Memaparkan catatan dengan label BERSIH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BERSIH. Papar semua catatan

Jumaat

Meluat

Assalamualaikum

Sejak sejak kekecohan pasal perhimpunan kontreversi sepanjang tahun BERSIH ni aku rasa muak, meluat tengok status FB mereka yang jenis jenis racist ni. Mintak maap cakap la. Aku bukan tak suka melayu. Aku sendiri melayu. Tapi kalau dok buat perangai racist ni memang meluat habis. Apa ingat bangsa lain je ke nak jatuhkan melayu.

Melayu sendiri jatuhkan melayu la. Ianya berlaku pada mana mana kaum. Bukan melayu je. So tak payah la kemaruk sangat buat status yang bunyi ala-ala macam la melayu tu dah nak pupus.

Banyak status aku baca yang kata orang yang sokong/ikut BERSIH ni bodoh. Sad to say. Mostly adalah melayu dan mengatakan melayu bodoh. Tak fikir pasal keamanan dan kestabilan negara. Pada aku senang je. Kalau ko rasa boleh makan tutti frutti masa dapat gaji tu aman, hujung tahun dapat bonus, boleh shopping kat Jalan TAR masa hujung minggu tu aman, boleh update status kat FB tu aman. By all means. Go on with your life. Tapi for some people out there it is not. Please admit that human are different.

Nota kaki : Masa Justin Bieber datang sampai jem KL takde pulak orang merungut kata payah nak bergerak. Padahal KL tu all the time jem. Satu hujung minggu tak boleh nak buang duit pun heboh tak abis abis.

Marina Mahathir dan mereka yang experience sendiri orang-orang BERSIH "merusuh"

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com