Selasa

Janji yang ditunaikan - review untuk perempuan

Assalamualaikum

Aku tak reti sangat nak review review product ni sebenarnya. Apa lagi review pasal product kecantikan. Sebab mekap pun aku tak reti. Aku cuma amalkan penjagaan asas. Itu pun bila tiba tiba tersepuk dan tersedar yang sungguh pun aku malas nak mekap tapi taknak la umur baru masuk tiga siri kulit dah macam orang umur 40 tahun.

Aku segan sebenarnya nak share-share gambar aku kat blog ni. Sebab aku memang tak fotogenik bagai. Lagi pun aku jarang bergambar. Bila aku share pasal eksaited pakai product Artistry aritu aku takde la prepare dengan testimoni dan gambar sebelum selepas bagai.

Yang lambat nak update pasal review ni sebab puas aku carik robek sana sini cari gambar yang aku boleh jadikan testimoni. Tapi nan hado. Gambarnya kabur atau pun jauh sangat. Aku tak sure la gambar aku nak tunjuk ni valid ke tidak. 

Gambar ni diambik dengan tablet Samsung 10.1 shujin. Cahaya lampu biasa. Takde extra effect. Aku tak pakai mekap. Tengok makcik sebelah aku tu. Makcik? Actually nama dia Datuk Aisyah. Ex Vice President TNB. Now da pencen. Umur takde selindung ok. 63 tahun kalau tak silap aku. Aku tak sure orang lain perasan tak. Kulit muka dia serius nampak licin je. Macam takde kedut. Shujin kata aku pun kalah T_T. Ko bayangkan la sendiri apa perasaan aku yang muda remaja (ceh) bila shujin sendiri puji nenek lagi cun dari aku. Mau tak tensen aku.

So bermula detik tu. Aku istiqamah pakai product Artistry ni.
Artistry Pure White mini set
Tak ingat masa promosi bila aku dapat pouch tu. Tapi sangat comel. Lepas da pakai lama sikit, aku upgrade tambah scrub nak bagi hilang blackhead yang bersarang kat hidung.

Scrubnya pada aku best sebab tak mencederakan. Dedulu ada jugak pakai scrub jenama Y. Tapi kadang-kadang rasa pedih. Mungkin cara aku pakai tak betul kot. Tapi pakai scrub ni alhamdulillah takde rasa camtu. Aku pakai dalam 2-3 kali seminggu ikut condition muka. Kalau rasa cam berminyak berkarat sangat aku pakai.
Close up
Mini set ni ada cleanser yang tube berdiri, toner dan moisturizer dalam botol tu dan creme (utk kegunaan malam). Mini set ni limited edition so bukan tiap masa ada. Time ada event je diorang jual. Toner dengan moisturizer tu ikut jenis kulit sama ada berminyak atau pun kering. Kalau combination kawan aku suruh  check kat T zone tu prone kepada berminyak ke kering. Kalau berminyak pilih yang untuk oily skin.

The very first day aku pakai set ni, tetiba bekas jerawat kat hidung aku nampak pudar sikit. Tapi lepas tu tak jauh sangat beza. Cuma dari masa ke semasa aku rasa tekstur kulit aku makin lembut dan licin. baru baru ni je shujin tegur skin complexion aku nampak makin ok dan budak ofis pun cakap benda yang sama. Kalau tak aku pun tak perasan.

Satu set ni aku tak ingat la tahan berapa lama. Tapi 2-3 bulan jugak la. Sebab pakai sikit je. Kalau yang set biasa yang besar tu aku tak pernah beli lagi, so tak tau la boleh tahan berapa lama. Tapi harganya memang boleh tahan la. Hehe. Mini set ni je murah. Mula mula beli dulu RM35. Lepas tu diorang let go RM20 je. Ok la kan..

Gambar ni masa blogger gathering aritu. Gambar curik lagi!! Yang Kak Akuzle Ayu ambik. Aku tak pakai mekap, ke foundation ke apa. Cuma since sabtu tu aku start pakai Artistry Refinishing lotion. Lotion tu buat muka rasa ringan je. Dan lambat berminyak. Pakai lepas pakai toner. Yang best nya bila kita sapu kat muka tu teksturnya berubah jadi velvety powdery gitu. So ringan sangat. Dan paling jelas pores dekat dengan batang hidung aku tu makin kecik.

artistry refinishing lotion
Reward untuk bulan ni lepas berpenat lelah menyiapkan tempahan puding aritu sebenarnya. :D

Ikhlas lagi jujur. Aku tak tau gambar ni sebab pencahayaan ke apa. This is the best yang aku boleh present. Hehehe. Apa pun. Happy sangat sebab shujin da start puji puji pipi aku licin je skang ni. Hihikk~ (gelak gedik)

Supaya aku tak kalah dengan makcik yang pangkat nenek dalam gambar di atas. Aku pun da rajin sangat sangat sapu lotion. So a banyak lah improvement tu. Gila kalau aku kalah ngan mak nenek. Tangan Datuk tu sama lembut dengan tangan anak pompuan aku. Mau aku tak rasa macam nak nangis?

