Memaparkan catatan dengan label Custom Lego Design. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Custom Lego Design. Papar semua catatan

Jumaat

LEGO Binaan Sendiri 02 Nov 2014 - Toaster

Assalamualaikum..


Hari ni aku nak share resipi pulak. Hahaha.. Cepat lagi sedap. Roti bakar, atau dalam bahasa inggeris disebut toast. More or less, resipi mudah camni rasanya semua orang pun pandai buat.


Langkah pertama, mesti ada toaster dan mesti ada roti.


Masukkan roti kedalam slot toaster. Tekan ke bawah handle kat tepi toaster tu. Biarkan toaster tu buat kerja membakar dia.


Bila handle tadi dengan sendirinya tertolak ke atas, roti bakar dah siap dimasak. Jangan panik, roti memang akan sedikit keperangan. Bakarkan dua keping roti lagi.


Isikan inti kedalam roti bakar korang. Ada orang suka makan roti bakar dengan salad dan mayonis, ada pula yang suka makan dengan bebola daging dan sos tomato. Tapi yang paling penting adalah, makan dengan orang tersayang. Well, dah siap.


Owhh.. Lupa bagitau, untuk yang takde toaster, korang boleh bina sendiri model yang sama macam aku dengan menggunakan 40 keping lego je. Untuk resepi buat toaster, korang boleh whatsapps aku.

Selamat menjamu selera..
::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::

LEGO Binaan Sendiri 01 Nov 2014 - Set Sofa

Assalamualaikum..

Jumaat kali ni saya kongsi pasal set sofa buatan sendiri dengan LEGO. Binaannya yang mudah, sesuai untuk semua peringkat umur.


Dengan menggunakan elements yang sama dan parts yang berlebihan, kita boleh hasilkan sofa untuk 2 seaters dan 3 seaters. Untuk yang ada terlalu banyak lego kat rumah, boleh conteng lego anda dengan permenant marker untuk berikan patern pada binaan. Untuk yang sayang lego masing-masing, boleh lekatkan sticker bercorak instead. Jadi kreatif dan jangan takut untuk bereksperimen.


Semua jenis lego termasuk dari siri LEGO : Friends pun boleh duduk. Yang ada backpack atau bodywear yang tebal-tebal tu kena bukak dulu laa kan? Ini cuma cadangan. Boleh guna lego warna lain, atau terus ubahsuai partsnya.

Untuk yang nakkan manual, cemana nak bina sofa ni, boleh e-mail atau whatsapps saya terus.

Selamat membina..
::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::

Selasa

Pertandingan : LEGO Awesome Malaysia - Bahagian 5

Assalamualaikum...

Ramai peserta tertanya-tanya, parts apa yang akan diberikan nanti? Apa yang nak kena bina nanti? Masa yang ditetapkan adalah sejam je, sempat siap ke? Bila pertandingan bermula, surprise...


Naaahhh... Humang.. Ambik engkau... Hahahaha...
Dia bagi brick je. BRICK. Takde 1x1 & 2x1. 1x3 ke atas. Takde plate, takde curve, takde technic, takde apa. Cuma brick, satu baseplate saiz XL 48x48, sedikit slope, sedikit pokok skala kecil dan mod brick untuk pasang tayar. Tayar pun satu saiz je. Sejumlah bingkai tingkap, bingkai pintu dan pintu. Warna? Cacamerba. Merah, biru, kuning, putih, hijau, lime, oren dan merah jambu pada kadaran sama banyak. Tajuk, "bebas" asalkan melambangkan Malaysia. Dia bagi 5 minit je untuk go through the 1000+ bricks sesambil fikirkan binaan masing-masing. Rai sibuk tanya, "Nak buat apa ni? Nak buat apa ni?". Aku biol jap. Aqil tergaru kepala. Hahaha.. Lepas 4 minit, kami putuskan untuk buat stesen minyak Petronas (walaupun tak isi Petronas hahaha...). Masa duk bina-bina, Aisy dok sibuk pecahkan. Hahaha.. Bagi kereta sebijik, susu sebotol, lepak laa dia. Hahaha...


