quran pada anak-anaknya.

Sorang makcik pesan kat aku masa pegi kedah aritu, walau macam mana panjang pun nama anak, panggillah dengan nama yang ada maksud. Kalau namanya Muhammad Aqil Mubarak, panggillah Aqil. Jangan panggil mat ke kil dan sebagainya. Nanti masa nak masuk syurga kelak akan dipanggil dengan nama panggilan kita di dunia. Kalau nama elok, tapi nama panggilan tu maksudnya lipas, masa nak masuk syurga malaikat gelakkan sebab nama kita lipas. Hehe.

Kawan shujin nama panggilannya mat dead bulu.

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com