Jumaat

Meluat

Assalamualaikum

Sejak sejak kekecohan pasal perhimpunan kontreversi sepanjang tahun BERSIH ni aku rasa muak, meluat tengok status FB mereka yang jenis jenis racist ni. Mintak maap cakap la. Aku bukan tak suka melayu. Aku sendiri melayu. Tapi kalau dok buat perangai racist ni memang meluat habis. Apa ingat bangsa lain je ke nak jatuhkan melayu.

Melayu sendiri jatuhkan melayu la. Ianya berlaku pada mana mana kaum. Bukan melayu je. So tak payah la kemaruk sangat buat status yang bunyi ala-ala macam la melayu tu dah nak pupus.

Banyak status aku baca yang kata orang yang sokong/ikut BERSIH ni bodoh. Sad to say. Mostly adalah melayu dan mengatakan melayu bodoh. Tak fikir pasal keamanan dan kestabilan negara. Pada aku senang je. Kalau ko rasa boleh makan tutti frutti masa dapat gaji tu aman, hujung tahun dapat bonus, boleh shopping kat Jalan TAR masa hujung minggu tu aman, boleh update status kat FB tu aman. By all means. Go on with your life. Tapi for some people out there it is not. Please admit that human are different.

Nota kaki : Masa Justin Bieber datang sampai jem KL takde pulak orang merungut kata payah nak bergerak. Padahal KL tu all the time jem. Satu hujung minggu tak boleh nak buang duit pun heboh tak abis abis.

Marina Mahathir dan mereka yang experience sendiri orang-orang BERSIH "merusuh"

Daa

Khamis

Hati hati bila gunakan Google Wallet

Assalamualaikum

Aku memang tak berapa nak tere sangat bab bab gadget ni nama je mechanical engineer  Aritu shujin ada nak beli application untuk kerja dia kat Android Market, so aku pun bukak la account google wallet tu. Of course la kena register kad kredit kat situ, lepas tu aku tak delete kad kredit punya info tu sebab ingatkan memang selamat.

Rupa rupanya tak jugak! Minggu lepas tiba tiba dapat notification email cakap aku beli application $0.97. Lepas tu aku pun kepoh dengan shujin. Dia pun dapat sms dari bank. Terus dia call bank. Officer tu cancel kad tu sebab takut nanti akan jadi lagi. Betul sangkaan officer tu. 2-3 hari lepas aku dapat satu lagi notification kata ada belian melalui Google Play. Kali ni $29.99. Aku terus bukak balik google wallet tu delete info kad kredit dalam tu.


Aku tak suspect "orang" curi curi beli application dengan Google Wallet aku. Tapi aku rasa ada beberapa FREE application yang letak iklan. Kadang-kadang iklan tu pop up. Kata shujin ada sesetengah orang yang buat application ni jahat. Button X tu sebenarnya bukan close tapi accept. So maybe bila tekan button accept tu dia terus charge melalui Google Wallet. Cuma aku tak puas hati sebab tak ada confirmation yang dihantar ke email sebelum diorang proceed.

So dapat notification cuma bila dah charge. $0.97 tu memang dah burn la. Mungkin sebab aku ni tak berapa nak pandai sangat bab bab macam ni. Puas jugak aku menggodek cari kot la kalau ada mana mana bahagian yang cakap pasal tu.

Aku tak delete akaun Google Wallet tu sebab takut nanti nak guna lagi. Tapi aku delete info pasal kad kredit tu. Lepas ni bila dah buat transaction terus kena delete.

Kalau ada yang guna jenis jenis macam ni hati hati lah ye. Terkena sekali tu adatlah. Kalau terkena 2-3 kali tu orang panggil kurang bijak. Huhu..

Daa

Terapi perut

Gemokkkk
Segala yang double, termasuk yang Mega. Hahaha.