Pasal tekstur kulit maybe tak nampak sangat dalam gambar ni. Maybe later aku mintak shujin ambik gambar close up sikit. Tapi gambar lama tu kena belek lagi la. 

Btw, asasnya product artistry ni buat dari tumbuh tumbuhan organic. Dan setakat aku pakai ni takde masalah pengelupasan ke apa. Tapi lain orang lain kesesuaiannya. Cuma aku berani kata, product artistry ni insya allah bebas dari bahan kimia berbahaya.

Nota kaki : Kalau ada yang nak komplen apesal gambar aku semua tayang gigi. Hish..aku pun tatau nak jawab apa.. Hahahaha.Aku tak reti bergambar T_T

Berminat nak kelihatan muda jelita di usia 30-an seperti daku? Boleh order artistry set melalui whatsapp di nombor 0126894617

Daa

15 comments:

Munn Jaafar berkata... [Reply]

aikk....yg baju pepel tu modelnye jgk ke??? hehehe...

bkesan la produk ni kat akak eh, ada perubahan. :)

eh.dlu pakai speck jgk? skrg?

Unknown berkata... [Reply]

munna,
ahaha..tu la..jadi model kejap kan..

skang pakai jugak..tapi malas. pakai masa pegi belaja je..kalau tak, tak nampak slide..hehe..

Munn Jaafar berkata... [Reply]

oh, akak still blaja ke? kat mana?

*nak tanya, akak asal mana ye? kakak sy kata mcm familiar muka kak rai...aiyooookkk :p

Unknown berkata... [Reply]

munna,
belajar sekolah orang tua..pendidikan tak formal pun.saja je join tambah pengetahuan..hehe..

*ayokkk..hahaha..sesi interview da nih..asal johor..meh meh pm..

Unknown berkata... [Reply]

Wah gitu ekk hihihi... Shima pun suka sengih nampak gigi gak hihihihi... Tak leh cover dah mesti nak nampk gigi ;p
Shima bukan pemakai pencuci muka yg tegar ekekekeke...

Anamarza berkata... [Reply]

Dah macam ruang chat pulak kat ats ni, hahahha...

Okey la kalau banding gambar memang nampak berbezaan...saya plan nak cari pelembab yang rasa cam pakai air, meresap ke muka tak berminyak, ari tu dapat free sample memang best pakai tapi tak sure pulak organik ke tidak :(

BERT berkata... [Reply]

wah2 bru dia ltk gbr... tu kir sblum n slpas la ek.. mmg ade perubhan :)

cam x caye je umur datin tu 63.. mak aii awet mude betoyy

Ujie Othman berkata... [Reply]

masa kita jumpa tu mmg perasan..licinnya muka Rai!

muka saya ni byk liang terbuka..ada try guna benda2 gini tapi tak istiqamah.

Unknown berkata... [Reply]

wah menarik ni.. makin cantiklah Rai lepas ni.. hehehe

Yaya Azura berkata... [Reply]

1st time nie tengok gambar rai..hihi..
kalau dah suami yg jumpa setiap hari pun perasan perbezaan kulit wajah maknanya memang menjadi la tu..

IntaNBerliaN berkata... [Reply]

maknanya produk ni bagus n berkesanlah kan.. sampai rai dah kembali dpt pujian :-)

Cikrosecute berkata... [Reply]

nampak kelainannya...

Irfa berkata... [Reply]

gambar nampak gg tu mmg trademark ko.sepesen je..boleh mintak jd duta ubat gigi pasni ;)

QA's ~ mamapapa berkata... [Reply]

uhuhuhu!!saya sensitip ngan any cosmetics...duk pkai yg alami je,aloe vera gitu,ahahah!!

Tanpa Nama berkata... [Reply]

tq share, boleh ler kalau nk cuba2 nnti

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com