Isnin

Bagaimana saya menjimatkan elektrik

Assalamualaikum
Image: Horlick.com
Dalam entry yang kebaikan takde TV aritu aku ada kata yang bil elektrik cuma RM50++ je. Rahsianya adalah.. Saiz rumah aku cuma 700sqft dengan dua bilik dan dua bilik air. Manakala peralatan rumahtangga cuma sebiji peti sejuk dua pintu, sebiji mesin basuh yang beroperasi purata 2 hari sekali, sebiji tv, pemanas air minuman dan kipas lampu bagai. Oh. Termasuk jugak peralatan elektronik tablet, psp dan telefon tak berapa nak pintar.

Dan aku sangatlah kedekut. Kalau semua orang duduk kat bilik, aku tutup kipas lampu kat ruangan lain. Tidur malam pun tutup segala lampu. So, maybe sebab tu bil elektrik aku jimat berbanding rumah teres dua tingkat yang berukuran 1000++sqft. Hehehe..

Takde rahsia pun sebenarnya. Cuma sebab rumah aku kecik dan tak banyak guna peralatan. Aku pun kedekut. So, kalau anak anak nak main air, aku ajak diorang main air kat pool. Bil SYABAS pun FREE tetiap bulan.

Maklumlah. Kita rakyat marhaen. Kenalah berjimat cermat.

Apa langkah berjimat korang untuk tahun 2014 ni?

Daa

22 comments:

Unknown berkata... [Reply]

saya praktikkan bila alat letrik x dguna cabut plug nya.

t.a.t.a berkata... [Reply]

saya pun sama macam tifa. kalau tak guna cabut.

Irfa berkata... [Reply]

emm jimat sungguh ;)

Mar Mansor berkata... [Reply]

so far bil letrik rm50.++ lg la..semua kena kawal..lampu, kipas, tv.tp lampu luar umh x tutup la..itu je..

KakNi berkata... [Reply]

dulu2 masa baru kawin dan masa anak2 masih kecik lagi, bil letrik sy pun lbh kurang mcm tu lah. bila psg air-cond pun baru rm70 gitu. skrg anak dah besar, dah ada bilik masing2 mmg dah 3 angka beb...

HeNRieTTa JoSe berkata... [Reply]

murahnye bill...rietta pown susah hti nie...sebab katanya bill letrik nak naek..tkut melebihi RM20, dah kena bayor...

Tanpa Nama berkata... [Reply]

Rumah saya sejak dari hari pertama masuk rumah sudah mengunakan lampu enery saver dan tiap-tiap malam pasang pendingin dengan bijak. Bil lingkungan RM50 plus sahaja.

Afasz berkata... [Reply]

tq for the info. sgt berguna ni. jimat letrik.

Nizam.Ariff berkata... [Reply]

Rumah teres 2 tgkt, 2 a/cond dsb... bil letrik bulan lepas bwh RM50 dan bil air tak pernah perlu dibayar walau depan, tepi n belakang penuh dgn pokok.

Aku rasa aku dah cukup berjimat dah.
Sekarang aku nak tgk mcm mana kerajaan nak berjimat pulak... hahaha

Siti Munirah berkata... [Reply]

samalah kita. ala2 kedekut jugak. hahahaa..

PetakBunga berkata... [Reply]

nak komen 1 je.

kita ni lebih kurang sama pikiran kot.

kedekut..ha..ha..

Dr K berkata... [Reply]

" culprit " utama bil TNB saya banyak, ialah 4 biji ekon! hahahaha

asyifamustaffa berkata... [Reply]

Bil letrik umh ni average 80++ anak2 tdo bilik sndiri..mlm kena on lmpu tdo...smua pnakut..lmpu luar psang juga...adoiii...nak ditutup...bising diaorng....kita nak bejimat pun x berapa nak dpt ni ha...

maszull berkata... [Reply]

assalamualaikum rai...betul tu kenalah berjimat cermat dr skg sbb semuanya dah naik...:)

Ummi Hanie berkata... [Reply]

wow jimatnya. pandai :)

matahati-aishahazhar berkata... [Reply]

mmg kene berjimat sekarng ni.. akak air mmg tak bayar.. tapi klu bil letrik mmg rm50.++ kekadang ke rm70.++..

Fiza Rahman berkata... [Reply]

Charge HP, ipad kat office...hehehe...

Lpas pakai trus cabut plug.

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata... [Reply]

Salam Rai..klu k.atie ngan HB jer kat rumah mmg duit elek tak byk..cuba klu cuti sekolah mmg melambung tggi sbb anak2 suka dok lam bilik..ekon tak ttp2..Hadoiiii

imm berkata... [Reply]

rumah sewa imm ni agak besar n banyak lampu..pastu kiterang mmg bukak seme lampu yg ade dlm umah,,kalu buleh lmpu kt porch pun bukak jugak..hahahha kna mengubah tabiat nih..bil letrik da naekkkk..:(

QasehnyaRania berkata... [Reply]

sama la kita kak. hihi..
rumah sy 3 bilik 2 blik air.
tapi tu la bukannya ada sapa pon kat rumh saya ni. boleh le berjimat. kiki.
tv jrng tgk..

control mkn kat luar

anumuchan berkata... [Reply]

saya pn nk stat berjimatlah lps ni.tutup semua lmpu yg x guna lps ni huuu..

btw thx ye, pape nnt gtau ye klo boleh beli nk gk miso sup tu 1kg cmtu hee.tqq

adianiez AIDA berkata... [Reply]

aida sgt la berjimat elektrik juga. tapi kekadang tu perlu! hmmmm...

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com