Pertandingan ni menggunakan sistem undian untuk menentukan pemenang. Minyak naik harga merupakan isu panas sekarang. Jadi, selain daripada disebabkan parts/element yang diberikan kami juga gunakan isu ni untuk tentukan binaan dan mendapatkan undi. Tinggal lagi setengah jam, kami dah siap pastu blur. Tatau nak tambah apa dah. Ushar keliling, ada dua famili buat Menara Petronas. Actually, kami pernah moc Menara Petronas. Tapi disebabkan oleh warna brick yang cacamerba, so kami tak buat. Pelik pulak kalau bina sesuatu yang sepatutnya berwarna kelabu dengan warna yang bercampur aduk tak? Tengok kiri, ada famili buat Menara KL. Fuuhh.. Gigih jugak. Yang kat depan buat rumah panjang kot. Tatau laa.. Tapi mainan warna dia cantik sangat. Selain tu, ada yang buat sawah padi. Cantik jugak. Tetiba terfikir, boleh dapat tempat keempat ke ni? Adusss..


Dalam binaan kami ada stesen minyak, lambang Petronas, pam minyak, pam angin, ATM, rak barang, cash register, tandas, kereta dan foliage (pokok-pokok renek/hiasan). Itu je yang sempat kami fikirkan.



Ini adalah kelapan-lapan binaan. Labelkan dari barisan paling atas gambar sebelah kiri sebagai A, sebelah kanan sebagai B, barisan kedua kiri C dan seterusnya, cuba korang susun sendiri siapa no satu hingga lapan..

Selamat membina..
_::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::_

Untuk yang terlepas entry sebelum ni, boleh baca kat sini..
Bahagian 1
Bahagian 2
Bahagian 3
Bahagian 4
Link Lego Awesome Malaysia

Isnin

Pertandingan : LEGO Awesome Malaysia - Bahagian 3

Assalamualaikum..

Lama jugak cuti menulis pasal lego. Hahahaha.. Sebahagian sebab sibuk, sebahagian lagi sebab perniagaan, sebahagian sebab dapat baby baru, sebahagian sebab raya haji. Sum up all together jadilah tak sempat.

Pasal pertandingan LEGO Awesome Malaysia, baru-baru ni kami dapat email yang menyatakan kami terpilih untuk pertandingan akhir "LEGO FUN FAMILY BUILD-OFF".


Untuk sesiapa yang lapang atau ada kat kawasan Menara OBYU, Damansara Perdana antara pukul 9:30 pagi hingga 3:30 petang pada hari Khamis 16 Oktober 2014, jom laa datang jumpa kami dan meramaikan majlis sambil-sambil dapat beramah mesra dan bagi sokongan moral. Pertandingan dia camni, setiap keluarga (kumpulan empat orang dengan kewajipan, sekurang-kurangnya seorang dewasa dan seorang budak bawah dua belas tahun) akan diberikan sejumlah lego dan akan diarahkan untuk membina satu model pada satu jangka masa yang ditetapkan. Model apa, akan diberitahu masa pertandingan tu nanti. Korang rasa mudah? Serius, sangat susah! Sebelum raya haji, aku pernah mock pertandingan ni. Kat mana susahnya? Synchronization. Satu orang bina model, mudah. Dua orang bina model, susah. Empat orang? Semua orang ada idea atau imaginasi sendiri. Bila nak jelaskan dalam bentuk binaan, dua orang yang mempunyai idea yang sama biasanya bina benda yang berlainan. Aku dan Aqil takde masalah sebab kami selalu bina sama-sama. Since Rai masih berpantang, orang ketiga dan keempat belum tahu lagi. Cakap pasal mock, kami pernah cuba dengan Uncle Mazuan (ingat tak collector LEGO otai yang aku pernah cerita dulu), berterabur.