Nota kaki : Akak aku selamat melahirkan seorang baby boy di Hospital JB semalam. Cucu lelaki kedua ayah. Aqil yang pertama. :D

Daa

Rabu

Karipop pusing accident

Assalamualaikum

Dek kerana ketagihan (padahal baru makan sekali) karipap pusing KLIA tajaan Irfa aku pun robek robek google cari resepi karipap pusing. So semalam aku pun mulakan projek menguli. Biasalah kalau dah namanya kesoma rai ni memang tak pernah nak ikut resepi betul betul. Ada je yang diubah dan terubahnya. Nak dijadikan cerita aku terlebih masuk air, so letak la tepung lebih. Yang adunan satu lagi tu aku buat ikut suka hati aku sebab aku malas nak sukat beria ria. Boleh?

Dan hasilnya....

Antara yang berjaya
Bole la kan.. Ada rupa iras iras karipap pusing dah. Tepungnya rangup. Tapi kata shujin intinya kurang menjadi pulak kali ni. So kena cuba lain kali dengan inti yang lebih baik lagi..

Cedera parah
Yang macam ni pun ada. Shujin panggil karipop. Sebab perutnya pop (pecah) dalam kuali. Lepas tu siap mempermainkan karipap aku. Sabo je la. Since tak berapa menjadi aku taknak la share resepi dulu. Nanti dah jadi baru aku bagi resepinya. Lain kali tu yang entah bila okeh. Harap maklum. Hahaha..

Nota kaki : Karipap ni bukan tak jadi. Cuma aku jumpa cara baru nak buat karipap pusing pecah perut. Hehehe..

Daa

Gaji minimum bagi sektor swasta

Assalamualaikum

Perlaksanaan gaji minimum telah pun diumumkan pada 30hb April. Kadarnya adalah RM900 bagi semenanjung dan RM800 sebulan bagi Sabah dan Sarawak. Ia akan berkuatkuasa 6 bulan selepas diumumkan (Hujung tahun). Effective kepada semua pekerja sektor swasta kecuali pekerja domestik seperti pembantu rumah dan tukang kebun. Dalam berita kata, dengan perlaksanaan gaji minimum ini akan membolehkan pekerja menikmati kenaikan gaji sehingga dua kali ganda.

Menggembirakan. YA!

Tapi aku rasa, pekerja asing yang lebih gembira sebab yang kerja kilang dengan gaji pokok rendah banyak yang pekerja asing.


Dalam keterangan PM masa pengumuman tersebut, dinyatakan bahawa untuk permulaan mereka tak boleh laksanakan lebih daripada RM900 sebab takut akan menjejaskan ekonomi Malaysia secara keseluruhannya.

So, i'm really looking forward dengan kenaikan gaji minimum ni dimasa akan datang. Memandangkan ianya masih lagi terlalu rendah untuk memenuhi keperluan rumah tangga. Terutamanya bagi yang dah berkahwin dan ada anak. Kan bagus kalau dilaksanakan awal-awal lagi.

RM800
Sewa rumah - RM400 (kalau kawasan rumah aku tak dapat dah..Biasanya RM500-600)
Bil bil - RM200 (sekurang kurangnya)

Kat sini je dah RM600 kalau ambik minimum. Tak kira

Makan minum - ???
Minyak - ????
Tol bagi yang terpaksa lalu tol - ???
Loan kereta - ???
Insurans kesihatan - ???

So, RM800 memang terlalu minimum dan tak cukup. Oleh kerana harga barang pun naik dari masa ke semasa, gaji minimum ni pun perlu dinilai dari masa ke semasa. Sekurang kurangnya setahun sekali.

Apa pun, aku agak kecewa sebab aku ingatkan gaji minimum ni lebih detail. Maksudnya, gaji kerani berapa minimumnya, gaji manager berapa minimumnya. Dan dibahagikan mengikut negeri sebab kalau negeri macam Kedah ke Pahang mungkin dari segi kos hidupnya tak setinggi kalau duduk di Selangor atau Johor. So kalau diberi overall macam ni golongan yang berpendapatan sederhana tapi sangat affected dengan masalah ekonomi tak mendapat manfaat.

Still, bersyukur dan aku harap ramai yang akan dapat manfaat dari perlaksanaan ni.

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com