Selasa

Hadiah yang terlambat dan temujanji kawan lama

Assalamualaikum

Ingat tak kisah hadiah birthday Aqil Mubarak yang katanya enam minggu lagi baru sampai. Actually aku order guna mail order. Sebab da terbekenan terus order. Rupa rupanya lama jugak diorang nak proses.

Yang kesiannya tuan punya badan la. Hari hari duk belek katalog tu tanya aku bila hadiah dia nak sampai. At one time, dia dah fed up nak tunggu dia kata "abang taknak la hadiah ni. Ibu belikan hadiah lain boleh?"

Sedih aku dengar tau. Rasa bersalah gila.

Then, dipendekkan cerita. Selepas lebih kurang 2 minggu menunggu. Akhirnya yang dijanjikan sampai kat rumah. Happy gila dia. Yang hairannya nak test drive tu bukan tuan hadiah. Si Damia pulak lebih lebih. Hehehe.

Siap kata. "Abang tepi dulu. Adik cuba kejap"

Kejap dia tu lama kemain. Nasib baiklah dapat abang yang penyabar cam Aqil.

Bila sampai turn abang naik, dia kepoh nak naik jugak. Eh apakah hadiahnya tu kan. Hehehe..

Get set
Cha chammmm.. Kata Damia.. Hehehe. Basikal.

Since rumah kami duk atas awan, aku paksa semua orang pergi beriadah pagi Sabtu aritu. Dah la malamnya tu hujan. Pagi air sejuk gila mandikan bebudak ni. Demi basikal, sejuk pun tahan je. Hehehe.
Destinasinya : Tasik Kota Kemuning

Budak ni pun menyibuk sama walau pun kaki tak sampai

Ibu nak jogging pun tak senang. Datang angin nak berkepit aje
Mengajar budak berbasikal tak semudah mengorder sebuah basikal rupanya. Stress je kitorang nak mengajar dia mengayuh. Hahaha. Padan muka kitorang masa dari kecik belikan motor bateri. Dah tak reti mengayuh budak tu. Ada ke suruh aku tolak je. Sabo je lah aku. Takpe lah. Practice make perfect kan. Nanti pegi lagi. Nasib baik aritu cuaca pun tak berapa panas.

Konon-konon sihat la. Tapi lepas jogging layan 2 keping roti canai. Ceitt.. Nasib baik aku bukan berdiet. Tak logik pulak kalau aku kata aku berdiet kan. So jangan jeles eh. Hehehe..

Balik rumah siap siapkan anak-anak pergi beraya yang terlewat rumah schoolmate aku. Kebetulan dia nak dengar pasal penerangan penapis air. Baru pindah rumah dan cari penapis air.

Sampai-sampai kat rumah dia je, dijamu pulak dengan mee goreng udang besar-besar. Takde la aku ambik gambar bagai. Malu pulak nak tunjuk sangat perangai blogger aku tu. Kahkahkah.

Lepas habis makan tu aku terangkan la apa yang dia patut tahu dan apa yang dia nak tahu sebelum membeli penapis air ni. Berjam jam jadinya. Dekat pukul 6 baru kitorang bertolak balik. Sampai rumah masing-masing keletihan.

So itulah sebabnya aku tak mengekek untuk gathering glamer raya itu. Tapi bagus jugak sebab dengar kata banyak dah kek masa tu. Hehehe..

Daa

15 comments:

Kamalia berkata... [Reply]

beli beskal online?bestnya dah takyah susah payahla nak bawak anak2 pi kedai lagi dah kan.
ni balik nnt kena buat camni jugak..eh,boleh share sikit pasal kedai tu..ecece,padahal ada lagi 6 bulan kot..hehe.

Unknown berkata... [Reply]

kamalia,
nak kata online tak jugak la..macam mail order gitu..dia bagi katalog sekali dengan bil kad kredit tu. lepas tu boleh order dgn guna point atau pun bayar dengan kad kredit. kalau jenis yang mahal2 tu buat installment pun boleh..

kitorang pun first time guna.nak cakap murah takde la sangat.tapi mudah la sikit.cuma cons nya tak boleh nak pilih. aritu katalog warna lain.tapi sampai warna lain.. seb baik budak tu tak kisah..

Munn Jaafar berkata... [Reply]

eh.akak jual penapis air ke? brand ape?


*xlama lg nk pindah umah ni.ngeeee~

Unknown berkata... [Reply]

munna,
nak cakap jual tak jugak jual..cuma share cerita ngan kengkawan.. nanti akak email kat munna..

wahh..best la da boleh duk rumah sendiri..tapi nak kena rajin masak la nanti..hihi..

NenetPenne (NP) berkata... [Reply]

la ni orang sibuk beli air brand coway.. i pi rumah my bro wahh hebat..ada air sejuk dan air panas..tekan jer.. dan orang tu datang servis ... kalau nak adakan satu kat rumah i, sungguh tak hebat sebab mahal! ha haha...

kalau yang penapis air tu i tahu.. ada orang tu nak jual kat i..harganya ribu riban.. errrkkk terkedu jap..

untuk si adik u belikan dia basikal yang ada handle panjang untuk ditolak dari belakang... kalau ada anak dua orang, kalau beli untuk si abang, si adik pun kena beli jugaklah, kalau tak mcm ni lah jadinya.. kesian abang... :)

Unknown berkata... [Reply]

net,
macam2 jenis penapis air kat pasaran skang ni..zaman saya nak memilih dulu pun pening jugak..tapi belajar la sikit2..mana yang baik..mana yang indah khabar dari rupa semua tu..

pada saya tak kisah harganya mahal kalau serve the purpose. banyak brand. harga mahal tak berbaloi dengan purpose nya. karut je lebih.

basikal tu ada jugak cadangannya.. tapi since abang tu dibelikan kerana birthday nya adik pun kena sabar la sikit..hehe..kalau tak macam tak adil pulak kan..

Qhaifa Nur berkata... [Reply]

seronok dpt basikal baru...
dh pandai hr2 ajak datang sini...

Kakcik Seroja berkata... [Reply]

'beskal' tu ada roda kecik, kan? Mungkin cepatlah Aqil pandai kayuh. Tapi kalau selalu kena 'kacau' dengan Damia, susah juga. Kenalah beli lagi satu. :)

MAY berkata... [Reply]

same la dgn ank buah..tak nak kayu basikal...

*bloger tak femes..mcmne nak jd fulltime bloger..heheheee

yatie chomeyl berkata... [Reply]

beli kat mana beskal tu? menarik nampaknya..abg SN pun duk rekues beskal ni..mommy nye cheapskate nk beli yg 2nd hand je boleh gitu? wakakkakakaa

Unknown berkata... [Reply]

Kak nur,
habes la kalau dia ajak hari2..fensan..haha..

kakcik,
aah..kena ada roda kecik dulu sementara nak belajar balancing ni.. hehe..

may,
bebudak..nak senang je kan..

Unknown berkata... [Reply]

yatie,
ni sebenarnya beli kat katalog yg datang dgn bil kad kredit tu.. boleh jugak kalau nak redeem guna point. hihi..kitorang pun cheapskate jugakkk..lagi2 mak dia..hahaha..

IntaNBerliaN berkata... [Reply]

xpa, lama2 mesti pandailah kayuh basikal tu... selalu ajar confirm cepat pandai :-)

Cikrosecute berkata... [Reply]

seronok main basikal baru...cantik basikal...

QA's ~ mamapapa berkata... [Reply]

a'ahla,beli basikal online?menarik tu...senangkn...no hassle :) seronoknya dapat beskal :)

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com