Ada lapan hadiah untuk pertandingan grand final ni. Empat binaan terbaik akan memenangi pakej menetap di Hotel Legoland (hotel yang kat dalam tu tau, bukan yang kat luar punya) tiga hari dua malam dengan akses ke seluruh taman tema Legoland tanpa had secara percuma. Dapat hadiri kelas exclusive membina bersama Master Builder dan wang tunai sebanyak RM500 untuk digunakan sepanjang berada kat taman tema tu. Empat hadiah tempat pertama ni dianggarkan berjumlah RM12000.00 (ataupun RM3000.00 satu kumpulan). Empat lagi hadiah untuk tempat kedua merupakan hamper berjumlah RM1500.00 setiap kumpulan. Hamper tu adalah set-set lego dari pelbagai franchise (Creator, Star Wars, City, Friends dan dua Hero Factory : Invasion From Below) macam dalam gambar kat atas tu. Jumlah keseluruhan, ada 2169 parts. Jadi, tempat pertama atau kedua, semua yang terpilih dapat hadiah yang best. LEGO® Malaysia sangat awesome kan?

Rai, Aqil dan Damia aim nak pergi Legoland, sebab nak main kat theme park dia. Alasannya adalah, kalau tak dapat set pun, aku tetap akan beli lego setiap bulan. Kalau pergi sana, aku rasa aku akan habis banysk duit kat Pick-a-Brick. Hahaha.. However, aku sendiri aim untuk tempat kedua, set lego. Berbanding pergi kat taman tema dan hotel yang selepas tu cuma jadi kenangan dan gambar, aku lagi suka benda yang hari-hari unlimitedly boleh guna. Why clingue to the past when what really matter is the present kan? Well, anyway macam yang dah sebut, mana-mana pun tak kisah. Any place, is a winner.


Hadiah "PHOTO CONTEST" pulak, sepatutnya diorang hantarkan minggu lepas, tapi sebab raya, ditambah "orang berpantang" tu dah tak tahan nak balik kampung (hehehe) so kami lama jugak kat kampung, hadiah tak dapat hantar. Pagi Jumaat minggu lepas, wakil LEGO® hantar sendiri by hand.

So, that wraps everything until now. Aku akan post binaan baru dalam post yang lain selepas tamat pertandingan ni nanti. Ada mecha baru dalam binaan untuk display rumah baru. Aku sedang mati akal nak siapkan. Bak kata member seperjuangan aku, "Lek luu"

Selamat membina....
::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::

Untuk yang terlepas entry sebelum ni, boleh baca kat sini..
Bahagian 1
Bahagian 2
Link Lego Awesome Malaysia

Pertandingan : LEGO Awesome Malaysia - Bahagian 2

Assalamualaikum..

Sambung cerita semalam..


Pastu, cuti Sabtu nak bawak anak isteri pergi perkena roti canai & nasik lemak, Aqil buatkan nasik lemak dia sendiri. Kemudian tamat laa rally binaan lego untuk satu minggu.


Minggu kedua terjebak, kami dah start nak buatkan kapal angkasa. Sasaran, saiz kapal angkasa mestilah tiga kaki panjang, dua kaki lebar dan dua kaki tinggi. Aqil mula bina robot ikut prototype yang aku pernah buat dulu. Cuma kali ni dengan warna bendera Malaysia. Kapal angkasa pulak tak sempat nak siapkan sebab tak putus-putus tetamu mengunjung datang. Silatulrahim lagi penting tak? Jadi kami rehat membina seketika. Bahagian yang dah siap macam hull, cockpit, enjin, sayap & thrusters, kami longgokkan dalam kotak je dulu.


Gambar pemenang minggu pertama...
Aqil tanya, "Kenapa gambar kita tak keluar pun ayah? Kita dah buat banyak dah kan?". Arghhh.. Tak boleh jadi ni, kena siapkan kapal angkasa cecepat!!!


