Memaparkan catatan dengan label Binaan Mudah LEGO. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Binaan Mudah LEGO. Papar semua catatan

Rabu

LEGO Binaan Sendiri 01 Dis 2014 - Kotak Hadiah

Assalamualaikum..

Tengok dah ramai yang berkitaran kat kedai beli hadiah untuk sambutan krismas. Sikit lagi banyak laa kotak pembungkus hadiah yang dibuang. Apa kata kali ni hadiahkan kotak yang memang comfirm takkan dibuang?


Memperkenalkan kotak hadiah yang dibuat dari lego. Comel je kan?


Boleh dibina ikut suka saiz atau warna apa sahaja yang korang nak. Saiz yang aku cadangkan ni boleh buat isi cincin, rantai, bracelet, ataupun minifigure. Sekarang, korang boleh bagi dua hadiah instead of satu. Pencemaran alam pun tak berlaku kan?


Untuk binaan yang aku cadangkan ni, korang memerlukan enam puluh empat keping lego.

Selamat menyambut musim perayaan. Sekian.
::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::

Jumaat

Menyediakan Mesin Photocopy Untuk Disewa Secara Murah

Assalamualaikum..


Kalau ada sesiapa ada terfikir pasal nak buat bisnes fotocopy, atau lebih famous dikenali sebagai fotostet, inilah peluang keemasan korang. Bukan sahaja mesin fotocopynya baru, sewa bulanannya pun sangat murah (RM30.00 sebulan, deposit dua bulan). Untuk terma dan syarat, sila baca keterangan dibawah.


Cara menggunakannya pun sangat mudah sebenarnya. Letakkan kertas di atas scanner/penyalin, tutupkan penutupnya dan tekan butang mengikut kemahuan anda. Salinan akan keluar pada tray/dulang bahagian bawah.


Sesuai ditempatkan dimana-mana jua.


Tajuk sebenar entry kali ni ialah "LEGO Binaan Sendiri 03 Nov 2014 - Mesin Salinan Foto / Photocopy Machine". Hehehe.. Gurau je!
Untuk korang yang nak bina sendiri model pencetak salinan foto yang sama macam aku, korang boleh bina dengan menggunakan 37 keping lego je. Kalau nak jugak resepinya langkah demi langkah, korang boleh whatsapps aku.

Selamat maju jaya...
::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::

LEGO Binaan Sendiri 02 Nov 2014 - Toaster

Assalamualaikum..


Hari ni aku nak share resipi pulak. Hahaha.. Cepat lagi sedap. Roti bakar, atau dalam bahasa inggeris disebut toast. More or less, resipi mudah camni rasanya semua orang pun pandai buat.


Langkah pertama, mesti ada toaster dan mesti ada roti.


Masukkan roti kedalam slot toaster. Tekan ke bawah handle kat tepi toaster tu. Biarkan toaster tu buat kerja membakar dia.


Bila handle tadi dengan sendirinya tertolak ke atas, roti bakar dah siap dimasak. Jangan panik, roti memang akan sedikit keperangan. Bakarkan dua keping roti lagi.


Isikan inti kedalam roti bakar korang. Ada orang suka makan roti bakar dengan salad dan mayonis, ada pula yang suka makan dengan bebola daging dan sos tomato. Tapi yang paling penting adalah, makan dengan orang tersayang. Well, dah siap.


Owhh.. Lupa bagitau, untuk yang takde toaster, korang boleh bina sendiri model yang sama macam aku dengan menggunakan 40 keping lego je. Untuk resepi buat toaster, korang boleh whatsapps aku.

Selamat menjamu selera..
::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::

LEGO Binaan Sendiri 01 Nov 2014 - Set Sofa

Assalamualaikum..

Jumaat kali ni saya kongsi pasal set sofa buatan sendiri dengan LEGO. Binaannya yang mudah, sesuai untuk semua peringkat umur.


Dengan menggunakan elements yang sama dan parts yang berlebihan, kita boleh hasilkan sofa untuk 2 seaters dan 3 seaters. Untuk yang ada terlalu banyak lego kat rumah, boleh conteng lego anda dengan permenant marker untuk berikan patern pada binaan. Untuk yang sayang lego masing-masing, boleh lekatkan sticker bercorak instead. Jadi kreatif dan jangan takut untuk bereksperimen.


Semua jenis lego termasuk dari siri LEGO : Friends pun boleh duduk. Yang ada backpack atau bodywear yang tebal-tebal tu kena bukak dulu laa kan? Ini cuma cadangan. Boleh guna lego warna lain, atau terus ubahsuai partsnya.

Untuk yang nakkan manual, cemana nak bina sofa ni, boleh e-mail atau whatsapps saya terus.

Selamat membina..
::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::

Isnin

Radar dome? Ya kah?

Assalamualaikum..

Errmmm.. susah sikit nak terangkan kali ni sebab aku sendiri makin kurang faham ciptaan anak aku sekarang. Tak tau idea dia pergi ke mana. Cuba korang tengok..

Pada asas, aku rasa ini ialah satellite receiver. Tapi pada masa yang sama, macam ada transmiter. Ada dua barrels cannon, seciput navigation dan aku tatau apa fungsi rekaan sebelah kiri minifig tuh..

Sekarang ni, memang kebanyakkannya begini lah rekaan anak sulung aku. Terlalu abstract. Aku pun susah nak faham. Dia cuba buat sesuatu yang compressed, atau compilation of beberapa benda tanpa asas dari setiap objek. Anyway, itulah pemikiran bebudak tak? Or at least itu yang aku rasa.

Anak-anak korang ada end-up dengan binaan (tak semestinya lego) yang macam ni tak? 
Cuba kongsi..

::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::

Jumaat

Binaan Mudah LEGO Oleh Budak Lima Tahun

Semua binaan adalah dibina dari Aqil. Buggy dalam masa seminit. Jom tengok.

Ada tiga binaan. Semuanya menggunakan asas yang sama. Bezanya adalah sedikit pengubahsuaian. Bahan asasnya ialah :
1pcs kepingan asas kereta mini
1pcs 6 x 4 Wedge dengan 2 x 2 bahagian terpotong dan 1 x 2 bahagian 1/3 dinaikkan.
1pcs bata 2 x 3
1pcs bata 2 x 2 2/3 yang diubahsuai
1pcs kepingan 1 x 2 dengan pemegang
1pcs kerusi utiliti
1pcs stearing utiliti
2pcs bata 1 x 2 yang diubahsuai
2pcs bata bentuk silinder 1 x 1
2pcs bata bentuk cerun 1 x 1 2/3
3pcs kepingan 1 x 2

Cara membuatnya :









Kereta yang kedua menggunakan 4 bata modofikasi 1 x 1 dengan side stud instead of guna 2 bata 1 x 2 kat sisi kereta. Pada bahagian belakang dan depan kereta pula menggunakan bracket 1 x 2 dengan 1 x 4 side stud. Ini membolehkan bata lain ditambah pada binaan.



Kereta ketiga pula cuma ditambah pada bahagian belakangnya.



Dari mana idea ni terbit, aku pun tak tau tapi binaannya mudah sangat. Sesuai untuk budak umur lima tahun. Tips, pemilihan warna penting untuk merangsang kanak-kanak. Cubalah beberapa variasi anda sendiri. Selamat mencuba...


Sampai jumpa lagi, bye bye...

::: Dari Shujin :::

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com