Gambar pemenang minggu kedua...
Sebelum gambar ni keluar, aku dah dapat phone call. Senyum lebar semua orang. "Jom pergi Legoland...", jerit anak-anak. Well, baguslah usaha diorang paid off. Tapi yang pahit tu, Aqil cakap "Ayah kena belajar dengan abang ni, hahahaha..". Ceitt.. Mementang binaan dia yang menang.

Apa pun, tahniah kat sulung aku sorang ni.. Tabik spring satu!!
Harap-harap Aqil lebih berjaya lagi nanti.. amin

Selamat membina...
::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::

Untuk yang terlepas entry sebelum ni, boleh baca kat sini :
Bahagian 1
Link Lego Awesome Malaysia

Sabtu

Pertandingan : LEGO Awesome Malaysia - Bahagian 1

Assalamualaikum

Ada yang tanya, "Kenapa lama sangat tak update pasal LEGO?". Well, kami sekeluarga sedang sibukkan pertandingan bergambar "LEGO Awesome Malaysia yang super awesome.


Mula-mula sekali, berbanyak terima kasih kat Aunt Roza Idris, sebab bagitau kitorang pasal event ni. Kalau tak kitorang pun terlepas. Pertandingan ni bermula pada 25 Ogos 2014 hingga 21 September. Syaratnya mudah sahaja. Sesiapa yang ada LEGO® kat rumah, boleh ikut serta. Kre-O, Mega Blok, Leyi, Saidan, atau mana-mana brick jenama lain tak boleh, malah dibatalkan penyertaan serta merta. Buat satu binaan tersendiri bertemakan "Malaysia", snap photo anak atau kanak-kanak dengan latar belakang yang menunjukkan keunikkan negara tercinta kita dan hantarkan kat http://lego.awesomemalaysia.my/TC/index.html sebelum tarikh yang aku sebut tadi. Boleh hantarkan seberapa banyak entry yang mungkin. Pada photo yang dihantarkan, kena sertakan caption. Senang kan? Hadiah dia pun best.


Macam-macam binaan kami buat. Yang terawal, kami tak tau nak latar belakangkan photo kami dengan apa. Menara petronas? Jem + jauh + kerja. Sate? Baru je pergi layan Haji Samuri, takkan nak pergi lagi kot? Lastnya, tengok iklan "Malaysia commited to kepelbagaian bio". Campur dengan bunga raya, which is bunga kebangsaan, kami pun putuskan untuk buat haiwan.

Binaan pertama, bunga raya. Cubaan pertama gunakan brick. Bila siap saiznya jadi besar sangat. Tambahan pulak, kami tak cukup brick warna hijau untuk buat daun. Cubaan kedua, gunakan mantel minifig yang berwarna merah, antena & daun lego. Bunga raya ambil masa dua hari untuk siapkan. Saiznya muat-muat tangan Damia. Pass.

Binaan kedua, ulat gonggok. Satu cubaan je untuk yang ni. Gunakan mod brick, lever & horizontal hinge 2x1 plate. Ulat ni siapkan sekejap jeh..


Binaan ketiga, beetle bug. Cubaan pertama, aku yang buatkan (bug yang besar warna hijau tu). Cubaan kedua, Aqil yang buatkan (bug yang kecik tu). Agak complex kalau nak ceritakan binaan dia. So tak usah laa... Hahahaha.. Kedua-dua beetle bug ambil masa setengah hari untuk fikirkan. Nasib baik ayah dan anak buat asing-asing.


Binaan keempat, belalang. Idea datang dari LEGO® Galaxy Squad : Star Slicer. Fikir semula, aku pun tak pernah nampak LEGO® buat belalang, so jom cuba. Ambil masa seharian jugak. Yang ini dua kali lebih complex dari binaan sebelum ni.

Selamat membina..
::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::

Untuk yang terlepas entry sebelum ni, boleh baca kat sini :
Bahagian 2
Link Lego Awesome Malaysia

Khamis

Binaan Aqil September 2014 - Jentera Penarik Di Bulan

Assalamualaikum..

Ini gara-gara buku cerita kanak-kanak "The Moonbirds".


Ada satu scene dalam buku tu, satu crate(kotak) tu jatuh kat dalam crater(lopak yang bulat-bulat kat permukaan bulan), so Moonbird kena tarik guna jentera yang Aqil duplicate nih.


Obviously, aku malas nak belek pastu snap gambar "Tow Truck" dari buku tu. Tapi ini laa yang disiapkan oleh Aqil. Dia pilih Benny sebagai operator sebab dia seorang angkasawan. Katanya "Kan Benny tinggal kat space, dia laa yang bawak". Tak boleh argue. Ada dua panel kat kereta ni. Satu untuk pemanduan, satu untuk gunakan penarik kat belakang truck tu. Mulanya dia nak conteng lego yang dibina sebagai crate tuh dengan marker kekal. Dia nak buatkan garis-garis supaya nampak lebih macam crate sebenar. Nasib baik sempat halang. Tunggu kita cari brick buatan cina dulu lah kalau tak conteng-conteng sembarangan anak ooii..

Selain tu, tayar yang digunakan untuk buat kereta ni ialah tayar jenis lama (Lego Space 1980??) yang aku dah tak jumpa lagi dah. Cemana aku dapat? Well, ini sumbangan "Pakcik Mazuan" since Aqil gigih dengan lego. Siapa Pakcik Mazuan? Errmm.. Kawan aku.. Pengumpul LEGO hardcore sejak 1980+. Owhh.. Lupa sebut, Benny Aqil tu original dari tahun 1980+ (bukan Benny dari Collectible Minifigure Series : The Lego Movie). Juga pemberian Pakcik Mazuan. Arigatou gonzaimassu..

Okess.. Selamat membina..
::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::

Selasa

Binaan Aqil September 2014 - Pesawat Angkasa

Assalamualaikum..

Aku actually fill semua binaan Aqil ni by bulan lepas, tapi terpaksa bawakan ke bulan September. Kali ni, pesawat sesaja angkasa.


Mengikut Aqil, pesawat ni tak selaju pesawat warna biru yang aku post bulan lepas. Pesawat ni digunakan oleh angkasawan untuk pergi dari satu satelit ke satelit lain je. Walaupun bukan pesawat bentuk perang, tapi masih ada dua senapang lezer (laser) kar bahagian tepi tu. Mula-mula dia nak buatkan pesawat ni untuk Benny je. Tapi warna baju Benny yang biru tu tak sesuai katanya. Jadi dia bagi Farmer Henry yang pandu. Kenapa laa agaknya pengusaha sayur nak tinggal kat satelit?

Well, itu saja ulasan dari Aqil. Kalau buatkan video tuan empunya diri terangkan pasal model dia, lagi best kan?

Selamat membina.
::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::

Binaan Aqil Ogos 2014 - Robot Pasukan Penyelamat

Assalamualaikum..


Ini robot penyelamat ciptaan Aqil. Bila terfikir bahaya untuk masuk dalam kebakaran lepas baca buku cerita kanak-kanak dan tonton cerita Chuck & Larry (halfway), dia rasa kenapa tak dibina robot untuk membantu dalam misi-misi yang bahaya tu. Jadi wujudlah robot ni. Lama jugak nak dia nak siapkan. Lepas tangguh, tangguh lagi. Sebab dia tak dapat kombinasi yang sesuai. Aku pun turut tolong skali. Ada satu part dia nak untuk buat bumbung robot, tapi aku tak jumpa sesiapa yang jual part tu. Jadi, cenggini ajelah yang jadi. Ciri-cirinya adalah bahagian dada robot yang boleh dibuka tutup bila pengawal naik dan turun. Sebelah tangan kanan yang dilengkapi dengan paip air untuk padam api. Sebelah tangan kirinya adalah penyepit ketam untuk tujuan menyelamat.


Bahagian belakang robot ni patutnya ada tangki air dan tangki minyak, tapi sebab kerap sangat main cabut pasang, dah tatau pegi mana part tu. Aku malas cari.

Sekian, selamat membina.

::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::

Akhirnya..

Assalamualaikum..

Akhirnya sampaii... jugak. Lego yang diorder dua bulan lepas. Pasrah menunggu. Dah laa parts yang ditunggu tu orang punya.


Dua ribu empat ratus tujuh puluh enam pieces. Senyum lebar Aqil...
Hahahaha.. Sebab dalam tu ada lapan keping parts dia punya.


Well, walaupun sampai, tiga puluh pieces tak menepati order. Diorang lupa masukkan. Tak boleh refund, cuma boleh dapat diskaun masa next order. Hadui. Kena top up dari kedai lain.

Selamat berlego..
::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::

Jumaat

Binaan Aqil Ogos 2014 - Motosikal Salji

Assalamualaikum..

Salam Jumaat. Binaan ketiga yang nak dikongsi minggu ni ialah sebuah motosikal salji atau snow mobile.


Direka oleh Aqil sendiri tanpa merujuk dari mana-mana datasheet. Aritu kami ada main warnakan kotak yang nak dibuang dengan warna putih. Kemudian kami taburkan gabus (polymer dari polystyrene) setelah letakkan gam kat kertas tu. Sudahnya jadi scene snowy atau latar belakang bersalji untuk mainan derang.


Motosikal ni cuma boleh naik sorang je. Takde ruangan letak barang pun.

::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::

Binaan Aqil Ogos 2014 - Err.. Kereta Perisai?

Assalamualaikum..

Selamat Hari Raya untuk semua yang menyambut.. Throughout bulan puasa, ada pelbagai ciptaan sulung aku so aku pilih beberapa untuk santapan Ogos.

 
Obviously ini sebuah kereta. Kebal atau tak, aku tak tau. Binaan dia nampak menarik dan simple, so aku snap untuk post.




Kereta ni cuma muat untuk satu orang (minifigure). Pintu adalah dari jenis hatch berbentuk ellipse. Ada dua deck yang boleh pusing kat belakang kereta. Anak aku selalu letakkan dua minifig atau satu droid kat belakang. Ada satu compartment kat belakang driver dia yang agak spacey jugak. Bila digerakkan, keempat-empat caterpillar treadlinks tu berputar serentak. Mechanic yang cantik. Lukisan digital dia, Aqil tengah siapkan. Kepada sesiapa yang nakkan manual design ni, boleh watsap aku.

Selamat membina..
::: Dicatatkan oleh Goshujiin-sama :::

Selasa

Lego Binaan Istimewa Sedia Dijual

Assalamualaikum..

Baru-baru ni aku ada menempah parts baru untuk membina satu batalion sut mecha. Jom intai ZCD005 True Drake buatan istimewa ni.

Ini adalah gambar dari binaan digital sebelum aku menempah partsnya. Ideanya adalah untuk membina sebuah sut mecha atau senang sebut, robot yang boleh dipakai/dipandu dengan menggunakan element yang sesuai dengan kanak-kanak berusia seawal 3 tahun.

 
Tinggi robot ni lebih kurang empat setengah minifig yang disusun secara menegak. Lebarnya adalah lebih dari tinggi disebabkan oleh sayap Batman/naga yang dipasang pada belakang. Articulation atau sendi-sendinya pula dibina dengan ball joints supaya lebih bebas, membolehkan pengguna menggayakannya secara suka hati. 

Aku dah sediakan manual untuk membina robot ni. Semua dalam bentuk HTML. Kalau ada sesiapa yang memerlukannya dalam format PDF, boleh watsap aku. Aku akan cuba convert.

Ini pula adalah gambar prototype. Bila tengok gambar ni, rasa macam rupanya ala-ala Stoner Sunshine dari Shin Getter Robo laa pulak. Sedih jap... Jangan tanya kenapa, pergi je tonton siri dia + movie skali. 
Untuk yang tak tau, Getter Robo ialah cerita animasi dicipta oleh Go Nagai sejak tahun 1970. Bagi aku, cerita dia sangat awesome untuk siri pada tahun 1970 ada storyline yang (even cerita baru pun takde) macam tu.

Well, basicly aku tak boleh nak siapkan 100% model yang sebenar sebab element tak cukup. Jadi bahagian kaki dan tangan dia tak siap. Still, masih nampak impressive kan?

Untuk yang nak membeli model ni, macam biasa watsap aku kat 012-6894 617. Model ni adalah 100% original LEGO. Model July 2014. Dibina dengan 121 elements. Harga special aku jual menerusi blog ialah RM80.00 termasuk penghantaran.

Sekian..
::: Dicatatkan oleh Goshujin-Sama :::

Jumaat

Lego Minifig Custom Design - Wireframe

Assalamualaikum..
Sebenarnya, lama aku tak update pasal lego adalah disebabkan aku tengah buat kajian untuk buat custom minifig yang berserta wireframe. 


 Bila dah siap, patutnya rupa macam ni (lebih kurang, of course takkan sama). Just the idea itself is nice. Ada jugak aku dok ushar-ushar warna glow in the dark, tapi kos dia buat masa sekarang adalah sangat kurang menarik. Lagipun, glow in the dark perlukan keadaan gelap untuk pembalikkan cahaya berlaku, jadi sebagai mainan anak aku, aku rasa kurang sesuai. Takkan diorang nak main dalam gelap? Nak nampak apa kan? Unless hasil tu adalah sebagai hiasan atau display, then it makes sense. 


Alternatif aku buat masa sekarang adalah optical illumination atau holographic(Plane Hologram).

 


Kalau korang tau, hologram sebenarnya boleh dibuat dari rumah. Cuma menggunakan bahan-bahan asas printing, mercury dan ofset (kalau nak mudah, beli kertas dia). Tapi kalau kertas, articulation pada minifig akan terganggu. Kecuali kat torso..

 
 Aku pernah belajar ni dulu, sekarang samar-samar. Kena study semula. Hahaahaha.. Wish me luck.

::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::

Selasa

Tempahan Istimewa LEGO

Assalamualaikum...
 Semenjak aku post gambar-gambar "custom made" LEGO, dah ada beberapa tempahan model buatan sendiri. Entry hari ni pasal tempahan istimewa model X-Wing berwarna hitam.



Saiz dan bentuknya adalah similar dengan mekanisma asal. Bezanya cuma pada bahagian sayap dan warna. Droid untuk unit X-Wing ni pun di-special order-kan supaya bersesuaian dengan tema. Sticker dan juruterbang pesawat masih lagi dalam proses pembikinan.

Test buat scene dulu. Tanpa backdrop laa.. hahaha..

 Tambah effect sikit..

Selain tu, ada tiga lagi tempahan khas bertemakan robot/mecha. Special parts dah sampai. Tinggal nak pasangkan je. Takde ajukkan istimewa tentang model ni, permintaannya adalah, bina robot awesome dari minda sendiri. Perghh.. korang rasa mudah tak?

Satu lagi update, banner OurKizuna.blogspot.com yang baru dalam proses pembikinan jugak. Sebelum pergi jepun haritu dah siap, tapi bila dah balik, Aisy dah modified kepada "belum siap" atau bahasa kampungnya "punah". Hahahaha.. Dalam kesibukkan sekarang, entah bila pulak nak rebuild semua ni?

Selamat membina..
::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com